LIVE: Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63 Hari Ke-2 Sesi Petang


LIVE! Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63
Hari Ke-2 - Pembentangan & Perbahasan Usul
Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut
30 April 2017 - 2.30 Petang

Ribut Kuat Di Muktamar PAS: Kisah Badai Diceritakan Sendiri Oleh Saksi Yang Berada Di Tempat Kejadian



Saya sedang sibuk dengan persiapan Majlis Makan Malam Kompleks PAS Kedah sempena Muktamar PAS Kali ke 63 di dalam khemah murquee tent petang Kelmarin. Selepas itu keluar dari khemah untuk masuk ke pejabat.

Melihat Khairul Nizar dan keluarga sedang makan di khemah gerai tepi merquee tent dan jemput saya untuk makan bersama. Tak lama kemudian Dato' Dr Hamdan juga bersama family sampai dan join kami, kemudian datang pula Awang Salahuddin dan Badrul Hisham dari unit kebersihan duduk bersama sampai menikmati kotiew goreng dari food truck. 

TERKINI: Akhirnya Ketua Jurulatih Kedah Pergi Jua.. Moga Skuad Hijau Kuning Terus Terbang Tinggi




"PEMAIN datang dan pergi, begitu juga jurulatih tetapi kecemerlangan pasukan perlu diteruskan untuk penyokong yang setia bersama Kedah."

Itu komen bekas Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang akhirnya dilepaskan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi memberi laluan kepadanya menjawat jawatan penolong jurulatih skuad Harimau Malaysia.


Kata-kata semangat itu ditinggalkan Cheng Hoe kepada pasukan dan penyokong skuad hijau kuning yang akan melayan kunjungan Terengganu dalam separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman malam ini.

Terkini... Kenyataan Rasmi Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 Rentetan Musibah Ribut Malam Tadi..


Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka.

LIVE! Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63 Hari Ke-2 - Pembentangan & Perbahasan Usul

LIVE! Muktamar Penuh PAS Pusat Kali Ke 63

Hari Ke-2 - Pembentangan & Perbahasan Usul

Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut

30 April 2017 - 8.30 Pagi

Allahu Rabbi... (Gambar2) Muktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, Ramai Cedera Dan Terperangkap Bawah Runtuhan Khemah..


ALOR SETAR: Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut di sini bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang tadi.

Berdasarkan laporan awal, empat pengunjung yang menghadiri bazar jualan bersebelahan kompleks itu hilang dalam kejadian tersebut.

Terkini.. PAS Tetap Teruskan Terap Dan Amal Budaya Politik Matang Dan Sejahtera (BPMS): TG Presiden




ALOR SETAR - Pas akan meneruskan pendekatan mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan sebelum ini.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan ini dilihat lebih berkesan dalam masyarakat Malaysia yang bencikan suasana negatif dan penuh kebencian.

"Mesej ini kita bawa menerusi Pas bertujuan untuk menyelamatkan manusia bersama Islam memandangkan masyarakat tidak suka akan budaya keras serta politiking melampau.

RAKAMAN PENUH MAJLIS PERASMIAN MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE- 63.. JOM IKUTI

JOM IKUTI PERASMIAN PENUH MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE- 63

bertempat di Dewan Dato' Haji Fadzil Mohd Noor, Kompleks PAS Kedah,
Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah Darul Aman.






PAS mempunyai cara mereka tersendiri untuk berdepan dengan pelbagai masalah negara seperti isu BMF dan 1MDB. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS juga komited memperjuangkan agar negara ini terus bebas rasuah serta mempunyai pentadbiran yang telus.

"PAS akan terus komited memperjuangan Malaysia yang bebas rasuah dan pentadbiran yang telus dengan cara yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini.

"Selama puluhan tahun ini juga lah PAS telah menentang penyelewengan sumber dan dana negara dalam isu BMF, skandal matawang asing Bank Negara (forex), PKFZ, Skandal MAMINCO, Perwaja Steel, 1MDB dan lain lainnya, dengan cara kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-63 hari ini. Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu dalam ucapannya di muktamar tersebut yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.