Takkan Hampa Nak Biaq Kat SRIKANDI sahaja AMK,Unit Amal Mana... Pi Pulun Sama La....

Ketua Srikandi dibawa menaiki kenderaan polis ke lokasi
Ketua Srikandi dan pihak Polis di lokasi aduan
Satu lagi billboard yang dipasang dijalan masuk ke stesen KTMB Serendah
Cif insp Jageet dibawa ke lokasi di serendah

Hulu Selangor : Srikandi Parti Keadilan Rakyat hari ini memberi kerjasama penuh kepada pihak Polis dengan membawa Cif Insp Jageet ke semua lokasi yang telah dilaporkan dalam laporan polis yang dibuat awal pagi semalam.Selepas semalam hanya satu dari 10 banner yang dilaporkan diturunkan.

Ketua Srikandi KEADILAN dalam kenyataan kepada media menyatakan bahawa sekiranya sehingga jam 10 pg esok semua Billboard dan Banner tidak diturunkan maka Srikandi dan rakan rakan dalam parti akan menurunkanya sendiri.Ia sebagai tanda bahawa kami serious untuk memastikan perjalanan pilihanraya kali ini aman,adil dan bersih.

Penduduk Sg Buaya mahu isu tanah diselesaikan... Takkan Tak Boleh Kut... Dengan Amerika Boleh Perabih Duit..

Selepas lebih 15 tahun menderita, penduduk Bandar Baru Sungai Buaya, terutama bekas peneroka di kawasan itu mahu pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya disegerakan.

NONEMereka mahu pihak terbabit sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri atau syarikat konsesi Lebuhraya Utara Selatan (Plus) tidak sekadar menabur janji semata-mata bagi meraih sokongan pada pilihan raya kecil kawasan Hulu Selangor, Ahad ini.

Ini kerana pembinaan persimpangan bertingkat yang dijadualkan bermula pada awal tahun depan akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan itu dan membolehkan pemaju baru mengambil alih kawasan itu, seterusnya menjelaskan pampasan tertunggak.

"Cukuplah derita kami...rumah dah tinggal tunggul, duit pun dah jadi abu," kata Jamaji Mohamed, 65, antara 363 peneroka asal Felda Sungai Buaya yang dibuka pada 1964 sebelum kawasan itu cuba dimajukan pada pertengahan 1990-an.

hulu selangor 180410 kamalanathan posterKawasan seluas 1,240 hektar itu dimajukan syarikat berkepentingan peneroka Felda, Murna Jaya Development Sdn Bhd sejak 1994.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata di sini minggu lalu bahawa persimpangan itu yang akan menyediakan akses kepada lebih 100,000 pengguna di sekitar kawasan pembangunan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang dijangka mula dibina pada suku pertama 2011.

Katanya, projek kerjasama antara Plus dan kementerian itu mengambil masa untuk dilaksanakan kerana ia membabitkan proses pengambilan tanah.



Dijanjikan RM1 juta tunai


Kerajaan negeri pada ketika itu (1994) meluluskan penukaran syarat Akta Tanah, Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 bagi membolehkan pemaju terbabit membangunkan kawasan itu, namun projek itu gagal dilaksanakan akibat kemelesetan ekonomi hujung 90an.


NONEJamaji berkata, peneroka dijanjikan bayaran RM1 juta dalam bentuk tunai atau rumah seorang sebagai pampasan, namun sehingga hari ini mereka hanya menerima tidak lebih RM270,000 dalam bentuk ansuran.

"Kami tuntut hak kami," kata Jamaji ketika ditemui di warung kopi berdekatan dengan medan selera Bandar Baru Sungai Buaya, kira-kira setengah jam memandu dari Kuala Kubu Baru, dekat Hulu Selangor tengahari ini.

Bagi peniaga ikan yang juga generasi kedua peneroka kawasan itu, Khairul Mohd Ahya, 49, majoriti penduduk di kawasan itu tidak mempedulikan isu nasional yang dibangkitkan parti bertanding.

"Kami tak peduli ceramah pasal isu luar seperti isu Apco, isu 1Malaysia dan lain-lain....yang penting siapa boleh selesaikan masalah pampasan tanah ini, kami sokong," katanya.

NONEPemaju kawasan terbabit dilaporkan gagal membayar pampasan itu berikutan krisis ekonomi pada 1997 selain terdapat dakwaan Murna Jaya yang dimonopoli beberapa individu di kalangan peneroka kawasan itu sendiri, berlaku tidak jujur.

Jamaji berkata, kes itu telah dibawa ke mahkamah oleh beliau pada 2002.

"Mahkamah kata tunggu tanah laku (dijual). Kalau buat 'interchange' mungkin tanah akan laku, jadi kita mahu semua pihak termasuk kerajaan negeri beri laluan supaya projek ini boleh dipercepatkan," katanya mewakili penduduk di kawasan itu.

Bagi Salim Musa, 53, beliau percaya projek itu akan membantu menyelesaikan isu terbabit dengan syarat Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) dan kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS di Selangor bekerjasama.



'Jangan janji saja'



"Harap mereka dapat bantu kami, bukan berjanji saja," kata Salim yang juga generasi kedua Felda yang kini bekerja sebagai pemandu "prebet sapu" di bandar Rawang bagi menampung keluarga.

Sebelum 1995, terdapat lima kawasan Felda di kawasan Hulu Selangor iaitu, Felda Sungai Buaya, Felda Soeharto, Felda Gedangsa, Felda Sungai Tengi dan Felda Sungai Tengi Selatan.

Peneroka kawasan Felda terbabit keluar daripada tanah rancangan itu selama 10 tahun sebelum kembali ke pangkuan Felda pada 2005 kecuali peneroka Felda Sungai Buaya yang menaruh harapan kawasan itu akan dibangunkan.

Ketika inilah, banyak tanah peneroka yang terjual dan tergadai kepada orang luar sehingga peneroka terbabit hidup dalam kesusahan di bawah paras kemiskinan sehinggalah dibantu kerajaan.

Namun sehingga hari ini, isu pampasan tanah itu masih belum selesai dan menghantui peneroka serta menjadi isu yang sering dipolitikkan setiap kali pilihan raya berlangsung, termasuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor minggu ini.

- Bernama

Pendedahan Hangat: (Gambar2) Pembaca Berita TV1, Suriani Rahman Gemarkan Wain Dan Gaya Hidup Barat

n676402772 1422788 7218 Pembaca Berita TV1, Suriani Rahman Gemarkan Wine & Gaya Hidup Barat

Melihatkan gambar contoh di’atas & penampilan sopan pembaca berita RTM ini, tidak siapa sangka apa sebenarnya yang terjadi dalam hidup seorang Suriani Ahmad.

Sebuah forum hiburan sedang sibuk dengan kelakuan adik Suriani Ahmad yang di’lihat sangat moden sehingga sanggup mengenakan rantai salib ketika berparti.

Apa yang lebih menarik perhatian kami adalah kehidupan Suriani Rahman sendiri yang terlibat secara langsung dengan dunia penyiaran — kakitangan RTM lagi.

Kami tidak mahu bicara panjang kerana sekeping gambar memberi 1000 makna. Kami letakkan gambar yang tidak keterlaluan sahaja, jika lebih-lebih nanti ada yang serang Angkasapuri.

Anda semua enjoice sahaja gambar selepas ini. Jangan ikut jika masih sayangkan ibu bapa & diri sendiri.

25766 340442818301 595018301 358786 Pembaca Berita TV1, Suriani Rahman Gemarkan Wine & Gaya Hidup Barat

25766 340468103301 595018301 358791 Pembaca Berita TV1, Suriani Rahman Gemarkan Wine & Gaya Hidup Barat



Nak Tengok gambar yang lebih-lebih seram disni

Lim Kiat Siang Cabar Pemimpin UMNO Mengaku Tidak Minum Arak... Jika Itu Diukur Separuh Jemaah Menteri Hilang Kelayakan..

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran DAP itu juga membidas tindakan BN yang menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang disifatkannya sebagai terdesak dan tidak mempunyai kelas.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.

Akhirnya Hishamuddin Bersuara Jugak Mengenai Gambar Ini....

Hisham: Gambar minum arak, bogel - semua fitnah


Gambar bertindih (superimpose) Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan keluarganya yang tersebar di internet disifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Hishammuddin berkata beliau menyedari gambar-gambar tersebut sudah berada di blog-blog lebih lapan tahun yang lalu namun sejak akhir-akhir ini, isu tersebut seakan-seakan sengaja dimainkan dan dibangkitkan semula.

"Ini semua fitnah, selama ini saya malas melayan perkara sebegini dalam internet, jika mereka mahu terus-terusan memfitnah, terserah, kerana sedikit pun tidak akan menggugat keselamatan negara.

"Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, mengapa mereka menggelabah dan melatah dalam konteks tuduhan yang dibuat terhadap pemimpin dan calon mereka di Hulu Selangor serta mengapa baru sekarang gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun," katanya.

Beliau berkata antara gambar yang tersebar termasuklah gambar seorang wanita berbogel yang didakwa sebagai anak beliau sedangkan beliau langsung tidak mengenali wanita itu.

Tambah menyedihkan, katanya, apabila isterinya turut menjadi mangsa apabila gambarnya ditindih dengan tangan seakan-akan makhluk asing selain gambar yang mendakwa Hishammuddin kaki botol dan kaki perempuan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memastikan anggota polis ditempatkan di kawasan Parlimen Hulu Selangor mencukupi bagi mengawal keadaan terutamanya pada hari pengundian 27 April depan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan keadaan di Hulu Selangor terkawal sepanjang tempoh pilihan raya dan tidak sepanas berbanding pilihan raya kecil tempat lain sebelum ini.

"Contohnya pada hari penamaan calon, kalau hendak bandingkan dengan Ijok dan yang lain, jauh berbeza dan terkawal malah insiden yang dilaporkan hingga sekarang, tidak serius," katanya.
- Bernama

S/U Agung Dakwa Semua Mantan PM Minum Arak Melainkan Pak Lah - Biar Betulll...


PAS dakwa majoriti mantan PM minum arak

BN digesa supaya menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata: "Tengoklah kalau agas (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid./ENDS

Perbezaan 2 tahun Memerintah Berbanding 50 Tahun - Ketara Sangat Tue...


Fitnah Didahulukan, Rakyat Diabaikan



Disebalik kempen Barisan Nasional (BN) yang hanya menyerang peribadi calon dan mengabaikan kepentingan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu selangor, Pakatan Rakyat (PR) konsisten menjelaskan hak dan pentingan rakyat di Hulu Selangor.

"Kita tak payah guna cara serangan, kecaman peribadi seperti yang mereka lakukan. Kita jelaskan apa yang telah kita lakukan selama dua tahun memerintah Selangor berbanding 50 tahun pemerintahan Umno-BN," kata Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah umumnya di Serendah semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menjelaskan menerima Zaid kerana Zaid mempunyai sikap yang baik dan telah berubah sejak dalam PR.

Bagi Anwar, dasar PR jelas mendahului rakyat dan menolak kepentingan golongan atasan yang berniat untuk mengaut keuntungan.

Bagi beliau kerana itulah ada di kalangan pemimpin PR yang menolak PR kerana tidak boleh menerima dasar yang mendahului rakyat ini.

"Dasar dalam PR jika nak jadi wakil rakyat atau exco tak boleh ambil tanah negeri, tak boleh ada kontrak, tak boleh ada saham negeri. Itu cara Umno-BN. Sebab itu ada pemimpin PR tak boleh terima kerana dia tak boleh nak tukar 'mind-set'," kata beliau lagi.

PR dalam agendanya tidak memikirkan soal kaum dan akan membantu semua bangsa di Malaysia terutama rakyat yang miskin yang telah lama dianaktirikan BN selama ini.

Bagi beliau, semua kaum perlu mempunyai sifat kekeluargaan dan memikirkan antara satu dengan yang lain.

Oleh Roziyah Mahamad : EraPakatan

Tindakan SPR Keterlaluan - Pindah Tempat Mengundi Dan Macam-macam...


Kecurigaan terhadap kewibawaan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) semakin meningkat apabila badan itu memindahkanlebih 13,000 pengundi di Parlimen Hulu Selangor ke Parlimen lain atau ke pusat-pusat mengundi di luar dari tempat asal mereka.

"Ada pengundi yang melakukan semakan akhir menyedari nama mereka telah ditukarkan ke parlimen lain, sedangkan pusat pengundian mereka pada PRU-12 hanyalah dihadapan rumah sahaja," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Samsul Iskandar Mohd Akin.

Antara mereka adalah 230 penyokong "tegar" Pakatan Rakyat di Kampung Tanjung, di Sungai choh dalam Parlimen Hulu Selangor. Tanpa sebarang penjelasan dari SPR, mereka dipindahkan ke Parlimen Selayang.

"Berikutan kejadian tersebut, AMK Pusat sedang melakukan siasatan dan mengkaji untuk memfailkan kes ini ke mahkamah," tambah beliau selepas mengemukakan bantahan rasmi di bilik gerakan SPR di Hulu Selangor 19 April lalu.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, berkata sejumlah 13,488 pengundi dikesan menghadapi masalah tempat mengundi mereka di tukarkan.

Paling ramai ialah di DUN Batang Kali yang mencatatkan tempat mengundi 751 orang di pindahkan dari SK Serendah ke SRJK (C) Serendah. dari SRJK (C) Serendah dipindahkan ke Sek Rendah Agama Serendah 1,898 orang, dari SRJK (C) dipindah ke Sk Serendah, 904 orang dan dari SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali 2,270 orang.

"Ini jelas perbuatan tidak bertanggungjawab. SPR tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku kerana ia akan melibatkan terlalu banyak kekecohan pada hari mengundi," tegas Fuziah.

Di Hulu Bernam, empat pertukaran pusat pengudian membabitkan SK Hulu Bernam ke Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam, 35 orang, dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah, 331 orang, dari SMK Kalumpang ke Sek Rendah Agama Kalumpang, 235 orang dan dari Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam 1,085 orang.

Di DUN Kuala Kubu Baru pula, dari SRJK (T) Kuala Kubu Baru ke SMK Dato Hj Kamaruddin, 2,824 orang dan dari Sek Rendah Agama Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air, 1,081 orang.

Manakala di pusat mengundi baru pula, berlaku beberapa pertukaran iatu dari Daerah Mengundi Bukit beruntung ke Sek Rendah Agama Taman Bunga Raya, 550 orang, dari Daerah mengundi Taman Bunga Teratai ke Sek Rendah Agama Taman Bunga Raya, 302 orang dan dari kawasan sekitar, 498 orang.

Ditanya mengenai senarai pemilih yang tidak dapat dikesan dalam daftar pemilih, Fuziah berkata, daripada Disember 2009 sehingga 5 April 2010, sebanyak 558 nama dikesan telah dibersihkan dari daftar pemilih SPR.

"Menurut SPR, nama mereka ini dibersihkan kerana mereka meninggal dunia. Tetapi saya dapati dari Disember 2009 hingga 5 April 2010, tidak ada kemasukan atau tambahan baru. Petugas kita sedang "mencari" 558 orang ini untuk memastikan keadaan sebenar," katanya. -TVS

Pakatan Rakyat - Turut Disertai SNAP (Parti Tertua Di Sarawak) Secara Rasmi

Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

Ahli Parlimen Kinabatangan Mengaku Salah Di Mahkamah


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi kemudiannya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Ekoran itu, pada 21 Disember 2009, Bung dan Zizie,31, akhirnya mengaku kepada wartawan The Star dan mStar Online bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan di manakah pernikahan tersebut berlangsung.

Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman SMS bahawa benar beliau telah menikahi Zizie.

"Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie pula.

Malah dalam temuramah itu, Zizie turut dipetik sebagai berkata, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.

Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara telah dirakamkan pihak media sedang berjalan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dan yang terbaru, gambar mereka berdua dirakamkan di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Usul Ditolak: Dewan rakyat Menolak usul pemindahan pusat pengundian di Hulu Selangor



KUALA LUMPUR, 20 April — Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan pemindahan pusat pengundian lebih 14,000 pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dibawa Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata usul itu ditolak kerana mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (8) Yang di-Pertuan Agong, hakim-hakim mahkamah serta Suruhanjaya tidak boleh dibincangkan di dalam Dewan.

“Bukankah SPR itu kita anggap sebagai sebuah badan bebas. Atas sebab itu, jangan heret Parlimen ini dan saya dalam kancah politik. Saya telah minta maklumat daripada SPR dan saya diberitahu secara bertulis bahawa pada Disember 2009, parti-parti politik telah dimaklumkan dengan belah bahagi kawasan-kawasan yang dimaksudkan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa kalau kita melayari laman web SPR, (kita boleh) dapati maklumat di situ. Kalau pun saya benarkan perbahasan atau perbincangan di sini, itu juga jawapan menteri yang berkenaan. Jadi apa manfaat yang kita dapat,” katanya ketika menolak usul itu pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Pandikar Amin turut menegaskan bahawa tidak semua perkara yang dianggap penting oleh Anggota Parlimen itu perlu dibahaskan di dewan.

”Kita masih ada 12 lagi akta yang perlu dibahas dalam tempoh 12 hari. Ahli Yang Berhormat, saya mohon maaf kerana meninggikan suara (kerana) kalau tidak sampai bila kita nak mesyuarat,” katanya. — Bernama

Gambar Hot: Aziz M Osman Akan Akhiri Zaman Duda Dengan Gadis 21 Tahun pada 6 Jun 2010




Tahniah...Pengarah Terkenal yang juga anak pasangan seniman dan seniwati handalan negara, Allahyarham M. Osman dan Afida Es akan melangsungkan perkahwinan dengan Puteri Sarbainun Lokman pada pertengahan tahun ini.

Majlis Pertunangan telah berlangsung pada 18 April baru-baru ini di Taman Lagenda Mas,Cheras, Kuala Lumpur

Dimajlis Pertunangan tersebut, ibu Aziz iaitu seniwati Afida Es menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Puteri Sarbainun yang juga mesra dengan panggilan Puteri Lily pada kira-kira pukul 4.30 petang.

Keberatan mendedahkan jumlah wang hantaran serta butiran pernikahan, pasangan itu memberitahu, mereka bakal diijabkabulkan 6 Jun ini.

"Perkahwinan selain membahagiakan adalah demi memberi keberkatan dalam kehidupan.

"Kesilapan yang pernah saya lalui dalam kehidupan berumah tangga membuatkan saya menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.

"Selepas ini saya sudah ada 'kawan' untuk menemani saya walau ke mana sahaja apatah lagi, apabila 'kawan' itu bakal bergelar isteri kepada saya," kata Aziz ketika ditemui selepas majlis pertunangannya.

Duda beranak enam itu sebelum ini pernah gagal mempertahankan rumah tangga yang dibinanya dengan pelakon Nur Aliah Lee Abdullah atau Vee setelah 15 tahun berkahwin.

Malah, perkahwinan ketiganya dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli umpama mimpi ngeri buat Aziz apabila turut kecundang dan berakhir dengan kontroversi yang cukup terkesan di hati beliau.

Sementara itu, Afida Es ketika ditemui pada majlis sama mengharapkan agar jodoh anaknya kali ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

"Bonda bahagia melihat anak bonda gembira dan inilah jodoh yang telah ditentukan Tuhan buat Aziz.

"Seperti ibu lain, bonda kalau boleh memang tidak mahu lihat Aziz hidup sendiri kerana kehidupannya selain kerja lebih tertumpu kepada anak-anak.

"Bagaimanapun, bonda bersyukur kerana selepas ini akan ada orang yang boleh menjaga dan menyayangi dia," kata Afida Es.

Menjelang 6 Jun ini, Aziz akan sekali lagi bergelar raja sehari. Pada usianya 48 tahun, beliau amat bertuah kerana ditemukan jodoh dengan seorang gadis manis, Puteri Sarbainun Lokman yang berusia 21 tahun.

Liga Bola Sepak Piala MB Sebagai Acara Tahunan - Jom Sertai: Johan Lumayan


ALOR SETAR, 18 April 2010 – Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah anjuran Urusetia Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kedah bakal menjadi acara tahunan kerana ia dilihat mampu mencungkil bakat-bakat baru yang bakal mewarnai dunia bola sepak Negeri Kedah suatu hari nanti.

YAB Ustaz Azizan Abdul Razak berucap ketika merasmikan Kejohanan

Kejohanan dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. ini juga mensasarkan penyertaan belia di setiap daerah dengan lingkungan usia 18 hingga 25 tahun. Pada majlis Perasmian Kejohanan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon semalam telah menyaksikan kehadiran semua pemain dari setiap zon dan pada majlis tersebut juga, undian penentuan perlawanan dan penyerahan jersi telah berlangsung. Setiap pasukan dibekalkan dengan bola sepak untuk sesi latihan dan setiap pemain dibekalkan dengan jersi.

Kejohanan ini melibatkan 36 pasukan yang mana sebanyak 6 pasukan mewakili 6 zon yang berbeza. Perlawanan pertama akan menyaksikan Zon 1 yang terdiri daripada Dun Kuah, Air Hangat, Ayer Hitam, Kota Siputeh, Jitra dan Bukit Kayu Hitam akan berlangsung pada 24 April 2010 bertempat di Stadium Mini Jitra.

Majlis Perasmian Kejohanan Liga Piala YAB Menteri Kedah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah ini juga turut dihadiri oleh YB Dr. Hj. Hamdan Mohamed Khalib Exco Belia Negeri Kedah serta tetamu jemputan iaitu YB Abdul Fattah Mahmood, Exco Belia dan Sukan Negeri Kelantan.


YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berucap ketika merasmikan Kejohanan semalam, beliau mengharapkan setiap pasukan akan bersukan dengan penuh semangat muhibbah, setiakawan dan berjaya memupuk semangat silaturrahim sesama pemain. Menurut beliau lagi, kejohanan ini juga memberi dan membuka peluang kepada pemuda luar bandar untuk menunjukkan bakat dan mengetengahkan potensi mereka dalam sukan bola sepak.

“Melihat kepada penganjuran kejohanan ini dan kesungguhan semua pihak termasuk pengurus pasukan, jurulatih dan pemain itu sendiri membuktikan bahawa Negeri Kedah tidak kurang pemain dan kejohanan ini akan menjadi kejohanan yang terbaik.” Ujar YB. Dr. Hamdan dalam ucapan beliau.

Johan Liga Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Kedah ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5000 beserta torfi kejohanan. Manakala johan bagi setiap Zon perlawanan akan membawa pulang Piala Iringan beserta wang tunai sebanyak RM 2000.

Disediakan oleh: Faiz Hj. Othman (Ambilan: http://kedahsejahtera.net.my)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.