Memandangkan populariti moderator debat antara YB Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli naik mendadak akibat cabaran yang di lontarkan sebagai ungkapan penutup tirai debat tersebut, wa copy paste kan surat terbuka Dr Maszlee Malik ke dalam blog wa sebagai tatapan kepada semua pengunjung wa tak kira la apa anutan politik masing2..
Assalamualaykom w.b.t.
YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,
Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.