Kes Teoh-Pegawai SPRM Tidak Memberi Kerjasama Kepada Suruhajaya, Semuanya Dijawab 'Tak Ingat'

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock menegur Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Ashraf Mohd Yunus kerana tidak memberi kerjasama yang baik ketika memberi keterangan berhubung kes membabitkan setiausaha politik kepada exco Selangor itu.

Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T Selventhiranathan, yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan, berpendapat tindakan Mohd Ashraf itu lebih bersifat selektif kerana kebanyakan soalan yang dikemukakan kepadanya gagal dijawab.
"Saya lihat awak mengalami selektif memori... ini adalah kes penting. Mana mungkin seseorang yang terbabit dalam kes sebegini tidak ingat. Awak lebih banyak menyatakan tidak ingat. Saya harap saksi-saksi dapat membantu," katanya pada prosiding siasatan hari ini.
Isu ini timbul apabila Mohd Ashraf, 27, iaitu saksi ke-20, tidak dapat menjawab kesemua soalan yang diajukan oleh Pegawai Pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud mengenai kelulusan peruntukan yang ditandatangani Teoh yang menggunakan cop anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Bagaimanapun, Mohd Ashraf tidak dapat mengingatinya dengan berkata: "Saya tak ingat, sebab suara Teoh perlahan tetapi apabila kami meminta alamat emel Teoh, dia menulis di atas kertas.

"Saya tidak mengingat sebab banyak soalan diajukan oleh Arman," katanya yang menjalankan siasatan untuk membantu pegawai SPRM Arman Alies.

Perkara itu turut disokong bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang kelihatan kesal dan kecewa dengan tindakan Mohd Ashraf yang enggan memberi kenyataan sewajarnya.
"Kenapa tak ingat... ini perkara penting kita tak mahu tunding jari kepada sesiapa. Kita hendak yang benar tapi kamu menjadikan perkara ini sebagai "anti-klimaks". Kalau benda yang penting kamu tidak ingat adakah kamu memerlukan 20 minit untuk mengingat kembali?" kata Abdul Kadir.

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, yang juga Pengerusi Suruhanjaya Siasatan itu, kemudian menangguhkan prosiding selama 30 minit untuk membolehkan Mohd Ashraf meneliti kesemua fail dan dokumen dalam kes siasatan Teoh.

Dalam prosiding hari ini, Mohd Ashraf turut disindir oleh Awang Armadajaya yang bertanyakan kepada beliau adakah tugasnya sebagai pegawai penyiasat tidak penting dan beliau berkata: "Saya ditugaskan untuk membantu sahaja."

Hakim Foong kemudiannya menegaskan sebagai penolong, beliau berperanan sepertimana pegawai penyiasat dan seharusnya mengetahui tugas-tugas sebagai pegawai penyiasat.

Teoh, 30, Setiausaha Politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya itu turut dianggotai Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka" berhubung kes itu.

Prosiding disambung esok. - BERNAMA

Tun Mahathir Makin Terdesak - Demi Anak2 Tun Sanggup Berterusan 'Berperang' Dengan DS Anwar

Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku 'A Doctor in the House' atau 'Doktor Dalam Rumah' adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan perdana menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Muhkriz, kata ketua pembangkang itu.

NONE“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.

"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," kata Anwar kepada TVSelangor.

Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.

Ketuan umum PKR itu berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.

azlan"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.

"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.

Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar pada tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan timbalan perdana menteri itu.

NONESebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan itu di luar mahkamah, dan di atas kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu.

Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat ketua pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.

Mahathir memuatkan 20 halaman dalam memoirnya mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Anwar dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu.

Antaranya, Mahathir menceritakan bagaimana beliau menemubual empat gadis yang memberitahunya bagaimana mereka dipujuk untuk bertemu seorang yang sangat berpengaruh, oleh seorang lelaki India yang mereka kenali sebagai Nalla.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.

Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.

Inilah Akibatnya Bila PAS Berhadapan Dengan Kerajaan Malaysia ... Bukan Lawan BN


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/raismenteripenerangan.jpgKUALA TERENGGANU - Kempen Umno dan Barisan Nasional bermula lebih awal, walaupun penamaan calon belum berlangsung, Menteri Besar Pahang tidak segan silu menjaja biasiswa kepada pelajar di DUN Kerdau, walaupun tidak pernah diminta oleh pelajar terbabit

Ibu bapa pelajar dipanggil ke majlis tersebut, dan dalam ucapannya, Adnan berkempen memburukkan PAS dan meminta para pengundi memilih Umno-BN dalam pilihanraya DUN Kerdau, sedangkan majlis tersebut dianjurkan oleh Yayasan Pahang.

Itu adalah antara contoh bagaimana perjalanan pilihanraya DUN Kerdau berlangsung.

Hampir keseluruhan program dianjurkan samada melalui Kementerian, Jabatan atau agensi kerajaan, negeri atau pusat, bahkan logo Umno juga jarang-jarang kelihatan di kain-kain pemidang pemakluman program atau 'backdrop' dalam satu-satu majlis itu.

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa semua projek-projek yang diumumkan semasa kempen pilihanraya telah dirancang lebih awal, namun kanak-kanak pun mengerti, ia hanya dusta,

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/nohomrpetanianindustriasatani.JPGBagaimana mungkin ia dirancang lebih awal apabila pada 25 Februari, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Said mengumumkan peruntukan RM2.2 juta untuk membaiki Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kampung Paya Taram.

Sedang beliau dilihat ke hulu dan ke hilir bersama rombongan ICU Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri melawat ke sana ke mari pada 24 Februari, 2011.

Adakah program mengumumkan insentif tanaman semula Kelapa Sawit oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Hamzah Zainuddin pada 1 Mac adlah projek yang dirancang lebih awal ??

Hamzah berjanji kepada peneroka di Felda Jengka 22, 23 & 25 bayaran wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membantu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/muhyiddinpelajaran1.jpgSehari selepas pengumuman itu, 250 peneroka di Raub menuntut bayaran tersebut, yang ditolak oleh Ketua Pengarah MPOB pada 29 September tahun lalu dan surat jawapan Pemangku Ketua Wilayah Timur pada 30 Disember tahun lalu.

Sesungguhnya, Umno-BN telah 'memancing undi' rakyat DUN Kerdau dengan pelbagai pengumuman, pemberian dan 'janji-janji' yang membeli harapan para pengundi!

Akhirnya, itulah keputusan yang diketahui umum apabila setiap peti undi dibuka pada lewat petang 6 Mac, 2011

Jelas sekali, Umno-BN tidak boleh mendabik dada, kononnya dengan kerja kuat mereka, rakyat telah memberi kepercayaan.

Umno-BN tidak bekerja, tetapi jentera kerajaan dan Umno-BN tidak mengeluarkan wang perbelanjaan kempen, melainkan ia ditanggung oleh Kementerian atau Jabatan serta agensi yang diarahkan menlaksanakan program atau majlis berkenaan.

Dibawah disenarai majlis atau program kerajaan yang telah disalahgunakan

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/shafieafdhalJAKSA.JPG1. Jabatan Perdana Menteri ; Menteri; Najib Razak. Muhyiddin Yassin, Ahmad Maslan

a Felda Program; Ramah Mesra Perdana Menteri bersama penduduk Jengka 25 pada 27 Feb 2011. Bayaran CESS; Pilihan pertama ialah peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000 tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan sementara pilihan kedua CESS ialah mereka dapat separuh, RM6,500 dan BK mereka adalah RM500 sebulan, pecah tanah dewan semai bakti Felda Jengka 22 dan Jengka 25, merasmikan gelanggang futsal terbuka di kedua-dua Felda berkenaan.

b Unit Perancang Ekonomi - RM 22 juta Perumahan Paya Taram yang terbengkalai sejak 15 tahun lalu, Pembinaan Dewan Orang Ramai pekan Kerdau RM400,000, Pembinaan Kuil Hindu RM100,000, Pembinaan Balai Bomba Sukarela RM150,000, Membina jalan dan lain-lain

c. Pejabat Tanah Temerloh - Kelulusan segera tanah Lipat Kajang yang ditangguh sejak 2006


d. MPOB - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Hamzah Zainuddin pada 1 Mac berjanji kepada peneroka di Felda Jengka 22, 23 & 25 bayaran wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membantu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/muhyiddinpelajaran.jpg2. Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah; Menteri; Shafie Afdhal

Jabatan Kemajuan Orang Asli; Ramah Mesra Orang Asi Paya Sendayan, 20 Rumah PPRT untuk orang asli Paya Sendayan, Pembinaan semula dewan yang terbakar sejak 04 tahun lalu di Paya Sendayan

3 Kementerian Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat; Menteri; Shahrizat Jalil

Jabatan Kebajikan; Program bantuan 1AZAM, 'Moh Gegarkan Kebajikan' program di Pusat Kanak-kanak Kerdau pada 1 Mac 2011

4.Kementerian Pelajaran; Menteri; Muhyiddin Yassin, Timbalan; Fuad Zarkashi

a. Yayasan Pahang; 23 Mac, 2011 Adnan Yaakob MB Pahang di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang dan 25 Mac di Felda Jengka 23 beri biasiswa/ Derma siswa kepada murid di DUN Kerdau, walaupun tidak diminta biasiswa Sekolah Rendah RM300.00 manakala biasiswa pelajar sekolah menengah RM600.00.

b Pejabat Pelajaran Temerlohl Perjumpaan Menteri dengan Guru dan PIBG pada 1 Mac 2011 di SMK Kerdau, luluskan tambahan kelas untuk sekolah tersebut, juga berkata kerajaan boleh memindahkan sekolah tersebut ke tempat yang lebih sesuai. Perjumpaan Timbalan Menteri dengan Guru

c. PTPTN; Pemberian RM50,000 kepada pelajar

d. Jabatan Pelajaran - Janji Muhyiddin pada 3 Mac, 2011, Membaik pulis sekolah Tamil Kerdau

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/zahidhamiditentera1.jpg5. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Menteri; Hishamuddin Hussain

Jabatan Polis; Penempatan polis yang terlalu ramai, Penempatan Unit Khas politik (Politic SB), Unit cantas

6. Kementerian Penerangan, Menteri; Rais Yatim

Pelancaran Kampun Wi-Fi, Merakyatkan seni budaya. Persatuan silat


7 Kementerian Pertahanan Menteri; Zahid Hamidi

Jabatan Hal Ehwal Veteran; Perrtemuan dengan bekas tentera, Penempatan dan penggunaan MIO-



8.Kementerian Kesihatan Menteri; Liow Tiong Lai


Jabatan Kesihatan Karnival Kesihatan di SJKC Kerdau pada 28 Feb, 2011 Lawati Kesihatan Menteri Kesihatan ke Kampung

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/menterikesihatan.jpg9. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna; Menteri; Ismail Sabri Yaakub
Jabatan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tansformasi kedai runcit koperasi Felda pada 28 Feb, 2011 di Rumpun Makmur. Penyerahan peralatan ICT Dewan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Integrasi Temerloh


10 Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Menteri; Lajim
Ukim

11. Kementerian Kerja Raya

Muyiddin Yassin umumkan peruntukan bina masjid Kampung Badok RM5000 pada 4 Mac, 2011

TG NIk Aziz Beri Ingatan Kepada BN - Bom Jangka Akan Meletup Sekiranya....

KOTA BHARU, 7 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN, tindakan mereka membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa.

“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,”ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.

Beliau berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya ‘dia mahu kerasi’ sehingga pilihanraya sebenar sudah tidak wujud di Negara ini.

Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masaalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi ‘pendendam’ akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya.

Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,”ujarnya.

Langkah ini dianggap sama dengan kes seorang bekas pegawai polis yang membuat kenyataan hemat diri mempertikaikan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu tetapi tiba-tiba keesokannya menukar balik kenyataannya itu.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.

Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.

“Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihanraya, khususnya pilihanraya kecil,”ujarnya.

Hujan Lebat Serta Ribut Landa Ibu Kota - Lebih 34 Kereta Remuk Ditimpa Pokok Tumbang

RANAP... Kelihatan anggota Bomba dan Penyelamat mengalihkan batang dan dahan pokok yang menghempap kereta yang berada di tempat letak kereta di Jalan Tun Razak berhampiran RHB Bank di Kuala Lumpur pada Isnin. Kira-kira 20 buah kereta ranap kerana dihempap tiga batang pokok di situ ketika hujan lebat kira-kira sejam. Dipercayai kebanyakan pemilik kereta tersebut adalah pekerja RHB Bank

KUALA LUMPUR: Sebanyak 34 buah kereta remuk setelah dihempap pokok ekoran hujan lebat dalam dua kejadian berasingan di tempat letak kereta swasta di Jalan Tun Razak di sini, Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian pertama berlaku berhampiran dengan Wisma Time di Jalan Tun Razak di mana 30 kereta remuk apabila lima pokok termasuk empat pokok besar tumbang dan menghempap kereta yang dipakir di situ pada pukul 5.30 petang.

Pada masa yang sama empat kereta remuk apabila sebatang pokok besar di tempat letak kereta swasta berhampiran bangunan Bank RHB, yang terletak seberang jalan Wisma Time, tumbang dan menghempap kereta tersebut, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Isnin.

Beliau berkata, seramai 20 anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang itu sejak pukul 5.50 petang hingga 9 malam ini. - BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.