Subhanallah.... Uniknya Kad Walimatul Urus Bekas Pelakon Ustaz Amirul Dan Pasangannya.... Jom Tengok!!!

Pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana sudah pun memasuki 4 bulan. Alhamdulillah sehingga ke saat ini tali pertunangan masih lagi terpelihara. Dan kini mereka sibuk untuk menyiapkan dan mengedar kad perkahwinan yang dijangkakan perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada 24 September bersamaan 26 Syawal. Mengenai kad nya pula, memang sungguh unik, tulisan jawi dan berkonsepkan Quran. Tapi yang tak tahu baca Jawi tue, jangan risau, sebab ada perkataan rumi dibawah ayat Jawi berkenaan. Apa-apa pun, kad ini sungguh unik dan jarang dapat kita lihat.

klik untuk besarkan..

Beginilah Nasib.... Bila Bekas Suami Tergamak Rogol & Simbah Cecair Peluntur Pada Bulan Puasa

KUALA LUMPUR: Polis menahan bekas suami kepada seorang wanita yang dilaporkan diperkosa sebelum disimbah asid di rumahnya di Wangsa Maju Rabu lalu.

"Suspek yang berumur 30-an ditahan ketika melawat mangsa di Hospital Kuala Lumpur. Seutas rantai dipercayai kepunyaan mangsa turut dirampas daripada suspek," kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan kepada Bernama.

Beliau juga berkata, berdasarkan keterangan serta pengakuan suspek sendiri, kejadian tersebut adalah bermotifkan dendam kerana masalah rumah tangga.

Kejadian itu berlaku ketika suspek menceroboh rumah mangsa sebelum mangsa pulang daripada membeli juadah untuk berbuka puasa.

Mangsa kemudiannya dikatakan dirogol dan turut disimbah asid sementara rantai lehernya turut diragut.

Zakaria bagaimanapun berkata, mangsa hanya cedera dua peratus pada mukanya kerana asid yang dikatakan disimbah itu hanya merupakan cecair peluntur.

Wanita berkenaan mempunyai tiga orang anak berumur antara 3 hingga 11 tahun dan sudah bercerai sejak setahun yang lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.