Allahu Rabbi... (Gambar2) Muktamar PAS Dibadai Ribut Kuat, Ramai Cedera Dan Terperangkap Bawah Runtuhan Khemah..


ALOR SETAR: Kemeriahan Muktamar Tahunan PAS ke-63 di Kompleks PAS di Kota Sarang Semut di sini bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan terperangkap dalam runtuhan khemah akibat ribut kuat petang tadi.

Berdasarkan laporan awal, empat pengunjung yang menghadiri bazar jualan bersebelahan kompleks itu hilang dalam kejadian tersebut.
Selain itu dua mangsa dilaporkan patah kaki dan seorang cedera di kepala manakala selebihnya cedera ringan.


Beberapa unit jentera bomba dan ambulan dikerah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan dan merawat mangsa yang cedera atau hilang.


Difahamkan, khemah utama yang digunakan oleh Dewan Pemuda PAS runtuh susulan kejadian ribut itu yang berlaku kira-kira pukul 7 petang.

Selain itu, beberapa khemah peniaga juga rosak teruk dalam kejadian berkenaan.

Unit keselamatan PAS atau Jabatan Amal juga tidak membenarkan orang awam termasuk media untuk memasuki kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas.



Muktamar kali ini dihadiri bukan sahaja dihadiri oleh perwakilan daripada seluruh negara tetapi ribuan penduduk dan penyokong PAS yang berkunjung ke kawasan jualan bazaar yang diadakan di sekitar kompleks tersebut.



Sumber berita: MStar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.