Bulan lalu, Chef Wan telah mengkritik nasi lemak kapal terbang MAS dan menggelarnya sebagai nasi lemak telanjang kerana dihidangkan tanpa lengkap dengan kacang, ikan bilis dan timun. Kritikan itu dikongsikan beliau di akaun Instagram miliknya.
Selang beberapa hari selepas itu, salah seorang kru MAS meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan kecaman Chef Wan menerusi portal Astroawani. Para penggiat laman sosial pula mempertahankan tindakan Chef kesayangan mereka dan menganggap pelanggan berhak bersuara dan mengkritik.