Jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.
Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.
Panel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga menganggotai majlis itu.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang akhbar petang ini berhubung isu subsidi.
Dalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.
Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.
Ia dipercayai berhubung kenaikan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.
Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.
Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.
Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.
Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.
-MK
*******************************************************************************
Sebelum ini bermanis mulut konon kerajaan akan menyemak atau menaikkan harga petrol berdasarkan harga pasaran dunia. Jika harga dunia melonjak, kerajaan juga terpaksa menyemak semula harga bahan api itu.
Dengan kata lain, harga petrol tidak akan naik jika harga dunia juga tak naik atau harga bahan api itu turun. Jika ikut adilnya, kalau dunia bagi bahan api itu turun, kerajaan BN juga sepatutnya menurunkan harga petrol itu di Malaysia. Barulah adil kepada rakyat. Ini tidak, ketika harga dunia naik, kerajaan BN turut menaikkan harga petrol di negara ini. Bila harga pasaran dunia petrol turun, kerajaan tak pulak menurunkannya.
Memang cuak kerajaan macam ni. Hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengira kesusahan rakyat. Bila harga minyak dunia naik, pandai pulak cakap rakyat perlu bersama-sama kerajaan menanggung beban kenaikan itu dengan mengurangkan subsidi minyak akibat kerajaan tidak lagi mampu menanggungnya.
Tapi bila harga minyak dunia turun, pandai pulak hangpa diam je.
Yang lagi teruk, harga minyak dunia turun seperti yang dilaporkan media dunia dan tempatan, bagaimana pula kerajaan BN dikatakan akan menyemak semula harga subsidi minyak itu di negara ini kerana kerajaan didakwa menanggung beban subsidi yang tinggi.
Menurut laporan Keadilandaily, harga bahan bakar itu di perdagangan asia semalam jatuh lagi, berikutan sentimen pelabur yang kuatir akan permintaan lemah Amerika Syarikat.
Kontrak utama New York, minyak mentah jenis light sweet bagi pengiriman Julai turun 95 sen kepada USD 99.15 setong, sementara minyak mentah Brent North Sea juga turun 70 sen kepada USD 111.69 dolar setong.
“Harga minyak mentah melemah kerena pemulihan ekonomi Amerika Syarikat berjalan perlahan dan permintaan bahan bakar negara itu kemungkinan turun,” kata Ker Chung Yang, penganalis dari Phillip Futures di Singapura.
Ia adalah penurunan mendadak kali kedua dalam bulan ini, selepas harga minyak di pasaran Asia jatuh kepada AS$101 setong 10 Mei lalu.
Para pedagang kini memfokus kepada Organisasi Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang akan mengadakan pertemuan tingkat menteri yang dijadualkan diadakan di Vienna, pada 8 Jun.
OPEC mengeluar 40 peratus dari minyak mentah dunia dan setiap komen yang disampaikan organisasi minyak dunia itu akan memberi kesan terhadap harga minyak antarabangsa.
Namun sebaliknya pula di Malaysia di bawah pemerintah kerajaan 1Malaysia Najib Razak.
akan menaikkan harga RON95, yang digunakan majoriti rakyat kelas rendah dan pertengahan di negara ini.
Firma penyelidikan pelaburan, AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 akan mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, menjadikan RM2.10 seliter. Baca di sini.
Ia disebabkan keinginan kerajaan untuk menarik balik subsidi kepada rakyat secara perlahan-lahan.
WD