Pengacara Melodi Disiasat Polis : Sah! Memang Dia Pijak Muka Wanita Di Kelab Malam

HAMPIR seminggu nama pelakon serta pengacara popular, Dira Abu Zahar dipetik sebagai selebriti yang menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu.

Dia menafikan khabar angin itu dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan ke atas setiap persoalan yang ditujukan kepadanya.

Dira bagaimanapun ada menjelaskan, dia belum bersedia berbuat demikian kerana kes berkenaan sudah berada dalam siasatan pihak polis.

Pengadu, Hamizah Abd. Hamid, 29, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Seperti juga Dira yang menganggap berdiam diri sebagai lebih baik, Hamizah, wanita yang mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut.

Dia bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis.

"Saya tengah kusut memikirkan perkara ini. Buat masa ini biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.

"Apa pun, orang yang salah harus menerima hukuman setimpal. Apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan beritahu perkara sebenar kepada anda," jelas Hamizah menerusi satu SMS yang dikirimkan kepada Sensasi Bintang.

Hamizah dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang berikutan cedera disepak di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah bertarikh 1 April 2012.

Memandangkan kejadian berlaku di daerah Dang Wangi, kertas siasatan laporan berkenaan dihantar untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Balai Polis Dang Wangi.

"Ya, kami memang menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah yang mendakwa dipukul oleh seorang pengacara program televisyen popular, "Melodi", jelas Aminuddin kepada Sensasi Bintang.



SUMBER

(Video) Liga Super 2012... Kenariku Patah Sayapnya Di Stadium Hang Jebat, Pemain Import Gagal Menyumbang Gol...



FELDA UNITED FC 2 - 0 KEDAH

Perlawanan di antara Felda United FC vs Kedah sudah pun tamat. Kedah yang dianggap sebagai pasukan pilihan nyata mengecewakan selepas kecundang ke atas Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Pada babak pertama, Kedah dilihat lebih menguasai perlawanan berbanding Felda United FC dengan serangan bertubi-tubi oleh penyerang skuad Hijau Kuning itu. Namun, tiada sebarang gol dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat masa pertama perlawanan.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Bersambung pada babak kedua, gol pembukaan berjaya dihasilkan oleh Fakri Saari untuk Felda United pada minit ke-50 selepas menampan bola daripada Mohd Raimi Mohd Nor. Kedah bagaimanapun terpaksa akur selepas Felda United FC sekali lagi berjaya mendahului perlawanan dengan gol kedua hasil sentuhan daripada pemain import baru pasukan itu, Mike pada minit ke. Keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat. Berikut merupakan video gol Felda United FC vs Kedah 7 April 2012.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com

Setelah PM Haji Najib Bersalaman Dengan DS Shahrizat, Apakah Isteri PM Haji Najib Akan Ambil Alih Jawatan DS Shahrizat?

TERIMA KASIH...Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan tamat perkhidmatannya sebagai menteri pada Ahad. Perdana Menteri turut mengumumkan akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Majlis 1Azam 1Karisma di Temerloh, Pahang


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini bahawa beliau akan memangku jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ia berikutan pengumuman Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatannya dalam kabinet apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April berikutan kes National Feedlot Corporation yang melibatkan keluarganya.

Najib mengumumkan perkara itu pada satu majlis di Temerloh, Pahang hari ini, lapor Bernama.
Pengumuman itu sekali gus menghentikan spekulasi berhubung pengganti ke jawatan itu apabila ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah sebelum ini diwar-warkan mengisinya ekoran lantikannya sebagai senator baru.

Raja Ropiaah bagaimanapun sejak awal menyifatkan perkara itu "cakap-cakap orang" yang dibuat kerana beliau satu-satunya pemimpin baru dilantik sebagai senator.

Ia juga atas anggapan bahawa kerusi kementerian itu sebagai 'kuota' untuk Wanita Umno.

"Orang buat cerita... Jangan buat cerita yang tidak betul. Orang boleh cakap macam-macam," katanya ketika dihubungi Malaysikinisemalam.

"Kalau dilantik menjadi Senator Isnin ini, saya akan menjalankan kerja-kerja sebagai senator dengan baik. Dan saya tak mahu cakap lebih daripada itu."

Raja Ropiaah antara pemimpin Wanita negeri yang terkedepan mempertahankan Shahrizat selepas bosnya itu didesak supaya turut melepaskan jawatan ketua Wanita oleh naib ketua Datuk Kamilia Ibrahim.

Sebelum ini, sumber pergerakan itu memberitahu, berdasarkan pertemuan exco dan ketua-ketua Wanita Umno negeri selepas Shahrizat memutuskan berundur, ramai mahukan Najib atau timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku kementerian itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.