Gempar!!! Artis Melayu Nie Selalu Ke Kelab Malam Untuk Tenangkan Fikiran... Apa Dah Jadi Dengan Artis Nie???


tasha shilla
Kata Tasha Shilla:-
Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat menjalani penggambaran drama. Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang sekeliling. Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya untuk menenangkan fikiran semata-mata.

Al-Fatihah : Takziah Buat Keluarga Mohamad Safri, Wartawan Harakah Yang Telah Pergi Mengahadap Ilahi Petang Tadi... Moga Rohnya Dicucuri Rahmat...

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Safri (gambar) yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL.

Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya.

Safri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi.

Semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau.

Safri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.

Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.

Namun, minggu lalu Safri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.

Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.

Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.

Safri dan Harakah


Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu.


(Gambar: Saat akhir Safri bersama keluarga beliau di katil HKL)

Pada tahun 2008, Safri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah.

Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah.

Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan.

Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.


"Safri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah.

Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.

Jenazah Safri dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 6, Gombak (belakang Anjung Rahmat) petang ini juga.

Jika prosesnya cepat, jenazah beliau dijangka akan diuruskan malam ini juga.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.

Alfatihah.

Pendedahan!!! Inilah Gambar2 Hajjah Dato' Siti Nurhaliza Di Malam Anugerah Juara Lagu.. Beginikah Pakaian Seorang Artis Muslim Yang Telah Bergelar Hajjah???


gambar siti nurhaliza ajl26
gambar siti nurhaliza ajl26
gambar siti nurhaliza ajl26
gambar siti nurhaliza ajl26

Datuk Siti Nurhaliza (AJL26) dan Angelina Jolie (Golden Globes 2012)

 

Inkues Cari Punca Kematian Pemandu Teksi Baharuddin Ahmad Semasa Himpunan BERSIH

Inkues bagi menentukan punca kematian pemandu teksi Baharuddin Ahmad yang turut serta pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai di Kuala Lumpur tahun lalu, bermula hari ini.

Ia diadakan di hadapan koroner Zulkpli Abdullah di Mahkamah Koroner Kuala Lumpur.

Beliau dibantu oleh timbalan pendakwa raya Kalmizah Salleh dan Ahmad Israq, manakala peguam Ahmah Jufliz Faiza bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga itu.

Lebih tiga puluh saksi akan dipanggil memberi keterangan dengan lima daripada mereka tampil  hari ini.

Antara mereka ialah Konstabel Mohd Hafiz Ahmad, jurugambar polis yang merakamkan gambar-gambar semasa bedah siasat Baharuddin di Hospital Kuala Lumpur dan menghantar spesimen prosedur ke makmal Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Saksi kedua ialah Shahirah Diyana Shaharuddin, sukarelawan yang cuba membantu apabila beliau mendapati pemandu teksi itu pengsan dan menelefon paramedik dan ambulans.

Baharudin, yang dalam lingkungan umur lima puluhan didakwa cuba melarikan diri daripada asakan FRU dan semburan gas pemedih mata.

Polis mendakwa bahawa kematiannya adalah disebabkan serangan jantung walaupun rakan-rakan peserta BERSIH mendakwa bahawa kematiannya disebabkan pendedahan jumlah gas pemedih mata berlebihan yang digunakan oleh polis ketika cuba menyuraikan demonstrasi tahun lalu.

Mengapa AirAsia X Batal 30,000 tempatan Bagi Laluan London, Paris dan India???

AirAsia X membuat penyusunan rancangan bagi sekurang-kurangnya 30,000 tempahan dalam talian yang dibatalkan susulan penarikan balik penerbangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dari
London, Paris dan India, kata pengerusinya, Tan Sri Rafidah Aziz.

Walaupun kos bagi rancangan ini tidak didedahkan, Rafidah berkata penarikan balik itu telah mengurangkan dimensi kerugian yang telah pun dirasai oleh laluan jarak jauh AirAsia X berikutan peningkatan harga minyak dan cukai kerajaan.

Seperti yang dijanjikan, syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan semua penumpang, yang memegang tempahan bagi destinasi-destinasi tersebut, akan ditawarkan pilihan perjalanan alternatif tanpa sebarang kos tambahan bagi mengurangkan kesulitan yang disebabkan oleh penarikan semula laluan itu.

E-mel yang menawarkan pilihan tersedia akan dihantar kepada penumpang terbabit, termasuk pembayaran balik penuh, laluan semula ke destinasi AirAsia X lain (di Australia dan Asia Utara) atau berpindah ke syarikat pengangkutan alternatif yang ada tersedia.

Rafidah juga berkata sebarang kemungkinan bagi penyambungan semula laluan itu di masa depan tidak diketepikan kerana strategi syarikat penerbangan bajet tersebut bagi Eropah di masa depan masih terbuka.

"Justeru itu, apa yang akan berlaku di masa depan, kami tidak tahu, tetapi apa yang boleh kami katakan adalah pada masa depan yang terdekat ini adalah seperti apa yang telah diumumkan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama di Sidang Kemuncak Tahunan Majlis Pelajar Malaysia United Kingdom dan Eire 2012 di Marble Arch.

Meskipun pembatalan tersebut, bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata AirAsia masih kekal sebagai penaja kit jersi bagi kelab bola sepak London, Queens Park Rangers, yang dimiliki pengasas syarikat penerbangan itu Tan Sri Tony Fernandes.

Penajaan itu adalah sehingga akhir musim bola sepak 2012/2013.

"Apabila penajaan kami tamat, lembaga akan membuat keputusan," katanya.

Mengulas mengenai laporan tentang kekecewaan pelajar Malaysia dan pengunjung yang kerap ke Eropah, Rafidah berkata apa yang berlaku adalah suatu yang amat malang dan dibuat berdasarkan kepentingan terbaik perniagaan.

"Apabila strategi perniagaan tidak menjadi, kami perlu menyelesaikannya, yang mana kami lakukan dengan memberi banyak makluman awal," katanya.

Inilah Remaja SPM Yang Tunggu Keputusan SPM, Didakwa Mencuri Duit Bapanya Dengan Anggaran Kerugian Sebanyak RM540.00, Jika Disabitkan Kesalahan Boleh Dipenjara 10 Tahun Dan Denda


kes juvana
KUALA TERENGGANU - Dek kerana penangan siber kafe, seorang anak sanggup ‘mencilok’ duit bapanya sendiri bagi membolehkannya menghabiskan waktu bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, tindakan pelajar yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu membawa padah apabila bapanya membuat laporan polis dan dia akhirnya didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berusia 17 tahun itu telah didapati dengan niat curang mencuri wang tunai RM500 dan sebuah telefon bimbit pada 17 Januari kira-kira jam 7.10 pagi hingga 20 Januari kira-kira jam 8.30 pagi di Taman Permint Jaya, Chendering, dengan anggaran kerugian kira-kira RM540.


Oleh yang demikian, dia didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Jika disabitkan kesalahan, dia boleh di penjara maksimum 10 tahun dan denda.


Tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noradila Ab Latif, manakala pertuduhan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi.


Selepas mendengar pengakuan tertuduh, Noradila menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh sebut semula dan menetapkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.


Berdasarkan fakta kes, kira-kira jam 8 malam pada 15 Januari lalu, pengadu, iaitu bapa tertuduh berumur 43 tahun dan bekerja dalam bidang pemasaran telah memasukkan RM500 ke dalam sampul surat serta diletakkan di atas rak kain.


Kali terakhir duit itu dilihat adalah pada 17 Januari lalu, kira-kira jam 7.30 petang manakala pada 20 Januari kira-kira jam 8.30 pagi, pengadu melihat semula wang itu dan mendapati ia telah tiada, dipercayai telah dicuri oleh anaknya sendiri.


Pada 17 Januari juga, iaitu kira-kira jam 7.10 pagi, bapanya juga mendapati telefon bimbitnya yang diletakkan di ruang tamu telah tiada dan mengesyaki anaknya juga yang mencuri.


Hasil siasatan polis mendapati, tertuduh mengaku mencuri telefon bimbit itu dan menjualnya pada harga RM30. Tertuduh juga mengaku mencuri wang tunai bernilai RM500 dan membelanja rakan-rakannya dan menghabiskannya di siber kafe.


Pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam kerana mencuri duit bapanya sendiri.

Terbongkar!!! Ada Video: Penulis Lirik Lagu Awan Nono Yang Menjadi Juara AJL Semalam Adalah Pemimpin PKR Parit Sulung.. Ini Buktinya...


Tahniah!! Lagu Awan Nano yang dinyanyikan oleh Hafiz menjuarai AJL ke 26 malam tadi.. Penulis lirik lagu tersebut Hasmi Hashim @ Budi Hikayat ialah Ketua Cabang PKR Parit Sulong. 




Kalau Utusan Meloya tahu yang Hasmi Hashim nih orang PKR sure tak keluar paper sampah nih..kah kah kah. Padan muka Utusan Meloya dan TV3 suku.. kah..kah..kah..
 


Awan Nano juara Anugerah Juara Lagu Ke-26

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) memperlihatkan kehebatan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz apabila dinobatkan sebagai juara pada pertandingan yang berlangsung di Stadium Putra di sini malam ini.



Sementara itu, sedutan daripada klip video yang menunjukkan Herman Tino menampar Hafiz menjadi pembuka persembahan kepada anak muda daripada Sarawak itu saat menyampaikan Awan Nano. Ternyata, Hafiz tampil sangat ringkas dan kelihatan cukup yakin dengan melodi, muzik dan seni kata lagu nyanyiannya.


Persembahan Hafiz di AJL26 dengan Lagu Awan Nano
Pakaian yang simple Hafiz di AJL2
 

Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).

Manakala lagu Beribu Sesalan nyanyian Tiga Suara pula meraih kedudukan naib juara.


Sementara itu, lagu Karma dendangan Faizal Tahir berjaya meraih tempat ketiga dan meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi. 

Apa Terjadi Kepada Pemimpin PAS Yang Mengidam2kan 'Bola Api' Tanpa Lalui Mehnah Perjuangan Yang Tulen??? Adakah Dato' Hasan Ali Sebagai Contohnya??


oleh Aris Awang @ PakTeh

Ahli PAS (bukan untuk ahli parti lain) perlu faham mesej yang ingin disampaikan oleh Presiden. Ketika memegang jawatan sebagai Presiden pun masih merasa tidak layak untuk menjadi calon dan jika sudah pernah menjadi calon dan menang menjadi Wakil Rakyat pun menyerahkan soal itu kepada parti. Apakah pimpinan/ahli lain sudah merasa terlalu layak?

Pak Teh: Menjadi calon (menang atau kalah) adalah amanah Tuhan, amanah itu pula adalah umpama memegang bola api, jika ada orang dalam jamaah yang mahu merebut bola api tersebut, lebih baik kita beri kepadanya kerana dia merasa mampu mengawal bola api itu, dan akan terselamatlah tangan kita dari kepanasan bola api itu.

Namun jika bola api (amanah itu) tiada lagi anggota jamaah ingin memegangnya dan akan terlepas kepada UMNO memegangnya yang memang sejarah membuktikan mereka tidak tahu mengawalnya yang akan membakar seluruh manusia disekitarnya. Maka ketika itu wajib kita memikul bola api tersebut walaupun tangan hampir hangus menahan kepanasan bola api tersebut.

Sehingga sekarang mungkin masih ramai ahli yang mengidam bola api tersebut...

HOT Video!!! Penumpang Kapal Terbang Turut Disajikan Dengan Acara Tari Menari Dalam Pesawat.. Apa Kes Nie!!!




Melihat tari India film-film Bollywood adalah hal biasa. Tapi tari India yang disajikan dalam penerbangan adalah sesuatu yang jarang terjadi.  Itulah yang dilakukan perusahaan penerbangan Finnair. Tarian di kabin pesawat dirakam lalu dimasukkan ke YouTube. Kemudian terjadi kegemparan.

Penumpang pesawat Finnair dari Helsinki ke New Delhi, sangat terkejut ketika staf pesawat turut merayakan 63 Hari Republik India.




Di video, menunjukkan para penari tersenyum menghibur penumpang. Hal itu telah menjadi hit di YouTube, menerima lebih dari setengah juta hits dalam satu hari.

Kaartinen Helena, pramugari yang datang dengan idea, terkoordinasi latihan dan bahkan meminta bantuan seorang teman bekas pramugari di Mumbai, yang sekarang menjadi guru Bollywood. Kaartinen mengatakan kepada New York Times: "Ini adalah cara yang baik untuk menunjukkan rasa hormat."



 
Dia mengatakan ia ingin menunjukkan bahawa   penumpang kapal terbang India itu tahu sesuatu tentang budaya mereka.

Video itu dirakam pada penerbangan 17 Januari 2012 dan upload pada tanggal 26 Januari untuk menandai Hari Republik India.

Panas 18SX!!! Mengandung Punya Hal, Isteri Pelawak Tersohor Ini Sanggup Tayang Perutnya Yang Membulat???



SERBA-SERBI tentang anak itu anugerah. Malah, semasa anak masih dalam perut lagi ibu bapa sanggup melakukan apa demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir. Sekarang pula sudah menjadi satu trend, bila sarat mengandung sahaja ada sesi ambil gambar perut. Ada pula orang yang kata wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia. 

Maka terkebil-kebil dan terliur pula Diva nak mengandung bila tengok gambar-gambar kebahagiaan pelawak tersohor Harith Iskandar dan isterinya, Jezamine Lim yang sedang sarat mengandung. Fuhh! Cantik dan seksi sekali perut puan doktor berkenaan. Dapat juga dibayangkan betapa cantik dan bermakna sungguh bayi di dalam perut Jezamine itu. 

Gambar2 Lagi DI SINI

Dato' Hasan Ali Akan Bawa 'Kuasa Ketiga' Sebagai Hanya "Rekaan Romantis".... Benarkah???

Timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad berkata bekas ketuanya, Datuk Dr Hasan Ali hanya akan menjadi "budak suruhan" dalam Umno apabila berjinak-jinak dalam kem "kuasa ketiga" – kumpulan yang dikatakan akan meraih sokongan pengundi penentu dalam pilihan raya akan datang.

Sambil menyifatkan 'kuasa ketiga' itu sebagai hanya "rekaan romantis" untuk kepentingan BN, Khalid (kiri) yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata, ia hanya akan menjadi "pengacau" apabila calon dari kem Pakatan Rakyat berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Hasan dalam satu program wawancara di TV3, Rabu lalu yang antara lainnya mengupas mengenai gerakan kuasa ketiga yang bakal disertai bekas exco Selangor itu.
Hasan dalam program tersebut juga berkata, beliau tidak merangka untuk bergerak ke peringkat bertanding dalam pilihan raya, namun usaha melalui gerakan kuasa ketiga itu telahpun dimulakan oleh "teman-teman" yang tidak dinyatakannya.

Hasan juga berkata jenama kuasa ketiga itu masih belum ditentukan, namun beliau akan bergabung dengan wakil rakyat bebas yang lain, dengan menawarkan manifesto bersama walaupun tidak mempunyai parti sendiri.

Mengulas kenyataan itu, Khalid berkata, beliau juga tertanya-tanya siapakah lagi yang masih menyokong ADUN Gombak Setia itu, terutamanya di dalam PAS.

"Kalau dia ramai teman-teman yang sokong dia, seharusnya dia dapat pencalonan untuk jadi calon di Gombak Setia," kata Khalid lagi.

Tambahnya, Hasan juga sebelum ini termasuk dalam senarai 'top five' dalam senarai 18 pemimpin tertinggi untuk bertanding dalam jawatankuasa PAS pusat.

"Dalam pemilihan tahun lepas, dia turun ke nombor dua tercorot. Kalau betul ramai sokong dia, kenapa perkara itu berlaku? Sepatutnya dialah yang dapat undi paling banyak," katanya lagi.

Dalam pemilihan parti pada 3 Jun itu, Hasan (kanan) berjaya merebut keanggotaan dalam jawatankuasa pusat dengan kedudukan di tangga ke-16, dengan kemenangan tipis 437 undi.

Khalid juga mendakwa, Hasan bukan saja telah "mengelilingi diri dengan orang Umno" selepas Mac 2008, malah turut mengenepikan orang PAS yang banyak membantu beliau ketika kempen pilihan raya.

"Dia tidak manfaatkan (kerjasama) team PAS. Dia tidak ambil orang PAS untuk berada di keliling dia, tapi dia dikelilingi orang Umno, lebih-lebih lagi semenjak dia tak dilantik jadi menteri besar.

"Orang yang kerja keras semasa pilihan raya 2008, lepas menang tiada lagi (bersama Hasan). Itulah antara sebab dia tak dapat pencalonan (bertanding di Gombak Setia)," katanya yang turut menjangkakan Hasan tidak akan merayu pemecatannya daripada PAS.

Hasan masih berpeluang sehingga 8 Februari untuk berbuat demikian.

Khalid berkata, penyokong dalam PAS juga sebelum ini masih bersimpati dengan Hasan selepas penceramah motivasi itu dikenakan tindakan penggantungan.

"PAS pun tak mahu pecat dia sebab kita sayang ahli kita. Kita nak selamatkan dia biar dia terus bersama PAS.

"Nampaknya dia dah tak mahu bersama walaupun telah diberi penjelasan. Semuanya bermula apabila dia tidak lagi jadi pesuruhjaya. Sebelum ini tak timbul masalah tapi bila tak jadi pesuruhjaya dia tak boleh terima.

"Mulalah dia buat perangai pelik-pelik, kemudian barulah (PAS) terpaksa pecat dia," kata Khalid lagi.

Khalid dan Hasan pada Januari 2010 sama-sama didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin – Hasan diberi amaran manakala Khalid dikenakan tindakan penggantungan jawatan sebagai  timbalan yang dipertua PAS Shah Alam, serta keanggotaan dalam biro politik untuk tempoh enam bulan.

Hasan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor pada Jun tahun lalu. Ketika itu, Hasan merupakan exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam Selangor.

Sementara itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin (kiri) pula menjangkakan bahawa Hasan tidak akan dapat menarik ramai penyokong Pakatan dalam program jelajah dan ceramah yang akan dijalankannya.

Beliau juga yakin bahawa kuasa ketiga yang diuar-uarkan itu dibayangi pemimpin Umno, manakala gerakan itu pula diwujudkan untuk mendedahkan kelemahan dalam Pakatan.

Idea mengenai penubuhan kuasa ketiga itu kuat dikempen oleh media pro-BN, sebaik PAS bertindak memecat Hasan pada 8 Jan lalu – dengan mempromosi beberapa nama termasuk bekas ahli parlimen PKR, Datuk Zulkifli Noordin.

Hasan juga tampil dalam program wawancara di TV semenjak dipecat daripada PAS, seperti dalam siaran TV3 pada malam Rabu lalu.

"Rakyat telah matang untuk melihat pemimpin seperti ini kerana integriti dan kredibiliti mereka dipertikai," kata Shamsul ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, masyarakat di negeri ini telah mula mengetahui bahawa isu bersabit Hasan bersifat "peribadi dan dendam kesumat."

"Itu akan menyebabkan Hasan Ali sukar tarik sokongan yang signifikan. Apatah lagi apabila dia dikelilingi orang yang ada krisis kredibiliti (dalam gerakan kuasa ketiga).

"Saya tak nampak dia popular, kecuali beberapa media yang kita maklum cenderung untuk beri laluan kepada beliau. Kerap kali sidang media (Hasan) diberikan siaran utama sama ada oleh TV1 dan TV3," katanya.

Menurutnya lagi, Pakatan juga tidak bimbang dengan program jelajah yang akan dijalankan Hasan dan strategi itu juga diyakininya tidak akan menjejaskan penyokongnya, terutama daripada PAS.

"Dia akan pergi ke semua kawasan parlimen di Selangor dan pastinya bertujuan untuk melemahkan Pakatan. Tapi di Gombak sendiri yang didokong oleh pemimpin seperti Azmin Ali dan Saari Sungib, bukan laluan mudah untuk Hasan Ali," katanya.

Menteri Besar Ku Buat Kejutan Besar!!! UMNO Malaysia Apatah Lagi UMNO Negeri Kedah "Kancing Gigi" Dengan YAB Ustaz Azizan...

ALOR SETAR – Menjadi sejarah dalam pentadbiran negeri Kedah apabila kerajaan negeri membentangkan belanjawan melebihi RM1 bilion dalam Bajet 2012 yang diumumkan pada November lalu.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, peningkatan perbelanjaan ini adalah berikutan peningkatan hasil yang diperolehi kerajaan negeri serta amalan belanja berhemah.

“Dalam sejarah Kedah tak pernah bincang belanjawan melebihi RM1 billion, tapi tahun ini kita telah ada peruntukan tersebut, padahal Kedah hanya bergantung pada pertanian, tak macam negeri-negeri industri lain, saya berharap tahun depan kita akan tingkatkan lagi belanjawan kita.

"Walaupun pendapatan kita terhad, tetapi kita pandai berbelanja kewangan kita, kita belanja ikut yang perlu, saya yakin kita berada dalam keadaan yang selesa, tetapi kalau kita ada pendapatan lumayan, tetapi belanja wang ikut suka hati, tak ikut peraturan, maka kita akan hadapi kesulitan dan rakyat juga merasainya,” jelas beliau pada majlis sumbangan Tahun Baru Cina 2012, di sini.

Tambah beliau, peningkatan bantuan kepada tiga sekolah persendirian Cina bagi tahun 2012 adalah atas dasar keprihatinan kerajaan kepada pembangunan pendidikan, bukannya untuk memikat hati mahupun kempen pilihanraya.

“Tahun ini kita tingkatkan bantuan kepada tiga sekolah persendirian Cina, dan InsyaAllah jika kita punyai lebihan kewangan hasil daripada belanja berhemah, kita akan tambah.

“Bantuan ini adalah bertujuan membantu pembangunan pendidikan rakyat, bukannya untuk menagih kempen pilihanraya,” ujar beliau.

Pengacara Terkenal Aznil Nawawi Dedahkan Rahsia Wajah Tetap 'CUN' Walaupun Telah Berumur Senja.... Jom Terjah..


PETALING JAYA: Pengacara Aznil Nawawi mula terdedah dengan penjagaan wajah seawal usia 12 tahun dan sehingga sekarang telah menggunakan sebanyak sembilan jenis produk kecantikan.

Aznil berkata, pada usia tersebut dia sudah mula praktik menggunakan tiga jenis produk wajib iaitu pencuci, penyegar dan pelembap.

"Kebanyakan lelaki selalu menganggap remeh tentang penjagaan wajah mereka. Bagi mereka itu perkara yang leceh.

"Lain pula dengan saya yang sudah mula menjaga wajah pada usia muda. Jika dahulu hanya tiga produk sahaja, sekarang ini saya pakai sembilan jenis yang antaranya seperti krim mata, pemutih, serum, penegang kulit, dan pelindung matahari selain tiga pembersih utama pencuci, penyegar dan pelembap.

"Rasa muka ini seperti bogel pula apabila tidak mengenakan apa-apa," katanya.
Tambah pengacara rancangan Clever itu, dia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk merawat wajahnya sebelum keluar rumah melakukan rutin hariannya.

Dan jika tidak meletakkan sebarang pelembap wajah, risiko untuk terdedah dengan cahaya matahari lebih mudah selain kurang berkeyakinan diri apabila bertemu dengan orang ramai.

"Saya percaya, sesiapa sahaja yang menjaga raut wajahnya akan berasa lebih berkeyakinan berbanding yang tidak berbuat apa-apa. Pada masa yang sama juga kita akan lebih maju daripada segi karier kerana personaliti yang dibawa itu," tegasnya.

Sementara itu, pengacara itu berharap agar kariernya diangkat lebih tinggi dengan melakukan satu kelainan untuk menghiburkan peminat-peminatnya yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

"Saya selalu ingin membuat kelainan agar para peminat tidak bosan dengan persembahan saya tidak kira dalam bidang pengacaraan di televisyen mahupun acara konsert.

"Sebab itu Konsert Hore-Hore dianjurkan kerana bagi saya ia satu kelainan apabila seorang pengacara yang membuat konsert, bukannya penyanyi.

"Pada tahun ini, mungkin saya akan melakukan sesuatu di mana akan menjelajah ke setiap negeri selepas menerima respons positif tentang konsert yang dianjurkan bersama pihak Astro pada Mac tahun lalu," ujarnya.

Inilah Gambar Jejaka Bangladesh Yang Ditangkap Khalwat Bersama Teman Wanita Punyai 4 Anak Sedang Melakukan Hubungan Terlarang Di Hotel Murah...

Abang Bangladesh dicekup khalawat
AMPANG - Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah personaliti dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.


Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.


Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.


Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.


“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.


Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak.


Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.


Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Audit Negara Kesal Dengan Tindakan Presiden Perkasa Dalam Isu 'LEMBU'

SHAH ALAM - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kesal ada pihak yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya di sebalik kontroversi projek ternakan daging lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Jabatan Audit Negara menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek NFC ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah
dikesali," kata Ambrin dalam satu kenyataan.

Ambrin berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak.

Ahad lalu, Perkasa mencabar National Feedlot Corporation (NFCorp) mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta.

Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.

“Mohamad Salleh menerangkan kepada kami yang NFCorp mempunyai Laporan Audit Dalaman dan membuat audit dalaman syarikatnya. NFCorp pernah diberi lima bintang oleh Jabatan Audit Negara.

“Untuk itu, saya mendesak supaya Ketua Audit Negara, (Tan Sri Ambrin Buang) memberi penjelasan mengenai kekeliruan ini dan menjawabnya secara terbuka,” katanya pada satu sidang media.

Azmi Khalid Digesa Letak Jawatan Didakwa Lambatkan "Penyiasatan Penuh" Salah Urus Projek Fidlot Kebangsaan

Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid meletak jawatan kerana didakwa melambatkan "penyiasatan penuh" terhadap dakwaan salah urus projek Fidlot Kebangsaan.

pac meeting on rmaf engine missing 200110 azmi khalidAhli parlimen Ipoh Barat itu menggesa Azmi (kiri) supaya "jangan menjadi halangan" kepada siasatan segera PAC terhadap tuduhan itu agar jawatankuasa berkenaan boleh membentangkan penemuannya di Parlimen apabila ia bersidang semula Mac ini.

Lim membuat gesaan itu ekoran Azmi, yang juga ahli parlimen Padang Besar, menghentikan siasatan PAC terhadap pengurusan projek lembu itu, sehingga polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyelesaikan siasatan mereka.

"Keputusan PAC menghenti atau menggantung siasatannya terhadap pendedahan Ketua Audit Negara berhubung skandal itu hanyalah kecenderungan peribadi Azmi dan bukan keputusan kolektif PAC, kerana PAC tidak mengadakan mesyuarat selepas bermulanya siasatan polis dan SPRM terhadap NFC," katanya.

"Azmi tidak seharusnya mengenakan kehendak peribadi ke atas PAC apabila kepentingan negara menuntut PAC melaksanakan kewajipannya menjalankan siasatan penyiasatan segera dan serta-merta terhadap skandal tersebut."

NEGERIKU Masih Terkebelakang Dalam 'PENYEBARAN MAKLUMAT'... Peranan Sapa Lagi Diperlukan Dalam Hal Ni???

Assalamualaikum...

Hari nie gua nak sentuh bab PENYEBARAN MAKLUMAT... tak mau sentuh bab KUIN ka AUKU ka.. semak kepala ja layan kerenah hangpa semua... janji hangpa marah la kot mana pon tapi dalam hati hangpa tetap ABU... habih cerita....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLrYmrPbHAQByE_PoBElPpihXKKokgFGukGqmhAtvWo38ZQ__Th7swmMuGnVaM30YBKWomi-bDc04IGFT4jndNvKUL3HE_kM6WLmFSGcoPM6hSvYVjuyMNLi0ljKaW0o-wn1FS9Zeb/s400/asal+bukan+umno+babi+2.jpg

bab PENYEBARAN MAKLUMAT nie gua nak specifik kat KEDAH.. gua tengok dan lihat ianya tak sampai kesasaran lagi.. dulu gua bising bab MEDIA INTERNATE so far pada gua dah ada peningkatan sebab dengan adanya beberapa kelahiran laman web seperti KedahLa.blogspot, UtaraOnline.com, SedakaSejahtera.blogspot.com dengan di maintain kekal blog otai KedahLanie.info so far alhamdulillah... ditambah lagi dengan amanTV.net dan wartakedah.net ini semua sudah mencukupi....

namun sekarang gua nak bincang bab DELIVERY SYSTEM di mana nak menyampaikan maklumat-maklumat ini ke sasarannya di kampung-kampung sana... so far sehingga kini jika berharap medium ceramah sahaja ianya tak mencukupi tetapi skrg kita kena sampai ke target point nya iaitu sampai ke dalam rumah orang-orang kampung dan melekat dalam jiwa mereka apa yang akan di sampaikan....

Dulu ada satu penyebaran secara ac-hoc sewaktu ISU UUM dimana ada satu risalah "KEDAH LA" yang mana di tabur ke serata pelusuk negeri Kedah ini.. dan dari apa yg dilihat ianya memang berkesan dan sampai kelubuk hati rakyat.... dengan bahasa santainya ianya menjadi perbincangan hangat akan topic yang dipaparkan itu.. namun itu semua suatu waktu DAHULU...

KINI..apa yang ada... BANNER-BANNER kejayaan negeri di pasang kepelusok negeri... so far Alhamdulillah ianya salah satu medium penyebaran namun pada gua ianya masih tak mencukupi.... kita nak target sekarang sasaran sebenar... jadi kaedah "KEDAH LA" dahulu dah berjaya dah namun sekadar 1X sahaja perkara seperti itu berlaku...

mana perginya Ketua Penerangan parti PAS, PKR dan DAP hangap pegang jawatan sekadar suka-suka kaa... pikiaq la panjang sikit buat pamplet-pamplet yang menyentuh hati serta mudah di fahami dan sebarkan kemerata... jangan dok merak dengan jawatan sahaja... UMNO/BN hari-hari dok bantai dalam TV & RADIO....

Jadi gua harap hangpa pulun la sikit.. kesian gua tengok pakcik-makcik kat kampung sana berbangga dengan UMNO nie disebabkan kita tak sampaikan maklumat dengan kaedah yang sebetulnya....

jadi pakat-pakat pikiaq dan pakat-pakat buat kerja laa nooo...............

- p/s : in ada contoh-contoh pamplet............

 

Inilah Wajah Cucu Perempuan Terbaru Chef Wan Yang Selamat Dilahirkan..... Tahniah


Gambar yang diupload oleh Serina di Facebook
Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
“Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
“Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat,” ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Asrama Lelaki SMA Al Nahdzah Bukit Besar Terbakar Ketika Tengahari Tadi... Punca Kebakaran Masih Disiasat...




YAN: Sebuah bilik asrama lelaki Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdzah, Bukit Besar dekat sini musnah dalam satu kebakaran pada jam 12.40 tengah hari tadi dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Pengetua sekolah, Adnan Osman, berkata pihak sekolah menyedari kejadian itu selepas seorang jiran yang tinggal berdekatan sekolah memaklumkan kepada pengawal keselamatan mengenai asap tebal dari arah kawasan blok asrama lelaki sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di tempat kejadian, Adnan berkata, ketika kejadian berlaku tiada pelajar berada di sekolah kerana semua sedang bercuti sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat bersyukur semasa kejadian ini berlaku sekolah masih bercuti dan tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku, cuma yang terbakar adalah katil, tilam serta buku sekolah saja," katanya.

Katanya, blok asrama lelaki sekolah itu mempunyai 14 buah bilik iaitu tujuh bilik di tingkat atas manakala tujuh lagi di tingkat bawah dan bilik asrama lelaki yang terbakar itu menempatkan 10 pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Tiga dan Empat.

Sekolah itu adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mempunyai 710 pelajar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Abdul Muin Ayob yang mengetuai operasi memadam kebakaran berkata, bomba menerima panggilan pada jam 12.40 tengah hari dan 11 anggota bomba bersama dua jentera tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Katanya, api dapat dipadam sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari dan punca kejadian sedang disiasat.

Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, yang melawat kawasan kejadian menghulurkan sumbangan kepada pengetua sekolah bagi meringankan beban pihak sekolah untuk membaik pulih asrama itu. - BERNAMA

Polis Disyaki Terbabit Lindungi Samseng UMNO Dalam Serangan Majlis Anjuran ABU

Polis didakwa bersekongkol ganggu ceramah ABU

Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu.

ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap-cakap dengan pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu.

Bercakap kepada pemberita, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis.

Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di sebuah dewan di Jalan Kebun dekat Shah Alam terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut. -mk

Samseng Umno Terbabit Serang Ceramah ABU-Hindraf

KUALA LUMPUR, 24 JAN : Kumpulan Aktivis ABU (Asal Bukan Umno) dan Hindraf hari ini tampil membuat laporan polis berhubung serangan ganas terhadap orang ramai pada satu ceramah di Jalan Kebun baru-baru ini.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata serangan tersebut dipercayai didalangi oleh Umno selain mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dalam serangan tersebut.

Badrul menambah, pihaknya akan menyerahkan salinan gambar, CD rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis berhubung campur tangan dan kerja jahat penyokong Umno dalam kejadian tersebut.

"Serangan tersebut secara jelas dilihat oleh pagawai polis tidak berpakaian serangam dan apabila polis berpakaian seragam datang, pihak kita menunjukkan orang-orang yang terlibat menyerang, malanganya langsung tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.

"Malah dalam laporan ini, kita menamakan beberapa pimpinan Umno tempatan termasuk diperingkat bahagian yang dikenal pasti oleh penduduk tempatan hadir pada malam tersebut,"katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, di sini hari ini.

Ceramah Umum ABU di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam pada 22 Januari lalu menyaksikan satu serangan keterlaluan oleh sekumpulan samseng terhadap orang ramai.

Samseng yang dipercayai penyokong tegar Umno itu bertindak ganas dengan mensasarkan kaum India sahaja apabila dilihat hanya menyerang kaum India tanpa memperdulikan kaum Melayu dan Cina yang turut berada di dalam dewan itu.



Akibat daripada tindakan tersebut seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah (gambar) apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Badrul menambah, sekiranya benar ianya didalangi Umno, maka parti itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan bersifat perkauman itu.

Sementara itu, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan berkata pihak polis tidak memainkan peranan ketika serangan tersebut berlaku sekaligus memperlihatkan peranan pihak berkuasa itu seolah-olah seperti bersekongkol dengan penjenayah.

"Polis tidak memainkan peranan sedangkan mereka ada dikawasan kejadian, Sekirannya polis tahu kebarangkalian akan berlakunya kekacauan, polis seharusnya menggembeling seluruh kekuatan polis yang ada disitu untuk menghindar serangan.

"Serangan ini terlalu jelas dan kita berpendapat bahawa pihak polis bersengkongkol dengan pihak yang menyerang, lebih memalangkan lagi polis berjaya datang selepas kejadian serangan,"katanya kepada pemberita.


Dalam perkembangan yang sama, Koordinator Kebangsaan Hindraf, W.Sambulinggam menzahirkan rasa kesal diatas provokasi dan serangan keras disetiap kali gerakan itu melakukan aktiviti.

Lebih memalangkan lagi, Sambulinggam berkata bukan sahaja pihaknya menerima provokasi malah mereka juga akan dituduh sebagai punca berlakunya kekacauan.

"Perkara ini telah membuka mata rakyat untuk melihat siapa sebenarnya punca kekacauan disetiap kali penganjuran program secara aman.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa Hindraf sememangnya kenal akan kaum Melayu dan mereka yang beragama Islam, kami tidak bermusuh dengan mereka, sebaliknya kami hanya tidak bersetuju dengan sebuah parti politik yang digelar sebagai 'UMNO',"jelas Sambulinggam. -tvsnews

Benarkah Akhbar Australia Siarkan Fitnah Terhadap Hajjah Rosmah Mansor Yang Dikatakan Membelanjakan A$100 Ribu Di Sebuah Butik Terkenal???

SYDNEY: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terus mendapat perhatian dan liputan dari akhbar antarabangsa akibat sikap dan tabiatnya yang gemar berbelanja besar.
Dalam seksyen ‘Private Sydney’ yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik miliknya di Sydney.
“Rosmah Mansor suka diperkenalkan sebagai Wanita Pertama Malaysia, tetapi untuk pereka fesyen Carl Kapp, beliau adalah First Lady Of Shopping,” lapor kolumnis akhbar itu.
“Dia benar-benar pemurah dan sangat mudah untuk berurusan dengannya,” Kapp dipetik berkata kepada Private Sydney.
Kapp, menurut kolumnis itu turut bersetuju bahawa Rosmah gemar menampilkan gaya hidup mewah seperti yang seringdigambarkan di media.
Dengan tajuk ‘Super Kerr Now a Model Citizen’, kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta “parkir valet untuk limousinnya” dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya pada bulan depan.
“Semuanya dibuat dari sutera paling halus dan dalam pelbagai jenis warna-warna eksotik dan cetakan,” kata Kapp kepada media berkenaan.
Kolumnis itu melaporkan bahawa “pelanggan terbesar” Kapp itu juga membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu “percutian peribadi” di sana “sekitar dua minggu lalu”.
Menurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib juga menginap di penthouse dengan kos A$20,000 (RM65,100) semalaman di Hotel Darling di Sidney, beberapa bulan lalu.
Ia bukan kali pertama media antarabangsa mengupas gaya hidup Rosmah yang sebelum ini dikaitkan dengan pembelian berlian berharga RM24 juta dari syarikat Jacob n Co- sebuah syarikat berlian yang terkemuka di London.
Beliau juga dikatakan mempunyai berbelas koleksi simpanan beg tangan jenama mewah Birkin, yang kebiasaan dipakai oleh golongan kenamaan dan artis antarabangsa.
Malah, Rosmah gemar menghabiskan banyak wang untuk melancong termasuk membayar hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk tempoh semalaman.
Selain itu juga, Rosmah- yang menggelar dirinya Wanita Pertama Malaysia- juga ghairah mendapatkan publisiti dari media luar negara sehingga kerajaan membelanjakan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan yang memaparkan gambar beliau dalam sebuah akhbar Amerika Syarikat, New York Times.
-keadilandaily
Petikan dari Sydney Morning Herald, Australia
ROSMAH MANSOR likes to be introduced as the First Lady of Malaysia, but for Sydney fashion designer Carl Kapp, she is his first lady of shopping
The wife of the Malaysian Prime Minister, Najib Razak, is known across Malaysia simply as FLOM (First Lady of Malaysia), and is Kapp’s biggest customer, having dropped an estimated $100,000 in his boutique ordering garments during a private holiday in Sydney a little more than a fortnight ago.
”She was absolutely gracious and very easy to deal with,” Kapp told PS this week, agreeing she was nothing like the woman often portrayed in Malaysian media for her allegedly extravagant lifestyle.
In recent months, Mansor, who stayed with her husband in the $20,000-a-night penthouse at The Darling hotel, has been forced to deny reports she had bought a $US24 million diamond and a $US200,000-plus crocodile skin, bejewelled Hermes handbag. Kapp, who has a keen eye for such bags, having worked for Hermes, said he did not see any such handbag when he met her.
What her critics in Malaysia will make of her Sydney shopping spree, first reported on local fashion blog Frockwriter, is yet to be determined.
Kapp, who became suspicious of the identity of his mystery VIP customer when his Oxford Street store received a flurry of calls requesting valet parking for her limo, said he was being flown to Malaysia next month with a collection of ”toiles” for Mansor to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants and tops.
All made from the finest silk and in a variety of exotic colours and prints, Kapp said his new muse had ”a very good eye for colour and she likes a lot of prints”.
Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.