PENTING!!! Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 Akan Diumumkan Esok Oleh SPR



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi esok, antara lain bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum  ke-14 (PRU14).

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah itu akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian.

MENGEJUTKAN!! Analisis AKHIR Manifesto PRU14.. Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!




KEPUTUSAN mengejut terhasil dalam analisis akhir manifesto parti-parti politik apabila buat pertama kali sejak BN ditubuhkan, kuasa negara dalam manifesto mereka jatuh di belakang Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hal ini terbukti apabila sebahagian komponen kuasa negara yang sebelum ini terpusat (Centralized) sejak era Almarhum Tun Razak kini telah dikendurkan (Liberalized). Namun Manifesto BN masih mengatasi Manifesto Pakatan Harapan (PH).
Analisis sebelum ini jelas telah membuktikan bahawa Manifesto PAS mempunyai visi negara yang lebih berkuasa dan kuat berbanding Manifesto PH.
Empat komponen yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau "From Wealth to Power" terbitan Princeton University Presskembali digunapakai bagi menilai kuasa negara dalam ketiga-tiga Manifesto BN, PAS, dan PH.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.