HARAM Panggil PRU13 Pada Musim Haji

 http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.47645.1339973740!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg

SHAH ALAM - Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid), kumpulan pendakwah dan asatizah, membuat ketetapan bahawa adalah haram jika kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sekretariat sekumpulan 20 pendakwah berkata, jika PRU13 diadakan pada musim haji, ia merupakan satu pengkhianatan kepada amanah dan sistem pemilihan.


"Kami juga bersepakat bahawa pilihan raya dan proses pengundian tidak boleh atau haram dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar negara.


"Sekiranya pilihan raya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses kesajsian," kata kenyataan itu.


Sekretariat itu membuat pendirian ini ketika spekulasi bahawa PRU13 akan dipanggil pada musim haji menjadi kontroversi.


Dua minggu lalu, Pas membuat kenyataan ia khuatir kemungkinan PRU13 akan diadakan pada musim haji.


Sehubungan itu Pas dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh PRU13 lebih awal dan mengelakkan ia diadakan ketika musim haji.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.