Gambar!! Model Seksi Nie Sanggup Berbogel Sambil Menunggang Kuda Beralaskan Bendera Negaranya Untuk Ingati Hari Kemerdekaan

Seorang model Peru yang berpose telanjang di atas seekor kuda telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menggunakan bendera Peru sebagai alas duduknya. Leysi Suarez, seorang model dan juga penari latar bagi group band Alma Bella mengadakan sesi pengambilan foto untuk halaman depan majalah Dfarandula yang di gunakan untuk memperingati hari kemerdekaan Peru.

Model Leysi Suarez Ditangkap kerana Pose Telanjang Bogel diatas Bendera Peru 

Dalam sesi tersebut bendera Peru diletakkan di atas pelana kuda kemudian diduduki oleh Leysi. Aksi menduduki bendera ini  membuat para ahli politik negara tersebut marah kerana tidak menunjukkan rasa patriotik dan kebangsaan dari artis serta sebuah bentuk penghinaan bagi negara Peru.

“Sama sekali tidak ada rasa hormat dan jiwa patriot. Dia sudah semestinya dihukum. Ini bentuk penghinaan kepada negara,” kata Menteri Pertahanan Peru Antero Flores. Leysi sendiri menyangkal tuduhan tersebut dan menyatakan posenya itu menunjukan rasa cintanya terhadap tanah air Peru dengan menunjukkan bendera kebangsaan Peru di fotonya.

Menggemparkan!!!Lalu Lintas Kelam Kabut: Belon Panas Terhempas Di Tengah Jalan Dalam Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya


belon panas terhempas di tengah jalan raya
Sebuah belon panas “terhempas” di tengah jalan raya menyebabkan lalu lintas menjadi kelam kabut dan kenderaan terpaksa berhenti dan menunggu sehingga belon tersebut berjaya diubah.  Mungkin satu pengalaman yang menakjubkan bagi peserta-peserta yang mendarat di tengah jalan raya dan pengalaman yang menarik juga bagi pemandu yang bertembung dengan situasi ini.
Tetapi sangat merbahaya dan mungkin boleh membawa maut jika pemandu juga tersasar dan tidak sempat memberhentikan kereta meraka dengan segera.
SEBUAH belon panas tersasar dari tempat pendaratannya dipercayai berpunca daripada keadaan angin yang tidak menentu. Belon panas berkenaan terpaksa didaratkan di sebuah jalan raya di Persint 18, dan tiada kecederaan dan kemalangan jiwa di laporkan. Seramai 26 peserta dari 13 negara mengambil bahagian dalam Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Keempat yang berakhir semalam. – Foto BERNAMA

Gempar!! Menteri Era Tun Mahathir Keluar UMNO Setelah Bersama-sama UMNO Selama 56 Tahun... Apa Ke Hal Nie???

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

NONEAbdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.

abdul kadir sheikh fadzir quits 140206 tearsBeliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.
17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.

PM Haji Najib Didakwa Campur Tangan Saman Kes Felda - Cuba Pengaruhi Hakim Perbicaraan...



Kerajaan BN didakwa cuba untuk mempengaruhi hakim yang membicarakan kes-kes yang membabitkan Felda, dakwa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.

NONEKatanya, dakwaannya itu berasaskan minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang diadakan di bangunan Parlimen pada 27 Jun tahun lalu.

Beliau juga menunjukkan kepada wartawan, satu salinan minit mesyuarat berkenaan dengan tertera perenggan yang kontroversi itu.

"Bagi kes yang melibatkan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’), di mana-mana kedua-dua kes masih belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.

"Pastikan Felda memenang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya."

Menurut Saifuddin, kes yang dirujuk itu membabitkan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh 766 peneroka dari Serting Hilir dan penempatan Felda Raja Alias terhadap Felda, di Mahkamah Tinggi Seremban dan satu lagi saman oleh 645 peneroka dari penempatan Felda Maokil, yang difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu.

NONE"Membabitkan hakim adalah jelas menunjukkan kes manipulasi mahkamah," katanya pada  sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.
Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.
Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes dakwaan penipuan OER.

NONEAntara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut Pahang.

Selain berdepan dengan saman OER,  Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Gambar2 Kemalangan Maut Libat Pelumba Basikal Le Tua... Pemilik Proton Saga WCX2290 Diburu...

Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju.

No Plate Yang Merempuh Ramdan
Gambar No pendaftaran kereta yang melanggar Rafizi Hamdan

Hamdan
 
Basikal Rafizi Hamdan rosak teruk akibat kemalangan langgar lari

Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa.

Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Penunggang Basikal Mati 

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati pemandu kereta gagal mengawal keretanya lalu merempuh basikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak,” katanya.

Katanya, usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan dan pihaknya yakin mangsa dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan nombor pendaftaran yang ditemui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.