Sebentar tadi Abang Nara menarik satu email yang sangat menarik
daripada seorang peminat tegar Yunalis Zarai dan Qi Qushairi. Umum
mengetahui yang mereka berdua sedang bercinta. Namun peminat kipas susah
nak mati ini mempersoalkan status hubungan pasangan ini. Adakah mereka
berdua masih bersama atau sudah pun berpisah?
Rasa ingin tahu tentang status hubungan pasangan ini timbul benak
kepala peminat apabila Yuna dan Qi jarang meng-update gambar bersama
ataupun Yuna meng-update gambar Qi, dan Qi meng-update gambar Yuna
seperti yang sebelum ini menerusi Instagram.
Malah gambar profile
Twitter untuk pasangan ini telah pun ditukar daripada gambar mereka di
hadapan Eiffel Tower kepada gambar lain.
Selain itu juga, peminat ini agak pelik apabila Yuna dan Qi tidak
lagi berbalas tweet romantik seperti yang sering dilakukan sebelum ini.
Tambahan pula Yuna sering menulis status-status emo berunsur kesedihan
dan kekecewaan seperti di bawah:-