Che Soh bahagia bersama  3 isterinya ketika ditemu bual petang semalam.
 
19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu
Sebahagian ahli keluarga Che Soh.


KOTA BHARU- “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”


Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.


“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.