ALOR SETAR: Semua sekolah di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan diarah ditutup dua hari mulai Isnin kerana keadaan jerebu yang semakin teruk.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan keputusan itu berkuatkuasa 5 dan 6 Oktober ini.
"Untuk Kelantan, Sabah dan Sarawak, Kementerian Pendidikan akan pantau situasi jerebu setiap jam sebelum memutuskan untuk menutup sekolah di sana.