UMNO Yakin Menang Di Sarawak Walaupun KM Undur

Umno yakin BN mampu mempertahankan Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang sekalipun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat keputusan mengundurkan diri.

umno agm 2009 tengku adnan mansor pc 200309 02Mengulas pengumuman mengejutkan Abdul Taib semalam yang beliau sedia mempertimbang untuk bersara dari politik selepas menerajui Sarawak selama 29 tahun, setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan berkenaan langsung tidak akan menjejaskan peluang BN.

“Mungkin dia sedar bahawa rakyat di Sarawak inginkan perubahaan. Bagi kami, Sarawak tetap dalam tangan sama ada dia (Abdul Taib) memimpin atau orang lain yang memimpin,” kata Tengku Adnan yang juga adalah setiausaha agung Umno.

Abdul Taib semalam berkata beliau tidak dapat membuat keputusan sama ada akan mempertahankan kerusi DUN diwakilinya pada pilihan raya negeri ke-10 akan datang kerana perkara itu kerana ia perlu dibincangkan dan diluluskan oleh pucuk pimpinan.

Namun katanya, beliau bersedia untuk berundur jika keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

"Banyak orang kata saya tidak diperlukan. Jika saya tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

taib and rahman yaakub hugging happy 110108Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Tengku Adnan hari ini menafikan spekulasi bahawa Umno meletakkan tekanan ke atas Abdul Taib untuk berundur kerana pemimpin berkenaan sejak akhir-akhir ini mendapat publisiti buruk di media berhubung dakwaan kekayaan beliau dan keluarganya.

“Tiada tekanan dari pihak kami (Umno), tetapi kami menerima jika beliau mahu berundur. Mungkin dia (Taib) sudah terlalu lama dalam politik.

“Jika seseorang terlalu lama memegang kuasa, orang ramai akan mula bosan. Dia juga mungkin sudah penat, jadi kenyataannya itu memang adil,” kata Tengku Adnan ketika dihubungi.

NONEKatanya, keadaan Abdul Taib itu mencerminkan apa yang berlaku ke atas bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang persaraan selepas BN mengalami kemerosotan sokongan pada 1999.

“Hanya negarawan yang memikirkan kepentingan negeri daripada hanya dirinya sendiri. Bagi Umno, ada pemimpin lain yang mampu untuk ambil-alih jika Taib berundur,” katanya.

Di sebalik penafian Tengku Adnan, akhbar-akhbar yang dimiliki Umno hari ini memberi pendedahan meluas terhadap kenyataan Abdul Taib itu.

Gambar Rosmah Isteri PM Najib Dah Insaf, Dah Tutup Aurat... Solat Sunat Lagi...





IBADAH.....Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor juga merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan solat sunat tasbih yang diimamkan penceramah terkenal, Datuk Dr. Fatma El Zahra pada majlis solat sunat tasbih dan tazkirah sempena bulan Ramadan 2010 bersama ahli-ahli Bakti, Persatuan Isteri-Isteri dan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) di kediamannya di Seri Perdana di sini, semalam. Solat sunat tasbih dan tazkirah anjuran Bakti ini adalah acara tahunan sebagai satu ibadah di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli-ahli persatuan.

Sumber

Ahmad Maslan Tahu Siapa Ketua Bahagian UMNO Kelantan Ada Skandal Seks?

POSTING mengenai berita yang masih dalam penyiasatan, Umno Kelantan Bakal Terkejut Besar, ekoran seorang Ketua Umno Bahagian di Kelantan dikatakan menerima rasuah seks nampaknya menjadi berita hangat. Jumlah pelawat dan penjenguk ke blog Merah Tinta dan lain-lain blog yang link berita berkenaan juga meningkat ketara.

Saya sendiri jadi tidak senang duduk. Sehingga kini lima ketua bahagia Umno Kelantan atau wakil mereka menghubungi saya inginkan kepastian siapakah ketua bahagian berkenaan. Itu tidak termasuk penjenguk dan ahli politik termasuk ternama menghubungi menerusi SMS ingin mengetahui isi lanjut mengenai berita itu.

Ada yang merayu-rayu minta saya menyebut namanya. Berita itu nampaknya menganggu kepala banyak orang dan mengurangkan dosa pahala Ramadhan. Jelas dari ketua bahagia atau wakil mereka yang menghubungi saya kelihatan cemas dan bimbang.
Kenapa? Hanya mungkin Mat Maslan yang tahu!

Dijelaskan setakat ini blog ini belum bersedia mendedahkan nama ketua bahagian berkenaan. Tunggulah siasatan selesai dijalankan. Walaupun gambar wajah ketua bahagian itu sudah ada dalam simpanan saya, tetapi belum 'tergamak' untuk mendedahkannya.

Yang agak lucunya dalam teka teki berbagai andaian dibuat. Paling melucukan ada orang tertentu menuduh ianya Mustapa Mohamed, ketua Umno Kelantan sendiri.

Di sebuah kedai kopi di Bachok berlaku bercakapan dan telahan berkenaan selepas terawih malam tadi. Seorang telah berseloroh mengatakan ia mungkin Mustapa Mohamed. Manakala seorang lain menolak keras. Bagaimana pun seorang pengujung kedai kopi membalas mengatakan, dalam politik tidak ada yang mustahil. Begitulah lapor sumber di Bachok.

Tambah beliau ada orang nampak warak tetapi perangai macam syaitan, ada pula yang perangai
brutal tetapi beriman.

Selain itu ada juga panggilan memberi tahu kononnya mereka juga ada beberapa kes lagi membabitkan ketua bahagian Umno di Kelantan. Kes itu juga membabitkan skandal dengan isteri orang, ajak pramugari bercuti di Langkawi selepas kalah pilihan raya, memilik rumah besar di KL dan sebagainya.

Diingatkan apa-apa andaian mengenai berita yang dipostingkan itu bukan di bawah tanggungjawab saya. Saya hanya akan mendedah berdasarkan fakta dan maklumat yang jelas. Pendedahan mengenai keburukan orang politik ini bukan saja terbatas kepada ketua bahagian Umno saja tetapi ketua kawasan Pas juga tidak akan dibiarkan.

Sabarlah menunggu kerana tidak akan lari gunung dikejar!

[wm.kl. 6:40 pm 24/08/10] Sumber : MSO

Aktor Terkenal,Datuk Jalaluddin Hassan Beristeri Dua?

TIGA hari lalu, aktor tersohor Datuk Jalaluddin Hassan (gambar) tergamam apabila menerima ucapan tahniah di atas perkahwinan keduanya daripada seorang rakan artis menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pada mulanya, rakannya itu menghantar SMS ucapan ‘selamat berpuasa’ namun setelah dia membalas SMS itu, dia menerima SMS keduanya yang berbunyi: "Saya rasa belum terlambat ucap tahniah kerana baru mendirikan masjid".

Ucapan itu bukan sahaja membuatkan Jalaluddin terkejut malah tertanya-tanya siapa yang mendirikan masjid dan daripada siapa rakannya mendapat sumber berita itu.

“Saya beritahu dia, dalam bulan baik ini, saya mengaku yang saya mempunyai seorang isteri sahaja. Selepas itu dia meminta maaf kepada saya,” kata Jalaluddin yang sedang menjalani penggambaran drama 13 episod berjudul Makbul untuk RTM di Kedah.

Makbul diarah dan diterbitkan oleh Asri Alias manakala skripnya ditulis oleh Zabidi Mohamed terbitan Unit Drama TV Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bercerita tentang Makbul, ada perkara menarik yang mahu dikongsikan.

Bukan sahaja dari segi penceritaan, malah dia juga memuji lakonan seorang pendatang baru, pelakon teater terkenal di negeri Kedah, M Yushazizi Yusof, 30, yang melakonkan watak Bol.

Drama yang akan disiarkan pada awal tahun depan itu turut membariskan Kartina Aziz (Jamiah), Fathil Dani (Imam Rosdi), Khatijah Tan (Hajah Yam), Dr Samat Salleh (Penghulu), Zakaria Yusoff (Pak Aji), Badrul Munir Md Isa (Haji Salim) dan Bustamam Haron (Haji Badar).

Selain itu Mubarak Majid turut berlakon sebagai Ustaz Rahim, Wan Maimunah (Rosnah), Isa Mean (Burn), Kazaruddin Saisi (Jamil), Zulkifli Ismail (Datuk Burhan), Sheila Mambo (Datin Zurina), Pak Lah Cecupak (Agus) dan Abu Bakar Juah (Datuk Kahar).

“Drama ini bukan sahaja menghiburkan malah turut padat dengan mesej yang berguna. Banyak yang saya belajar dalam drama ini, yang pasti kita tidak boleh hidup tanpa berdoa kepada Allah. Apabila berdoa, hati kita kena bersih. Kita juga perlu ikhlas dengan orang lain,” ujarnya yang melakonkan watak Anuar.

Makbul mengisahkan kehidupan seorang kontraktor, Anuar yang kurang mempercayai keberkatan doa dalam kehidupan seorang Muslim. Anuar berpendapat setiap kejayaan yang dimilikinya adalah hasil daripada usaha gigih dan kebijaksanaannya.

Krisis ekonomi dunia telah menjejaskan syarikat miliknya. Pada masa yang sama syarikatnya mendapat tender kerajaan untuk membina sebuah kolej.

Syarikatnya berdepan dengan masalah untuk mendapatkan pembiayaan bank menyebabkan dia membuka pintu hati untuk menaja 12 orang kampungnya menunaikan umrah dengan tujuan untuk mendoakan beliau mendapat kelulusan pinjaman bank nanti.

Suatu hari, dia bertemu dengan salah seorang penduduk kampung bernama Bol yang teringin mengerjakan umrah. Dia merupakan pemuda kampung yang lurus bendul dan sering kali diperlekehkan oleh sesetengah masyarakat setempat di kampung berkenaan.

Akhirnya Bol diberi peluang menggantikan tempat Imam Rosdi (Fathil Dani) untuk menunaikan umrah walaupun pada mulanya Anuar menolak untuk menghantar pemuda itu kerana buta huruf.

Pelbagai peristiwa berlaku selepas jemaah pulang dari Tanah Suci yang membuatkan penduduk kampung beranggapan Anuar seorang 'wali'.

Anuar berasa tertekan dan pelik dengan gelaran itu dan akhirnya bersembunyi di rumah Bol untuk mengelakkan daripada orang kampung yang selalu mendesaknya mendoakan apa yang mereka hajati.

Mengenai aktiviti bulan Ramadan jadual waktu Jalaluddin sangat padat. Dia akan terlibat dengan penggambaran drama Pasukan Gerakan Marin untuk TV9 di Pulau Pinang pada 27 hingga 30 Ogos ini selepas selesai penggambaran Makbul.

Pada 28 Ogos, dia akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalani raptai Hari Kemerdekaan.

Dia akan terlibat dengan sambutan Hari Kemerdekaan bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melafazkan ikrar dalam perhimpunan seawal 6 pagi pada 31 Ogos ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.