Treler Dan Bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' AMAT MERBAHAYA, Kenapa??... Jom Terjah!!!


Jangan Pandang Rendah Bas & Treler Milik 'Jelajah Merdeka Rakyat' Kerana...

Selepas menampilkan bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' tempoh hari, kini treler pula digunakan oleh PKR dalam usaha mereka menjelajah ke seluruh negeri atas nama 'Merdeka Rakyat'.

Di sebalik kita mempersendakan dan memperlekehkan cara 'psywar' yang dibawa Anwar Ibrahim ini, sedarkah kita bahawa bentuk perang saraf yang dibawa oleh bas dan treler ini sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada kerajaan.

Bermodalkan wajah Anwar Ibrahim pada dinding treler, lalu menjelajah ke seluruh pelusuk negeri serta menyusuri jalan-jalan utama, sudah tentu setiap mata akan memandang objek tersebut.


Tanpa kita disedari konsep PKR dan Anwar Ibrahim ini telah pun berjaya menarik serta mempengaruhi rakyat yang tidak berparti lebih-lebih lagi rakyat di pendalaman. Paling cikai pun mereka akan berpusu-pusu keluar untuk melihat dengan lebih dekat, lalu merakam gambar menggunakan telefon bimbit!

Konsep ini juga pernah digunakan oleh kerajaan pada tahun 1978, yang mana Jabatan Penerangan menggunakan konsep ini dengan nama 'PENTARAMA' (Penerangan, Nyanyian, Tarian & Drama)

Pada waktu itu beberapa kakitangan dari Jabatan Penerangan Khas Angkasapuri telah menjelajah ke setiap pelusuk Kelantan selama 3 bulan dalam usaha untuk merampas Kelantan daripada PAS.


Akhirnya Wanita Berbogel Bersama Putera Harry Ditangkap.. Jom Terjah!!!

 
NEW YORK - Seorang wanita yang mendakwa telah berbogel bersama pewaris ketiga takhta Britain, Putera Harry telah ditangkap pada 24 Ogos lalu, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Wanita itu, Carrie Lynn Reichert yang berusia 40 tahun ditangkap di San Diego, Amerika Syarikat ketika dia cuba untuk menaiki sebuah pesawat ke Mexico.
Menurut sumber penguat kuasa undang-undang, Reichert dikehendaki di daerah Harrison, Mississippi kerana menulis cek tendang bernilai AS$21,672 (RM67,474.0) bermula pada Ogos 2003.
 

PRU 13 - UMNO Perlis Bergolak, Ada Pimpinan Dijangka Sabotaj Parti... Jom Terjah!!!

Radzi Sheikh Ahmad


KANGAR - Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melahirkan rasa sedih dengan dakwaan Ahli Parlimen di Perlis yang juga bekas menteri dikatakan akan lompat parti sekiranya tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Katanya, ini bukan masanya untuk membuat tuduhan, sebaliknya adalah bekerjasama memastikan Barisan Nasional (BN) terus memerintah di negeri dan Persekutuan.
 

"Saya sedih dengan tuduhan itu, lebih-lebih lagi bukan dari luar. Ini dari dalam Umno sendiri. Sepatutnya dalam masa ini, Umno semua peringkat hendaklah bersatu menghadapi PRU.

{Ada Video} Maria Chin & Pak Samad Dakwa Soalan Polis 'Tidak Relevan' Dan Tidak Kena Mengena Dengan "Perhimpunan Janji Demokrasi".. Jom Terjah!!



enganjur perhimpunan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah berkata, soalan-soalan yang ditanyakan pihak polis kepada beliau dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said 'tidak relevan'.
Maria yang dipanggil bersama A Samad memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi berkata, soalan yang ditanyakan kepadanya mengenai sidang media penganjur di ibu negara pada 24 Ogos lalu.


Ditemui pemberita selepas memberikan keterangan, Maria berkata, beliau ditanya tentang kehadiran ke sidang media yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor itu dan peranan beliau.

"Soalan yang ditanyakan oleh polis tidak relevan kerana kesemua jawapan itu dia boleh perolehi di luar sana dan di (laporan) media," katanya.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.