Bekas kekasih Nabil Raja Lawak, Irma Hasmie Bertunang Dengan Anak Datuk Petang Tadi.. Inilah Wajah Tunangnya...

Irma Hasmie dan Ezuwan Ismail

SUNGAI BULOH, 24 MAC 2012: Pelakon, Irma Hasmie selamat bertunang dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumahnya yang terletak di Desa Coafiled, Sungai Buloh, sekitar jam 4.15 petang tadi.

Dalam majlis yang serba ringkas itu, Irma Hasmie yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh Datin Azizah Osman iaitu ibu kepada Reza.

Irma Hasmie Diikat Sehingga Julai Ini

Selain sebentuk cincin, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah,persalinan dan set mandian.

Pihak perempuan turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti set mandian, persalinan, manisan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.

Irma dijangka bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai 2012.

Majlis pertunangan itu telah dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak selain rakan-rakan artis seperti Wardina dan Anne Ngasri.

Panas!! (Video) Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Gempar Lagi Dengan Pendedahan Ini Yang Melibatkan Tindakan Datuk Hassan Ali



Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.


Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.


"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta.

"Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?

"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan.

"Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin.

Live Kuliah Sheikh Muhd Zainal Asri Hj Ramli Hari Ini Dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah



Siaran Langsung Dari Dewan Utama Kediaman Menteri Besar Kedah Darul Aman di Mentaloon

 

Berapi Tahap Gila Babi!!!! Ada Cawangan McDonald's Yang Pengotor Dan Jual Makanan Yang Tamat Tempoh.. Jom Terjah...

Jarang kita dengar mana-mana McDonald’s pun mempunyai komplen daripada pelanggan. Tapi inilah hakikatnya yang berlaku di salah sebuah cawangan McDonald’s di Beijing.
Berbeza dengan KFC di China yang dikatakan pengotor, tapi McDonald’s di Beijing ini bukan sahaja menjual makanan tamat tempoh atau yang sudah lama, malah makanan yang jatuh ke lantai dikutip balik dan diberi kepada pelanggan… Hah??? Biar betul???
Berikutan dengan insiden ini, cawangan McDonald’s ini telah ditutup sementara waktu atas dakwaan menjual makanan sudah tamat tempoh. Hmmm… Macam-macam jer yang berlaku pasal kedai instant food nie… Korang tengoklah Video dan Gambar McDonald’s Menjual Makanan Tamat Tempoh nie sampai habis…
Pelancong pun hairan mengapa McDonald’s ditutup? Hahaha…

Video dan Gambar McDonald’s Menjual Makanan Tamat Tempoh

Harap-harap McDonald’s di Malaysia mengamalkan kebersihan yew!

Halwa Telinga : Lirik Lagu & Lagu Lau Kana Bainana Habib (Boleh Dawnload)

Lirik Lagu Lau Kana Bainana Habib adalah sangat menarik bahasanya untuk kita sama-sama baca dan faham isinya. Kakak ipar saya yang beritahu saya pasal program Lau Kana Bainana Habib ni dekat TV Al-Hijrah tadi.
Mula-mula saya ingatkan drama ke apa, rupa-rupanya Lau Kana Bainana Habib ni ala-ala program Cubaan dekat Astro Oasis konsepnya. Saya tak tahulah siapa tiru siapa tapi yang pasti menarik! Kali pertama saya tengok program ni tadi dah terus jatuh cinta dengan konsep santai tapi serious bagus.
Program Lau Kana Bainana Habib di Tv Al-Hijrah ni kiranya rancangan yang menguji umat-umat Islam sekarang. Samada kita ni amalkan cara rasulullah S.A.W ke tidak dalam kehidupan kita hari ini. Best tau cerita ni! Kita boleh tengok “perangai sebenar” seseorang tu bila sedang diuji dengan benda simple je pun.
Contoh, untuk program Lau Kana Bainana Habib hari ini. Pengacara program cuma letakkan 2 kotak kosong di tengah jalan raya. Dengan harapan, akan ada kereta yang lalu lalang berhenti dan alihkan kotak kosong tu. Tapi, malangnya RAMAI sangat yang rela ikut jalan tepi-tepi sikit untuk elakkan kereta langgar kotak tersebut.
Kantoilah. Kiranya umat Islam dekat situ (Jeddah) tidak amalkan suruhan Nabi Muhammad S.A.W. Hehehehe. Cuma, ada seorang anak muda yang pada saya muka macam mat rempit mana entah. berhentikan kereta dan alihkan kotak kosong tersebut. Wooo, bagus sangat program Lau Kana Bainana Habib ni. Saya sarankan korang cuba tengok dulu ;)
Bawah ni saya letakkan video lagu Lau Kana Bainana Habib beserta lirik bahasa Arab, Melayu dan english. Tajuk lagu ni kalau dalam bahasa melayu ialah Seandainya Ada Kekasih Allah di antara Kita. Dengar dulu, baru komen. Best ke tak best lagu ni ;)
Lirik Lagu Lau Kana Bainana Habib
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب
Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب
Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين
Englsih Subtitle / Translation
If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)
In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)
credit to: Pelik Bin Ajaib

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.