Ahmad Yahya
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya
 
ALOR SETAR - Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melantik peguam untuk mengendalikan kes Fitnah mengaitkan dirinya dengan tuduhan rasuah bernilai RM1.3 juta, yang disebarkan beberapa hari lalu.

Beliau berkata, sidang media bersama peguam akan diadakan Ahad ini untuk menjelaskan kepada umum  perkembangan kes itu.


"Tunggulah dan kami akan memberi maklumat terkini mengenai dakwaan itu," katanya ketika dihubungi semalam.