Terkini!!! Alhamdulillah.. Tuan Guru Presiden Selamat Jalani Pembedahan Ganti Injap Jantung




Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini selamat menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

IJN dalam satu kenyataan ringkas berkata pembedahan selama tiga jam itu diketuai oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub dan kumpulannya.

“Ketika ini, Abdul Hadi ditempatkan Unit Rawatan Intensif (ICU) dan keadaannya akan dipantau untuk beberapa hari akan datang sebagai rutin dalam pembedahan bedah jantung.

Terkini!! Tuan Ibrahim Sahkan Memangku Tugas Presiden PAS Sehingga Pembedahan Selesai Dan Sihat



Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga beliau selesai menjalani rawatan insentif berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

“Saya pangku tugas presiden buat sementara sampai sihat. Pentadbiran dan pengurusan parti berjalan macam biasa,” katanya.

Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu kenyataan hari ini berkata pemimpin berusia 69 tahun itu dijadualkan akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di ibu negara, bermula esok.

Terkini!!! Tuan Guru Presiden PAS Jalani Rawatan Intensif Di Hospital, Doakan Kesihatan Tuan Guru...


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk menerima rawatan intensif, Isnin.

Setiausaha PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berkata kemas kini mengenai perkembangan ahli Parlimen Marang itu akan dikeluarkan apabila diperlukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.