Akibat Kesalahan Kemalangan Langgar Lari Selebriti Terkenal Ini Dihukum Penjara 8 Bulan...


YONG JUN


ANGGOTA kumpulan SG Wannabe, Kim Yong Jun telah dijatuhkan hukuman lapan bulan penjara selepas didapati bersalah dalam satu kejadian langgar lari di Gangnam, Seoul, Korea.

Selain itu, Mahkamah Daerah Tengah Seoul dalam pernyataannya pada 13 Mei lalu juga meletakkan Yong Jun berada dalam perhatian pihak berkuasa selama dua tahun, selain perlu membuat khidmat masyarakat selama 80 jam.

Kemalangan pada 8 Januari lepas yang telah menyebabkan kesesakan trafik yang teruk itu berlaku selepas kereta Mercedez yang dipandu Yong Jun dengan laju telah melanggar sebuah kereta lain sehingga menyebabkan dua penumpang kereta itu cedera parah dan terpaksa dirawat di hospital selama dua minggu.

Paling teruk ketika kemalangan, Yong Jun tidak turun membantu mangsa-mangsa yang tercedera tetapi melarikan diri dari lokasi kemalangan itu dan hanya menyerah kepada pihak polis beberapa jam kemudian.

Semasa perbicaraan berlangsung pada 29 April lepas, Yong Jun melahirkan kekesalan kerana menjadi punca kemalangan tersebut.

"Saya melarikan dari lokasi kemalangan kerana terlalu panik," ujarnya.

Sebelum ini, beberapa selebriti terkenal Korea lain turut terbabit dalam kes kejadian langgar lari termasuklah kes yang membabitkan aktres Han Ye Seul yang belum selesai.

Pada 2 Mei lalu, Ye Seul yang sedang memasuki parkir di bangunan apartmentnya telah melanggar seorang lelaki menyebabkan lelaki itu cedera. Ye Seul juga melarikan diri dari lokasi kejadian.

Beginilah Wajah Raja Azmi Bila Menangis.. Gara2 Keputusan Khalwat Ditangguh... Tapi Kenapa???

Raja Azmi tidak mampu menahan sebak ketika mendapat tahu keputusan kes khalwatnya ditangguhkan ke 20 Jun ini. - Foto MUHAMMAD AKIF

KUALA LUMPUR: Penerbit filem …Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman menitiskan air mata gara-gara keputusan sama ada dia melakukan khalwat atau tidak dengan pemain badminton negara, Roslin Hashim ditangguhkan pada 20 Jun depan.

Dia agak kecewa apabila dimaklumkan pegawai yang mengendalikan kes berkenaan bercuti ketika hadir di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini, Khamis.

Raja Azmi yang hadir bersama suaminya Jailani Sidek yang bertindak sebagai saksi dan Roslin bimbang jika keputusan itu masih tertangguh, ia akan menimbulkan banyak keaiban melibatkan ramai pihak.

“Saya teruja untuk mengetahui keputusan pada hari ini (Khamis) kerana saya yakin (tidak berkhalwat) dan saya tahu Allah akan berpihak kepada orang yang teraniaya seperti saya. Saya sangat sedih dan betapa seksa dianiaya sebegini.

“Saya harap dapat bebas daripada prasangka buruk masyarakat dan fitnah ini tetapi akhirnya saya masih dirundung dengan bebanan,” ujarnya lagi yang tidak dapat menahan sebaknya.

Raja Azmi juga terlalu berharap untuk menyelesaikan kes berkenaan seberapa segera untuk memudahkan dia mengambil tindakan dengan menyaman beberapa pihak termasuk bekas isteri Roslin iaitu Norhayati Othman (Yati).

“Saya rasa teraniaya selagi pihak Jawi tidak mengeluarkan surat hitam putih yang mengatakan kami tidak berkhalwat kerana perkara ini akan menimbulkan pelbagai prasangka orang ramai terhadap saya dan Roslin,” kata Raja Azmi.

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh Norhayati bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira pukul 8.30 malam.

Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.

Pada 20 Ogos tahun yang sama, Raja Azmi ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini kerana kegagalannya untuk hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.

Perkenalan Di Masjid Tmn Tun Dr Ismail Membawa Pengacara TV3 Ahmad Fedtri Yahya Ke Alam Rumah Tangga.. Jom Lihat Tema Perkahwinan Mereka Minggu Depan.

Ahmad Fedtri Yahya

PETALING JAYA: Selepas enam bulan berkenalan sejak bertemu di sebuah masjid, pengacara Malaysia Hari Ini dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30, bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak.

“Majlis akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah.

“Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak,” ujarnya.

Bercerita tentang perkenalan pasangan ini, Fedtri memberitahu dia terpikat dengan perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada Nurul Anati.

“Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga.

“Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut,” katanya.

Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.

“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.