Pelajar Berusia 22 Tahun Ini Punyai Koleksi Kereta Mewah Berharga Lebih RM36Juta... Jom Terjah Macam Mana Dia Boleh Kaya Sampai Macam Nie???

Dhiaa Al-Essa (22) ialah anak seorang ahli koporat Saudi yang bernilai 2.4 billion Dollar.Walaupun baru berumur 22 tahun Dhiaa mempunyai koleksi kereta mewah bernilai USD 12 juta. Baru-baru ini Dhiaa sanggup membayar USD 461 000 untuk sebuah Lamborghini LP700-4 Aventador. Ini ialah USD 71 000 lebih mahal dari harga pasaran. Sebab beliau membayar lebih? Supaya dapat menjadi orang Saudi pertama memandu kereta keluaran terhad ini di Arab Arabia. Yes u read that right chaps! Dia bayar mahal untuk potong que menunggu yang kita selama 18 bulan! Apabila ditemuramah Dhiaa berkata;

"Saya mahu menjadi orang yang pertama di Arab Saudi yang memiliki Aventador. Sudah tentu ada pertandingan tetapi bagi saya secara peribadi tidak persaingan untuk menunjuk-nunjuk, saya hanya suka kereta - dan jika anda mahu menjadi yang pertama, anda perlu bekerja keras dan membayar lebih."
 
Just in case korang nak tahu apa lagi kereta dalam koleksi mamat ni here they are Bugatti Veyron Super Sport, Koenigsegg Agera, Rolls-Royce Coupe, Rolls-Royce Phantom, Range Rover (2x), Mercedes McLaren SLR, Lamborghini Gallardo, Lamborghini Gallardo Superleggera, Lamborghini Murcielago P640, Ferrari F430, Ferrari 599 GTO, Ferrari 599, Ferrari 458 Italia, Ferrari California, Ferrari F430 Novitec Rosso, Porsche 997 Turbo, Porsche 997 GT3 RS, Porsche 997 Turbo Spyder, Porsche Cayenne Turbo, Porsche Panamera Turbo, Bentley Continental GT, Mercedes S65 AMG, Mercedes G55 AMG, Mercedes E63 AMG, Mercedes CL65 AMG, BMW M5, BMW X6M, BMW X5M, BMW 760LI, Audi R8, Audi A8, Lexus LS460, and Maybach 62.


Juga telah diselit dalam satu majalah..
 



Kalau muka xmalu add la dia diFB..hahah http://www.facebook.com/Dhiaa070

MB Ku Telah Sembahkan Nama 2 EXCO Kepada Sultan Kedah Untuk Dilantik Semula...

 
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mempersembahkan nama dua exco yang terbabit dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri kepada Sultan Kedah, untuk dipertimbangkan dilantik semula ke jawatan itu.

Azizan dilihat memasuki Istana Anak Bukit di sini pada pukul 4.50 petang sebelum keluar semula hampir sejam kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan istana dan ditanya sama ada nama terbabit sudah mendapat perkenan tuanku, beliau berkata: "Sultan akan perkenan kemudian... ambil masa sikit."

Mengenai tarikh angkat sumpah kedua-dua exco berkenaan, beliau berkata, pihaknya akan menunggu perkenan Sultan sebelum menetapkan majlis kerana perkara itu bergantung kepada kelapangan baginda.

Pada 28 Februari lepas, hanya lapan daripada 10 exco mengangkat sumpah bagi pelantikan semula jawatan, manakala Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh tidak disenaraikan untuk berbuat demikian.

Tempoh khidmat mereka tamat secara rasmi semalam.

Ketika ditemui pemberita pada hari mengangkat sumpah itu, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula kerana mempunyai perbezaan pendapat yang 'kritikal' dengan Azizan dalam soal
pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun pada 5 Mac lalu, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Kuala Lumpur mengarahkan kedua-dua exco berkenaan menerima semula pelantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.