Apa Motif Pembunuhan Bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Bukit Hangus? Jom Terjah!!

ALOR SETAR, 21 Julai — Bekas Ketua Wanita Umno cawangan Bukit Hangus, Halimah Yunus, 66, ditemui mati berlumuran darah di rumahnya di kampong Bukit Hangus, Jeneri, Sik, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sik DSP Mohd Ismail Ibrahim berkata mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher kiri, oleh suaminya, Mee Hashim, 63, dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah mereka kira-kira 9.20 malam.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan itu kerana tiada barang berharga yang hilang ketika kejadian. Senjata yang digunakan juga masih belum ditemui.

Katanya, ketika kejadian mangsa berseorangan di rumah manakala rumah jiran yang terdekat terletak kira-kira 200 meter daripada tempat kejadian.

Kenyataan Tidak Profesional Pegawai Kanan PDRM Dicabar Dedahkan JI Dan Komunis Resapi PR.. Jom Terjah!!!

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
SHAH ALAM – Sambil menyifatkan sebagai kenyataan tidak berprofesional, Pas hari ini mengulangi cabaran agar pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin mendedahkan siapa yang beliau maksudkan sebagai anggota Jemaah Islamiah (JI) dan anggota komunis yang telah meresapi Pakatan Rakyat (PR)dan mahu menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan tersebut amat berat kerana ia telah menjadi tanda tanya kepada orang awam selain dakwaan yang tidak berasas, berat sebelah dan tidak profesional.

“Pas ingin menegaskan bahawa kami menentang sebarang eleman ekstremis di dalam parti. Kita mengambil jalan politik demokrasi dengan menyertai pilihan raya dan menuntut sistem pilihan raya yang adil dan telus.

Terkini!! Pelakon Mr Cinderella Kembali ke Rahmatullah - Al Fatihah..


PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada hari pertama umat Islam berpuasa, pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini.

Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.

"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.