MB Kedah Buat Gempar Lagi.... Belum Pernah MB Kedah Sebelum2 Ini Buat Macam Ni... Apa Kata Rakyat Kedah???

ALOR SETAR - Seramai 1,249 peserta di empat buah Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan (Felda) di Kedah boleh tersenyum gembira apabila Kerajaan Negeri akan memberi geran kepada individu yang mengusahakan tanah dengan keluasan keseluruhan 3,026 hektar.

Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah setuju untuk memberikan geran tanah berkenaan kepada peserta Felda Teloi Timur (2482 hektar), Felda Bukit Tangga (1496.5 hektar), Felda Laka Selatan (378.2 hektar) dan Felda Gunung Bungsu (490.9 hektar).

“Kerajaan Negeri dalam mesyuarat telah putuskan untuk beri geran tanah kepada peserta Felda seluas 3026 hektar bagi peneroka felda. Geran sendiri,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini.

Katanya, Kerajaan Negeri akan keluarkan geran milik sendiri bagi setiap peserta Felda berkenaan berkuatkuasa sekarang.

Beliau memberitahu jumlah peserta yang akan menerima geran tanah berkenaan ialah seramai 610 orang (Felda Teloi Timur), 374 (Felda Bukit Tangga), 85 (Felda Laka Selatan dan seramai 180 dari Felda Gunung Bungsu dengan jumlah keseluruhan 1,249 orang.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dan Kerajaan Negeri menghargai usaha mereka yang membantu kerajaan dalam meningkatkan bidang pertanian.

Rekod Paling Cemerlang Dan Sejarah Buat PM Najib.. Siapa Bakal Menanggungnya??

azlan

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Cheryl Samad Adakan Majlis Kahwin Di Holiday Inn Subang Dalam Diam... Kenapa??? Inilah Wajah Suaminya...


Agak pelik kerana tiada coverage mengenai majlis perkahwinan Cheryl Samad baru-baru ini. Menurut info yang diterima, Cheryl Samad telah selesai mengadakan majlis perkahwinannya di Holiday Inn Subang Jaya pada hari Ahad yang lepas.

Namun sehingga hari ini, tiada suratkhabar ataupun penjelasan daripada pihak Cheryl Samad mengenai kesahihan perkahwinan ini. Kemungkinan besar Cheryl Samad hanya mahu majlis ini diraikan dengan keluarga terdekat. Apa-apa pun marilah sama-sama kita doakan kebahagiaan Cheryl Samad dan suami.

cheryl samad berkahwin

Semoga Cheryl Samad akan tampil ke hadapan dan menjelaskan isu perkahwinannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.