[gambar hiasan]
KUALA LUMPUR: Seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang di sini, malam Khamis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi berkata ketika kejadian mangsa yang dikenali sebagai P. Yoga Ambiga, 27, baru pulang dari kerja di sebuah bank di Medan Pasar pada pukul 10.15 malam.
"Mangsa diserang oleh suspek yang dipercayai lebih daripada seorang. Mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan hangus akibat dibakar," katanya kepada Bernama.Katanya hasil siasatan awal mendapati suspek menunggu mangsa pulang dari kerja.
"Barang-barang berharga milik mangsa seperti dompet dan telefon bimbit masih berada pada mangsa dan kita tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah disebabkan cemburu," katanya.
Katanya polis masih menyiasat bahan yang digunakan oleh suspek untuk membakar mangsa.Mangsa menetap di rumah itu bersama kakaknya sejak lima tahun lalu.
Sementara itu, seorang saksi kejadian itu yang hanya ingin dikenali sebagai Efa, 32, yang juga jiran mangsa berkata, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen di rumahnya sebelum terdengar bunyi bising dan suara orang menjerit di luar rumahnya.