PENDANG: Ketua Umno Bahagian Pendang, Datuk Md Rozai Safian akan dilantik Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada satu majlis Bertemu dan Beramah Mesra dengan Masyarakat Pondok di Bukit Kobah pada Khamis.
Mukhriz berkata pemilihan Md Rozai dan Azmi diputus dan dipersetujui barisan exco kerajaan negeri menerusi mesyuarat baru-baru ini.