rumah ustaz sabri (pandangan hadapan)
Pada petang ini (Jumaat 15/1/2010) saya dan semua keluarga meluangkan masa untuk melawat keluarga Ustaz Sabri. Rumahnya berhampiran Masjid At Thohiriah, Jalan Sungai Lintang, Yan, Kedah.Pada waktu ini sedang berlaku gerhana matahari separa, saya berkesemptan mendengar khutbah gerhana dari Iman Masjid At Thohiriah, Tuan Haji Ali Bashah Othman (gambar).
Alhamdulillah, ramai juga yang turut serta, makin tinggi kesedaran umat sedaka untuk menunai solat sunat gerhana. Aminnn...
Kunjungan kami sekeluarga disambut penuh peresaan mahabbah dari keluarga Ustaz Sabri. Beliau tidak ada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di Sungai Limau. Sebut tentang kunjung-mengunjung, ia adalah satu ciri unik umat Islam yang dikekalkan sebagai tanda mengukuh dan menjalin tali silaturrahim.
Kelihatan Wan Maziah (Isteri Ustaz Sabri)bersama bayi barunya
Anak kecil beliau yang kesepuluh telah genap 35 hari dan diberi nama Ainul Wafa (Comel nama semolek rupa... )
Sebelum itu, saya dan keluarga telah bersama ayah dan bonda bersembang-sembang keadaan semasa di rumah ayah. Bukan main seronok lagi ayah bercerita isu-isu semasa. Maklumlah anak menantu dan cucu-cucu balik. Begitulah rutin mingguan kami sekeluarga menziarahi ayahanda bonda.
@@@@@@@
Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w;
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
@@@@@@@