Inspektor Polis Ditetak Ditetak Lelaki Untuk Diberikan Surat Saman... Apa Cerita Sebenarnya Nie, Takkan Sampai 12 Pegawai Polis Dihantar Untuk Serah Saman??

ALOR SETAR - Seorang pegawai polis cedera parah ditetak manakala seorang lagi cedera ringan setelah terlibat dalam satu pergelutan dengan seorang lelaki di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar dekat Yan hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, Inspektor Mohd. Firdaus Zainal, 29, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, cedera parah di kaki kiri dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) manakala seorang lagi mangsa, iaitu pegawai polis berpangkat Inspektor, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, sepasukan 12 pegawai dan anggota polis ke rumah suspek yang berusia 45 tahun bagi menyerahkan saman kepada suspek berhubung satu kes lain.
Beliau berkata, suspek yang melihat kehadiran polis mengambil parang panjang sebelum menyerang pegawai serta anggota polis itu serta merosakkan kenderaan mereka.
"Suspek dan pasukan polis itu terlibat dalam pergelutan dan pihak polis tidak menggunakan senjata kerana mahu menangkap suspek secara biasa. Seorang pegawai kena libasan parang dan mengalami kecederaan serius,” katanya kepada pemberita ketika melawat Mohd. Firdaus. - BERNAMA

TPM Jawab Surat Perletakan Jawatan Datuk Seri Shahrizat Jalil

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi kenyataan perdana menteri bahawa menteri kontroversi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada menyerahkan surat peletakan jawatan.

Ketika ditanya pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin hanya menjawab: "Tak ada."

Terdapat spekulasi hangat bahawa kabinet minggu lalu menerima peletakan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Ia mula tersebar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah (atas) pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan di Solaris Mont Kiara pada Jumaat.

Benarkah 80% Rakyat Malaysia Yang Berpendapatan Kurang RM3000 Untuk Satu Isi Rumah??? Apakah Pemberian RM500 Oleh Kerajaan Dilaksana Secara Telus Dan Amanah...

Oleh Lanh

Kita mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kerajaan dan rakyat dalam pemberian wang bantuan RM500 sekali beri, tetapi dalam keghairahan pemimpin negara dan mediahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZBYUdBUoOEhEJjMmwsQyuKV6togfovc5ghRpRbhSAIMLISaLhyphenhyphenoY1oVEWDqRG3-x_vFjnL05t5uwSRGMuglaSf-CWFYB-F5legIv7lWUhUll68lJvCRIji79SlcUDB-dhMd_X9Jgv4AtQ/s1600/bantuan500_thumb%255B4%255D.jpgmassa membesar-besaran pemberiaan berkenaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan; terdedahlah satu hakikat yang perlu direnungkan – hanya 20 peratus saja isi rumah di negara ini yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan!


Kementerian Kewangan menyatakan RM2.6 bilion akan mula dibayar mulai pertengahan Januari depan yang akan memanfaatkan 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada isi rumah di negara ini. Jika 79.5 peratus daripada seluruh isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, bermakna hanya ada 20.5 peratus saja isi rumah yang berpendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Sekarang ini pendapatan isi rumah biasanya disumbangkan oleh suami dan isteri; ini bermakna jika sebuah keluarga itu berpendapatan RM3,000 sebulan; masing-masing hanya berpendapatan dalam lingkungan RM1,500. Jika perkiraan begini dilakukan apakah ini bermakna kira-kira 80 peratus daripada rakyat berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan?

Dengan berpendapatan RM1,500 atau kurang daripada itu sebulan, hakikat ini perlulah menjadi bahan renungan kita – benarkah rakyat dalam ambang berpendapatan tinggi seperti yang dicita-citakan sesetengah pemimpin negara ini. Bagi kita perolehan sebanyak RM1,500 sebulan tidak begitu jauh daripada garis kemiskinan apatah lagi jika seseorang itu tinggal di kota dan bandar-bandar besar.

Jika sedar bahawa sebahagian besar daripada rakyat adalah miskin atau golongan sederhana (kira-kira 80 peratus daripada penduduk), maka sewajarnya langkah-langkah drastik dan berkesan dilakukan untuk mengatasi masalah ketidak-mampuan rakyat ini. Dengan pendapatan RM1,500 sebulan di kota sebenarnya tidak banyak perkara keperluan hidup yang boleh dilunaskan. Sewa (bayaran ansuran) rumah, tambang pengangkutan dan bayaran utiliti bulanan sudah cukup untuk melangsaikan wang sebanyak itu

Jadi bagi kita, usaha mengurangkan beban golongan majoriti rakyat golongan miskin dan sederhana ini bukanlah dengan pemberian sekali beri tetapi merancang mengurangkan penderitaan dan kesempitan hidup mereka. Isu jelas yang paling membelenggu rakyat adalah kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan yang sejak akhir-akhir ini seperti tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

Memberi rakyat wang tunai RM500, dengan cepat mereka boleh menghabiskannya tetapi dengan berwibawanya kerajaan memastikan harga barangan keperluan harian seperti beras, gula, kopi, tepung, susu, minyak, sayur-sayuran, ikan serta ayam dan daging dalam jangkauan rakyat miskin, inilah seribu kali lebih baik dan mulia.

Demikian juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang baik dan efisien terutama di kawasan luar bandar adalah amat dialu-alukan. Kini krisis pengangkutan awam di kawasan pinggir kota dan kawasan luar bandar menjadi terlalu buruk sehingga ribuan penumpang di Seremban, Temerloh, Shah Alam dan Kuala Selangor terkandas gara-gara penguasaha pengangkutan awam seperti bas berhenti-henti terpaksa memberhentikan perkhidmatan kerana syarikat mereka mengalami kerugian yang teruk.

Kita sedar syarikat-syarikat ini rugi besar kerana penggendalian perkhidmatan di luar bandar tidak menguntungkan tetapi bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menangani permasalahan seperti ini. Jika kerajaan boleh berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam canggih seperti MRT di ibu kota, mengapa tidak boleh diperuntukkan sedikit sebanyak untuk melegakan penderitaan rakyat luar bandar?

Berkenaan bantuan sekali beri RM500, kita berharaplah ia bukan umpan di kail, tetapi jika betul-betul umpan, harap-haraplah ikan yang ‘bersekolah’ akan mengigit-gigitnya secara bijaksana, jangan mulut tersangkut di kail sudahlah. Biarkah umpan habis tetapi ikan tak dapat-dapat juga!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.