Kes DS Anwar Esok - Pendakwaraya Bakal Berdepan Saksi Misteri

Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.

Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.

Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.

"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok,” katanya.

"Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan.”

Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004.

EPL: Chelsea Menang Besar Dengan Bolton 5-1, Lampard Hasil Hatrik


Jaringan hatrik Frank Lampard dan dua gol Daniel Sturridge untuk Chelsea memberi amaran buat pesaing gelaran kejuaraan, Manchester United yang mereka juga mampu menjaringkan gol dengan jumlah yang besar selepas membelasah Bolton Wanderers 5-1 dalam saingan Liga Perdana England (EPL) di Stadium Reebok, Bolton pada Ahad.

HATRIK...Frank Lampard (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Bolton Wanderers dalam aksi EPL di Bolton, utara England pada 2 Oktober 2011. | foto Reuters
Lampard dan Sturridge meletakkan pasukan pelawat empat gol di hadapan ketika perlawanan berlangsung 27 minit sebelum Bolton menjaringkan satu gol melalui Dedryck Boyata selepas separuh masa pertama bermula.

Sturridge meledak gol pembukaan pasukan pelawat selepas dua minit perlawanan bermula melalui tandukan kemas hasil tendangan sudut Juan Mata.

Lampard, yang menjaringkan gol pada pertengahan minggu lalu dalam saingan Liga Juara-Juara ketika Chelsea seri 1-1 dengan Valencia, masih dikritik sebelum melengkapkan jaringan hatriknya pada minit ke-59 dengan sepakan rendah dengan kaki kanan dalam persembahan yang memukaukan bagi menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan aksi hambarnya sejak akhir-akhir ini.

Chelsea mengutip 16 mata untuk berada di tangga ketiga liga memintas Newcastle United dengan kelebihan satu mata dan mengekori rapat di belakang Manchester United dan City dengan perbezaan tiga mata. Kedua-dua pendahulu liga mengutip 19 mata daripada tujuh perlawanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.