Terkini!! Anda Boleh Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online dan SMS..


Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online dan SMS

Tarikh keputusan PMR 2012 masih belum diketahui lagi. InsyaAllah, kalau kami sudah mendapat kepastian tentang tarikh bila keputusan PMR 2012 keluar, kami akan mengemaskini di ruangan ini juga.

Melalui mengamatan dan kajian kami, dijangka keputusan PMR 2012 akan keluar sekitar 20 Disember ini. Tapi itu hanyalah ramalan saja, jadi jangan terlalu percaya. tunggu saja pengumuman dari pihak kementerian nanti.

Cara Semakan Keputusan PMR 2012 Melalui Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa/penjaga untuk menyemak keputusan peperiksaan secara online.

Untuk membuat semakan secara online, pelajar boleh menyemak keputusan PMR melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS):
  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
Untuk semakan melaui Sistem Pesanan Ringkas (SMS):



- Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: PMR 970310125879 hantar ke 15888



p/s: Mesti ada yang tak sabar nak menunggu keputusan PMR nie keluar. So, good luck kepada semua calon-calon PMR 2012. Bagi yang berjaya berjaya tu kami ucapkan tahniah! dan bagi yang kurang bernasib baik tu, jangan berputus asa sebab perjalanan masih panjang lagi. "Tiada orang yang gagal kecuali orang yang berputus asa!"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.