Terkini: Analisa Bandingan PRU 13 Dan PRU 14 Untuk Kerusi Parlimen Dan DUN


Sentiasa ada kelebihan di balik kekalahan, Allah SWT. tangguhkan  kemenangan. Bersabarlah wahai Ansorullah. 


Kejayaan Pasti Tiba




Allahu Rabbi!! Bob Lokman Turun Kempen Dengan Bawa 'Tangki Oksigen"




KOTA BHARU: Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman, 54 membawa tangki oksigen mudah alih ketika turun membantu calon PAS berkempen.
Katanya situasi kesihatannya sekarang semakin menurun, menyebabkan beliau membawa tong oksigen ke mana sahaja pergi.

P012 JERAI!! Selamat Menyambut Hari Pekerja.. Jom Bekerja Untuk Islam




SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA DAN SELAMAT CUTI-CUTI MALAYSIA
"Hari Pekerja disambut sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara. Ianya juga secara tak langsung memberi pengiktirafan kepada majikan yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran pekerjaan."


#BekerjaUntuk Islam

TERKINI!! Senarai Lengkap 158 Calon Parlimen PAS Seluruh Malaysia




SENARAI LENGKAP 158 CALON PARLIMEN PAS
(BESERTA NAMA YANG DIGUNAKAN PADA KERTAS UNDI)


PERLIS: 3
P.001 – PADANG BESAR: MOKHTAR BIN SENIK
P.002 – KANGAR: MOHAMAD ZAHID BIN IBRAHIM
P.003 – ARAU: HASHIM BIN HJ JASIN (BARU)

KEDAH: 15
P.004 – LANGKAWI: ZUBIR BIN AHMAD (BARU)
P.005 – JERLUN: ABD. GHANI BIN AHMAD
P.006 – KUBANG PASU: NORHAFIZA BINTI FADZIL
P.007 – PADANG TERAP: MOHAMAD AZAM BIN ABD MAJID @ ABD AZIZ
P.008 – POKOK SENA: MUHAMAD RADHI BIN MAT DIN
P.009 – ALOR SETAR: MUHAMMAD AMINUR SHAFIQ BIN MOHAMAD ABDUH
P.010 – KUALA KEDAH: MUHAMAD RIDUAN BIN OTHMAN
P.011 – PENDANG: AWANG BIN HASHIM

P.012 – JERAI: SABRI BIN AZIT

P.013 – SIK: AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN
P.014 – MERBOK: AHMAD FAUZI BIN RAMLI
P.015 – SUNGAI PETANI: SHARIR BIN LONG
P.016 – BALING: HASSAN BIN SAAD
P.017 – PADANG SERAI: MUHAMAD SOBRI BIN OSMAN
P.018 – KULIM-BANDAR BAHARU: ABDUL RAMAN BIN ABDUL RAZAK

Biar Gambar Berbicara: JERAI!!! Sebak dan Pilu Menyelubungi Hari Penamaan Calon Di Perkarangan Dewan Dato' Madi





Sebak dan pilu menyelubungi hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Jerai. Calon PAS Ustaz Sabri Azit tidak dapat mengawal perasaannya semasa memeluk ibunya, Hajah Aishah yang berusia 75 tahun di luar pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi, Jalan Pantai Murni Yan sebaik sahaja ibunya yang agak uzur turut sama hadir walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh.


"Dia adalah anak yang baik dan mempunyai ramai anak-anak  murid dalam kawasan Jerai yang belajar dengannya. Mak Ndak berharap Allah swt beri kemenangan kepada PAS dan berharap dia berjaya!" kata ibunya.

Calon PAS Parlimen Jerai Pilihan Terbaik Untuk Masyarakat Jerai.. Moga Allah Berikan Kemenangan


Sabri memeluk ibunya meminta restu sebelum masuk ke dalam dewan penamaan calon

YAN - Meskipun mempunyai pertalian kekeluargaan dengan calon BN bagi kerusi Parlimen Jerai iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Calon Pas kerusi berkenaan, Sabri Azit tidak gentar untuk bertanding pada PRU14 ini.

Sabri, 52, berkata, ini adalah amanah jemaah parti dan beliau perlu melaksanakannya dengan baik.

Katanya, dari segi kekeluargaan beliau dan Jamil Khir mempunyai hubungan yang sangat baik.

“Saya sangat baik dengan Datuk Seri Jamil memandangkan kami adalah dua pupu,” katanya.

Tahniah!!! Bakal Calon PAS Bagi Parlimen Jerai Dari Kampungku.. Selamat Berjuang..



ALOR SETAR: PAS Kedah melakukan pertukaran calon di parlimen Jerai berikutan Ustaz Mohamad Ismail menarik diri berkaitan masalah teknikal melibatkan perundangan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, kerusi tersebut diganti seorang pendidik, Ustaz  Sabri bin Haji Azit, 52.

Wow!! - ‘Kami Bersatu Hati Dalam Gagasan Sejahtera’




PUTRAJAYA: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, PAS menawarkan beberapa kerusi kepada parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Katanya, mereka bersetuju menerima beberapa kerusi dan menolak beberapa kerusi atas alasan tidak bersedia.

Sambungan.. TAHNIAHI!!! (Bergambar) Biodata Calon-Calon PAS Bagi DUN Kedah Untuk PRU 14.. Tokoh2 Berwibawa



N.24 JENERI

Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor
Umur: 44 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (Sains Politik), USM
Pekerjaan: Eksekutif Penilaian Jurunilai Bersekutu
Jawatan politik: AJK PAS Pusat


N. 25 BUKIT SELAMBAU

Dr Haji Mohd Ali bin Sulaiman
Umur: 51 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (Physics) UKM, PhD (Solid State) UM
Pekerjaan: Principal Consultant Sirim Berhad
Jawatan politik: AJK PAS Kawasan


N. 26 TANJONG DAWAI

Ustaz Hanif bin Ghazali
Umur: 44 tahun
Pendidikan: Pengajian Islam di Ma'ahad Bu'uts Islamiyah, Mesir
Pekerjaan: Mudir Madrasah Zubaidiyah
Jawatan politik: Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah

TAHNIAHI!!! (Bergambar) Biodata Calon-Calon PAS Bagi DUN Negeri Kedah Untuk PRU 14.. Tokoh2 Berwibawa



N. 01 AYER HANGAT

Puan Azlina binti Azinan
Umur: 43 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
Pekerjaan: Pengarah Delta Chenang Resort Sdn Bhd


N. 02 KUAH

Mazlan bin Ahmad
Umur: 62 tahun
Pendidikan: Sarjana Muda Pengajian Islam, OUM
Pekerjaan: Kontraktor
Jawatan politik: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi

N. 03 KOTA SIPUTEH

Ustaz Mat Rejab bin Md Akhir
Umur: 59 tahun
Pendidikan: 4 Sanawi, Nahdhoh Wataniah
Pekerjaan: Mudir Madrasah Manabie Al-Ulum
Jawatan politik: Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah

RASMI!! Calon Gagasan Sejahtera PRU 14 Untuk Negeri Perak



CALON GAGASAN SEJAHTERA PRU 14: PERAK
PARLIMEN
P.054 GERIK
MOHD DAHLAN BIN HJ ISMAIL, HAJI
P.055 LENGGONG
MUHAMMAD MUJAHID B MOHAMMAD FADZIL
P.056 LARUT
HAJI ABU HUSIN BIN MOHAMAD
P.057 PARIT BUNTAR
AHMAD AZHAR BIN HAJI SHARIN
P. 058 BAGAN SERAI
HAJJAH ROHAYA BINTI BAKAR
P.059 BUKIT GANTANG
USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD

PHOTO!! Lagi FITNAH Terhadap PAS Berlegar Di Ruang Maya.. Kerja Buat Siapa?


Saya boleh SAHKAN bahawa perbicaraan 3 permohonan interlokutori serentak, akan diteruskan selama 2 hari [30/4 – 2/5] di Mahkamah Queen’s Bench Division, London.
Saya boleh sahkan bahawa TGHH telah pun memfailkan Witness Statement [Afidavit In Reply] untuk menentang permohonan Sarawak Report, semalam, 18/4/2018. Peguam kami disana sangat bersedia untuk berhujjah.

Hangat!!! Inilah Punca Pengarah Biro Pilihan Raya PAN Selangor Keluar Parti



Pengarah biro pilihan raya PAN Selangor dan Ketua Bahagian Kota Raja Jaafar Samsuddin meletakkan jawatan dan keluar parti berkuatkuasa serta-merta.
Timbalah Ketua Bahagian PAN Kota Raja, Dr Siti Mariah Ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.
"Betul, saya pun baru baca di Malaysia Dateline. Saya cuba hubungi beliau tapi tak dapat.

Jom Pi Ramai2 Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 Gagasan Sejahtera Negeri Kedah Darul Aman




Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 Gagasan Sejahtera Negeri Kedah Darul Aman

Tarikh : 19 April 2018 
Masa : 7.00 - 12.00 Malam 
Tempat : Kompleks PAS Kedah 

Terbaru!!! Presiden PAS Umum Ustaz Idris Kekal Bertanding Di Parlimen Bukit Gantang



KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad kekal bertanding di Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

Tuan Guru Abdul Hadi juga mengumumkan tiga orang lagi calon yang bakal bertanding di Perak.

PANAS!!! Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan Jawab Dakwaan Dato' Husam.. Laporan Polis Menyusul




KENYATAAN AKHBAR

1. Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj. Husam Musa dalam Nota bantahan dan surat yang ditujukan kepada YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang juga disalinkan kepada YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Kenyataan yang sama juga telah disiarkan dalam akhbar Sin Chiew Jit Poh pada 14 April 2018, yang berkisar dengan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) yang diadakan pada pagi ini.

Terbaru: Bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia Sertai PAS & Menjadi Ahli Seumur Hidup




SHAH ALAM - Pas mengesahkan bekas Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim kini secara rasmi menyertai parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, penerimaan Kamilia dalam Pas diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat semalam .

“Jawatankuasa telah menerima dan meluluskan keahlian Pas kepada Kamila sebagai ahli sekaligus ahli seumur hidup,” katanya dalam kenyataan.

TERBAIK... Anak Bekas Imam Masjid Negara Calon PAS Kerusi Parlimen Permatang Pauh




KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai calon PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Pengumuman tersebut dibuat pada program Ceramah Di Ambang PRU-14 dan Majlis Pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Pulau Pinang di Markaz Tarbiyah PAS, Pongsu Seribu, Kepala Batas, malam tadi. Ucapan itu disiarkan menerusi laman Facebook.

Biar Gambar Berbicara: Bendera Gergasi PAS Berkibar Megah di Laman Sendiri




TAHNIAH KEPADA PARA PEJUANG ANSORULLAH


INSYA ALLAH KEMENANGAN MILIK KITA..

HANGAT!!! Pengumuman Calon PAS Parlimen Pokok Sena Dan Kuala Kedah, PJ Pas Kedah Dicalonkan Untuk DUN Pengkalan Kundor






KUALA KEDAH: PAS mengumumkan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Radhi Mat Din sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Pokok Sena.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat pengumuman itu pada majlis ceramah Gelombang Hijau Kedah PRU14 di Markas PAS Cawangan Alor Ibus, malam tadi. (Foto di atas daripada Facebook Tuan Guru.)
Beliau juga mengumumkan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurrazi sebagai calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundur dan Muhamad Riduan Mohd Othman sebagai calon Parlimen Kuala Kedah.

Terkini!!! Pengumuman Calon PAS Seluruh Negara Pada 19 April Nanti




KOTA BHARU: PAS akan mengumumkan calon secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, bermula esok juga PAS turut melancarkan manifesto yang kedua.
Pada perkembangan berkaitan, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya menetapkan tarikh pembuangan undi pada 9 Mei iaitu hari bekerja.

Jom Mengundi: Tarikh Mengundi PRU14 Pada 9 MEI 2018




PUTRAJAYA -  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRU14 pada 28 April, manakala hari pengundian ditetapkan pada 9 Mei.

Tarikh pengundian awal pula pada 5 Mei, sementara tempoh berkempen ialah 11 hari.

Terkini!! Tindakan Khairuddin Sudah Dijangka & Tiada Sebarang Kesan Kepada PAS




SHAH ALAM - Tindakan Mohd Khairuddin Othman, penyandang kerusi Dun Paya Jaras, keluar daripada Pas dan menyertai PKR sememangnya telah dijangka.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi berkata tindakan Mohd Khairuddin sudah dapat dibaca oleh barisan kepimpinan parti berikutan tindakannya yang tidak hadir dalam banyak program anjuran parti berkenaan.

PENTING!!! Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 Akan Diumumkan Esok Oleh SPR



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi esok, antara lain bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi pilihan raya umum  ke-14 (PRU14).

Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah itu akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian.

MENGEJUTKAN!! Analisis AKHIR Manifesto PRU14.. Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!




KEPUTUSAN mengejut terhasil dalam analisis akhir manifesto parti-parti politik apabila buat pertama kali sejak BN ditubuhkan, kuasa negara dalam manifesto mereka jatuh di belakang Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hal ini terbukti apabila sebahagian komponen kuasa negara yang sebelum ini terpusat (Centralized) sejak era Almarhum Tun Razak kini telah dikendurkan (Liberalized). Namun Manifesto BN masih mengatasi Manifesto Pakatan Harapan (PH).
Analisis sebelum ini jelas telah membuktikan bahawa Manifesto PAS mempunyai visi negara yang lebih berkuasa dan kuat berbanding Manifesto PH.
Empat komponen yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau "From Wealth to Power" terbitan Princeton University Presskembali digunapakai bagi menilai kuasa negara dalam ketiga-tiga Manifesto BN, PAS, dan PH.

PANAS!!! TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim: Rakyat Jangan Tertipu Individu Lidah Bercabang Dua. SIAPAKAH??? Ini Jawapannya...



Kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu antara lain ditujukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berikut merupakan kenyataan penuh berkenaan:
Hanya pandangan peribadi saya untuk rakyat Johor.
Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi sekalian.

HMK7K: PAS Kedah Komited Rampas Kembali Kedah Dari BN



KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah tetap yakin mampu mempertahankan kubu kuat parti itu di Kuala Kedah selama beberapa penggal pada PRU14 nanti.

Pada PRU12 dan PRU13 lepas, Dun Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor merupakan kubu kuat Pas, sebelum beberapa Adun Pas, iaitu Adun Anak Bukit masuk dalam Bersatu dan Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi masuk ke Amanah.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, dia yakin mampu mempertahankan kemenangan Pas di kerusi Dun itu dengan calon diletakkan parti itu.

TG Presiden PAS: Seru Semua Hormati Undang-Undang Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14


KUALA LUMPUR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengajak semua pihak supaya menghormati peruntukan undang-undang pilihan raya demi keamanan dan keselamatan negara menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata walaupun berbeza ideologi politik, ia tidak bermakna seseorang itu boleh melakukan perkara negatif hingga menyebabkan rakyat berpecah-belah.

"Kita (Pas) sudah lama bersedia. Setakat ini tidak pernah membuat salah laku dalam pilihan raya dan kita harap parti lain juga mesti konsisten dengan undang-undang pilihan raya.

Terkini: Dakwaan Pengerusi PH Kelantan, Tuan Husam Musa Tersasar




KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan tuduhan Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa yang  mendakwa sebuah syarikat yang belum wujud diberi tender projek menaik taraf Loji Air Merbau Chondong.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat tawaran tender terbuka projek Merbau Chondong pada 12 November 2014.
Katanya, sebanyak lima syarikat mengemukakan tawaran tender berkenaan.

Badrul Penyelamat: Kedah Dipaksa Negeri Sembilan Hingga Masa Tambahan


ALOR SETAR - Penyandang juara, Kedah terpaksa menunggu sehingga minit akhir masa tambahan pusingan kedua Piala FA 2018 apabila menang tipis ke atas Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Pasukan pelawat terlebih dahulu mengasak kubu tuan rumah menerusi Mony Udom Prak seawal minit ke-2  namun bola terus ke dakapan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim.

HOT!! Inilah WAJAH Suspek Cabul Dalam LRT Yang Berjaya Ditangkap



KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua bulan membuat intipan terhadap seorang lelaki yang disyaki mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di dalam perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dari Stesen Pasar Seni ke Stesen Masjid Jamek pada 14 Disember lepas, akhirnya suspek itu ditahan Sabtu lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.