Terkini!!! Liputan PRK Dun Kuala Besut: Khabar Dari Pengundi Untuk Memilih Calon Berwibawa.. Jom Terjah!!!


Che Long bertanya khabar dengan para peniaga di Pasar Borong Kuala Besut

BESUT: Pengundi Dun Kuala Besut tidak meletakkan pendidikan sebagai perkara utama untuk mereka membuat pilihan pada hari pengundian nanti walaupun perkara itu menjadi fokus utama Barisan Nasional (BN) dalam kempen yang mereka lakukan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati pengundi di Kuala Besut hanya inginkan seorang wakil yang dapat menjalankan tugas sebagai seorang wakil bagi rakyat serta senang untuk bertemu tanpa ada sebarang protokol.
Selain itu juga, pengundi turut merasakan keputusan PAS memilih Endot@Azlan Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long sebagai langkah yang tepat kerana beliau amat disenangi penduduk sekitar.

Seorang peniaga, Tazu Azhar Yusof (kanan) berpendapat pertembungan antara calon PAS dan BN dilihat agak seimbang jika dibandingkan pada PRU13 yang lalu, namun terdapat kelebihan peribadi yang memihak kepada Che Long.

Beliau yang memberitahu, Che Long merupakan seorang individu yang disenangi penduduk serta mesra dengan orang ramai.

HANGIT!!! Pasangan Blogger Seks Biadap Di Bulan Puasa, Penghinaan Buat Umat Islam.. Jom Terjah!!


Oleh Noorsila Abd Majid
CYBERJAYA – Blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee bakal dikenakan tindakan tegas ekoran tindakan biadap mereka memuat naik gambar berbuka puasa sambil menikmati hidangan ‘bak kut teh’ (sup herba babi) dan menggambarkannya sebagai `wangi, enak, menyelerakan’.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan mereka langsung tidak mencuit hati.
“Ia  tidak boleh diterima. Saya akan lihat tindakan sesuai yang boleh diambil ke atas mereka,” katanya.

[Dikemaskini] : Al Fatihah - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin Kembali Ke Rahmatullah..


JASIN - [Dikemaskini] Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, 74, meninggal dunia, semalam akibat kencing manis dan kompilasi buah pinggang.

Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga di kediamannya di Merlimau Pasir, Merlimau, dekat sini, kira-kira 5.30 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.