Mustahak Bagi Setiap Insan Bernyawa: Perisian Lengkap Cara Pengurusan Jenazah, Hanya Download Sahaja...

Cara Menguruskan Jenazah Lengkap ~Software~
 
Tadi time pembekalan untuk peserta KPM (PAR) tentang pengurusan jenazah aku rasa fail la.. cara dia tunjuk pada kita tuh tak memberi kesan yang positif pada peserta.. maksudnyer peserta takkan boleh buat macam mana diajar kat depan tadi melainkan praktis sendiri.. paling2 pon diorang buat la secara teratur, terbuka, ni tak.. mahasiswa/i duduk sampai kat belakang.. macam mana nak nampak? kalaupun berdiri, takkan habis semua orang nak berdiri, mesti kucar kacir.. esh2.. belajar dari kesalahan, taklimat tu kat Lab School Unsyiah, aku terbaca ada satu tulisan "Make Mistake And Learn From Them" .. gud ~ ~..

Alang2 aku dah tak puas hati dengan pembekalan tantang tahjiz mayit tadi.. serius aku nak share satu software menarik yang aku dapatkan dari satu forum popular (Syok.org).. nama software dia I-Jenazah Full Mediafire. So ape kelebihan dari software ni? jom usha2.. : -

1.) Diajarkan secara lengkap step by step cara pengurusan Jenazah dari Mandikan jenazah sampailah mayat diKuburkan.
2.) Tersedia dalam bentuk animasi/gambar dan suara.
3.) Mudah digunakan (mesti ada flash player) untuk gunakan software ni. (kalau takder boleh request)
4.) Diawal, disediakan jugak Pengenalan, Modul dan Persoalan.
5.) Size 68 Mb (extract menggunakan Hjsplit).

Aku rasa software ni sangat2 pentng bagi setiap orang apetah lagi mahasiswa, di jurusan agama lagi tu.. kalau rasa malu nak praktek, boleh jer tengok@guna software ni sebagai tembahan ilmu korang.. tak rugi, bukan perlu bayar pada aku pon.. ok? tentang cara menggunakan software I-Jenazah ni.. kalau rasa pening nak guna.. boleh tanya di bahagian comment.. gudluck ^_^..

Cara Join software I-Jenazah :

1.) Download Hjspilt.
2.) Letakkan file2 yang korang download tadi di desktop.
3.) Open Hjspilt, klik pada Join, cari file yang di download tadi (dekat desktop) dan klik pada 001.
4.) Tunggu hingga selesai, dan joinning complete.

Kalau rasa penin camne cara nak join.. boleh request kat aku tutorial dalam bentuk video.. rasanya tak perlu bagi yang expert2.. haha.. okeh.. pkul 8.30 aku nak gi taklimat KPM lagik.. kali nih pasal PAR dan PRA.. terbaek2.. selamat besengkang mate lah ye.. hehehe.. 

Download From Mediafire :




SUMBER

Mana Janji2 Manis Kerajaan BN : Harga Petrol Naik Lagi Mulai Tengah Malam Ini...

Harga Minyak RON97 Harga Minyak RON97 Naik 10 Sen Lagi (Daripada RM2.80 Kepada RM2.90)!!
Ini adalah berita terbaru yang diterima. Harga minyak RON 97 naik lagi sebanyak 1o sen menjadikan harga minyak RON97 sebelum ini RM2.80 bakal menjadi RM2.90. Kenaikan harga minyak RON97 sekitar 3.5% bermula tengah malam ini.

Video Berapi Dari Parlimen!!! Tiga MP Pakatan Rakyat Di Arah Keluar Dewan - Isu Laporan Minoriti


Tiga ahli parlimen pembangkang diarah keluar Dewan Rakyat hari ini kerana enggan mematuhi arahan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung isu laporan minoriti.

Mereka mempersoalkan keputusannya tidak membenarkan laporan minoriti dilampirkan kepada laporan jawatankuasa pilih parlimen (SPA) bagi reformasi sistem pilihan raya.

NONE"Di bawah Perintah Tetap 42, apabila speaker bercakap, anda mesti diam," Pandikar memberitahu mereka.

"Di bawah Perintah Tetap 43, keputusan speaker tidak boleh dipersoalkan... dan di bawah Perintah Tetap 44, saya mengarahkan Gombak (Azmin Ali), Subang (R Sivarasa) dan Kuala Selangor (Dzulkefly Ahmad) meninggalkan Dewan."

Pandikar baru sahaja mengambil alih tugas mempengerusikan sidang Dewan daripada timbalannya, Datuk Ronald Kiandee, apabila beliau memerintahkan mereka meninggalkan Dewan.

Sivarasa bangun selepas waktu rihat tengah hari untuk meminta panduan daripada Kiandee mengenai kemungkinan Pandikar silap dalam keputusannya berhubung laporan minoriti.

Kiandee (kanan) enggan melayan permintaan tersebut, tetapi Sivarasa, tidak putus asa - dengan dibantu oleh celahan daripada Azmin dan Dzulkefly - terus membangkitkan perkara itu.

ronald kiandeeMereka membangkitkan duluan-duluan di mana laporan minoriti telah
dibentangkan dalam Parlimen negara Komanwel yang lain.

Kiandee (lamam) bertegas bahawa keputusan Pandikar juga dibuat berdasarkan duluan dan amalan yang diterima di Parlimen New Zealand dan negara Komanwel yang lain.

Keadaan menjadi riuh-rendah apabila ahli Parlimen pembangkang terus mendesak perkara itu.

Terbaik!! Lagu "CINDAI" Nyanyian Dato' Siti Nurhaliza Dinyanyikan Dalam Bahasa Cina... Ini Videonya!!!




Agak jarang sekali untuk melihat lagu Melayu dinyanyikan dengan dialihkan ke bahasa lain. Apatah lagi lagu Melayu berentak tradisional.
Namun, ianya tidak bagi lagu ciptaan Pak Ngah Suhaimi dan lirik Hairul Anuar menerusi lagu Cindai yang dinyanyikan Datuk Siti Nurhaliza.
Portal murai.com.my mendapat tahu lagu ini telah pun dinyanyikan oleh seorang penyanyi dari China bernama Chien Bai Hui.
Tambah istimewa, penyanyi ini bukan saja menyanyikannya dalam bahasa Cina tetapi dia turut membuat muzik video istimewa untuk lagu berkenaan.
Apa yang penting, irama dan melodi lagu Cindai tidak berubah dan masih mengekalkan imej Malaysia.
Portal murai.com.my merasa bangga kerana lagu Melayu tradisional mampu menarik minat orang luar untuk merakamkan semula.

Penambahbaikan PRU 13: 18 Syor Dipersetujui, Empat Ditolak.. Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR: Syor-syor yang dipersetujui semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:

1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos. 


2. Pengundi luar kawasan.

3. Tarikh pembubaran Parlimen.

4. Kerajaan sementara (caretaker government).

5. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

6. Akses media yang bebas dan saksama. 

7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.

8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.

9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

10.Penggunaan alamat selain alamat pemastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.

11.Memperkasakan kedudukan SPR.

12.Penstrukturan dan pengukuhan SPR.

13.Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.

14.Pengasingan fungsi utama SPR.

15.Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak.

16.Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.

17.Peruntukan dana kepada parti politik

18.Sistem pilihan raya baru.

Syor-syor yang tidak mendapat persetujuan sebahagian ahli jawatankuasa:

1. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.

2. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.

3. Memanjangkan tempoh berkempen.

4. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

18SX: Skill Urutan Tradisional Thailand Yang Masih Diamalkan (Gambar2 Berapi)..

Urut Thai berasal dari India purba barat,. Perubatan tradisional telah lama di amalkan di Thailand oleh sami-sami budha, Kini ia menjadi asas untuk latihan dalam urutan tradisional Thai. Urut Thai adalah salah satu budaya kuno perubatan Thailand, selama 4000 tahun lamanya dan ia adalah sejarah yang terpanjang.

Bahaya Giler!!! Inilah 9 Jenis Sihir Yang Perlu Diketahui... Janganlah Sesekali Khianati Sesama Manusia..

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.
7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.
9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
Sumber| penyuxp.com

Panas Bola!! Manchester United Tewaskan Blackburn 2-0 Selesa 5 Mata Dihadapan Di Puncak Liga




BLACKBURN, - Manchester United (MU) kembali menjauh dari Manchester City dengan 5 mata, setelah menang 2-0 atas Blackburn Rovers dalam perlawanan  Premier League di Stadium Ewood Park, Selasa (3/4/2012) awal pagi ini. Dua gol kemenangan MU dihasilkan oleh Antonio Valencia dan Ashley Young pada separuh masakedua. Di puncak liga, MU kini kukuh dengan 76 mata.

MU memulakan perlawanan dengan baik. Mereka menyerang  sejak awal dan memaksa Blackburn hanya bergantung pada serangan balik. Pada minit ke-11, MU mempunyai peluang untuk didepan. Umpan silang mendatar dari Antonio Valencia berjaya disambar oleh Javier Hernandez. Sayang, bola hasil sentuhan Hernandez masih boleh dihentikan oleh penjaga gol Paul Robinson.

Tuan rumah membalas pada minit ke-18. Tendangan jarak jauh David Hoilett membawa bola ke arah gawang MU. Nasib bagi pasukan tetamu, penjaga gol David De Gea melakukan penyelamatan gemilang untuk menepis  bola keluar.

MU sebenarnya menguasai penguasaan bola. Namun, mereka masih ditekan  denagn kuatnya pertahanan Blackburn. Pasukan Sir Alex Ferguson hanya sesekali berjaya menusuk ke dalam kotak penalti Blackburn dan melepaskan ancaman. Salah satunya adalah ancaman yang dilakukan oleh Jonny Evans pada minit ke-31. Sayang bola hasil tendangan kaki kanannya masih lemah lemah sehingga dengan mudah ditangkap oleh Robinson.

Blackburn bukannya tiada peluang. Bahkan, penjaga gol David De Gea dipaksa melakukan lima penyelamatan selama separuh masa pertama. Terutama menjelang separuh masa pertama berakhir, Martin Olsson dan Grant Hanley memaksa De Gea bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya. Hingga akhir separuh masa pertama skor 0-0 tak berubah.

MU tetap menekan di separuh masa kedua. Pada minit ke-55, Wayne Rooney mengancam gawang Blackburn lewat pelaksanaan tendangan bebasnya. Namun, ancaman tersebut tak menghasilkan gol kerana bola masih boleh ditepis keluar oleh Robinson.

Dua minit berselang, Robinson kembali melakukan penyelamatan gemilang. Kali ini ia harus bekerja keras mematahkan peluang dari Rafael da Silva.

Blackburn membalas. Tendangan bebas dari Morten Gamst Pedersen pada minit ke-62 sempat mengancam gawang MU. Namun, bola masih boleh diselamatkan oleh De Gea dan dibuang oleh Ferdinand.

Setelah mencuba beberapa kali, MU akhirnya mampu memecah kebuntuan. Valencia berjaya menembusi gawang Robinson melaui sepakan kaki kanannya. Gol ini cukup cantik  kerana Valencia melakukannya dari sudut yang sukar.

Gol ini menjadi pencetus semangat pasukan "Red Devils". Pada minit ke-86, MU menambah keunggulan melaui pemain gantian Ashley Young. Menerima bola dari Valencia, Young menundukkan Robinson dengan sepakan kaki kanannya. Gol ini menjadi penutup kemenangan MU di aksi itu.



SUMBER| Terima kasih  tabekpuang.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.