Panaz!!! Inilah Wajah Pelawak Kumpulan Kecik, Pernah Juarai Program Raja Lawak Ditahan Polis Kerana Dadah???


Kumpulan Kecik - yg mana satu kena tahan?


TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui merayau tanpa tujuan di pekan ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.


Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.

Panazz!!! YB Pasir Mas Terlena Ketika Sidang Dewan Rakyat.... Kenapa Presiden PERKASA Nie Lena... Jom Terjah...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/312744_10150336026721728_632636727_8068402_1311730481_n.jpg


Tu diah LENA sampai tak mau-mau aihhhh... pada2 laa nak LENA tu YB.. coverlah sikit.. nie tak lentok suku nyawa orang kata...

Isu Hudud : Siapa Lebih Liberal Antara DAP Dan UMNO - Serlahkan Sikap UMNO....

Khalid berkata DAP lebih liberal dalam isu hudud berbanding dengan Umno. — Foto fail

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Khalid Samad mendakwa sikap Umno berdolak-dalik dalam isu hukum hudud menunjukkan parti itu menggunakan sentimen agama dan bangsa demi kepentingan dan kelangsungan politiknya. Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam turut menyelar parti terbesar orang Melayu itu sebagai pengadu domba antara PAS dan DAP ekoran dakwaan kononnya ada konflik antara parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam isu semasa.

“Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berkata negara kita boleh laksanakan hudud, tapi bila MCA dan Gerakan ugut keluar parti (BN), Perdana Menteri terus tolak hudud,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

“Umno dan DAP ini sama taraf, masing-masing tak faham Hudud, tapi DAP kita boleh terimalah, mereka bukan Islam, masuk akal, tapi Umno ini Melayu Islam, pun tak faham juga,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Rapat Rakyat di Markas PAS Pusat di sini malam tadi.

“DAP walaupun menentang, mereka tidak menghalang, sekadar menolak cadangan PAS kerana tidak mendapat kefahaman yang betul.

“Umno bukan sahaja menentang, malah terus halang Pakatan Rakyat melaksanakan undang-undang Islam itu,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini.

Tambah Khalid, DAP bersikap lebih liberal terhadap hudud walaupun terdapat perbezaan dasar dalam isu itu berbanding Umno yang ternyata terus menutup pintu terhadap penggunaan undang-undang hudud di negara ini.
Pendirian yang sama turut dikeluarkan oleh bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Malah, Nizar turut menolak kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkenaan pemansuhan akta-akta keselamatan termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai idea Umno.

“Perdana Menteri sebenarnya lupa Pakatan Rakyat dah buat tuntutan agar memansuhkan akta-akta ini sejak 20, 30 tahun lepas lagi,” katanya.

“Bila mereka dah mansuhkan, kemudian mengaku itu idea mereka,” tambah Nizar sambil menegaskan, kerajaan menggunakan isu itu demi meraih sokongan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Raja Dangdut, Iwan Shahman.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.