Berita Panas Negeri Kedah Dalam Minggu Ini... Benarkah Wakil2 Rakyat Nie "Derhaka" Kepada Yang DiPertuan Agong?.. Jom Terjah!!



KUALA KETIL - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong mencemar duli berangkat ke Istiadat Konvokesyen Khas dan Perasmian Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil pada 29 Januari 2012 yang lalu. Kira-kira 5 ribu hadirin membanjiri dewan besar Kampus bersama-sama mengambil peluang menyaksikan detik bersejarah berkenaan.

Wajah Terbaru Bekas Pemain Bola Sepak Kedah, Ahmad Fauzi Aka PakLong Selepas Terlibat Kemalangan.. Jom Doakan Moga Cepat Sembuh..


POKOK SENA - Pemain Felda United, Ahmad Fauzi Saari yang patah tangan kanan dalam kemalangan di Kilometer 407.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Ipoh, dekat Tanjung Malim awal pagi semalam dijangka berehat untuk tempoh yang agak panjang sebelum beraksi semula.

Ahmad Fauzi berkata, dia akan berehat di rumah keluarganya di Kulim sepanjang tempoh pemulihan.

"Saya belum jumpa doktor untuk rawatan sebab nak hadiri pengkebumian sahabat saya.

"Lepas urusan ini selesai baru saya akan ke hospital dan boleh tahu sehingga bila kecederaan saya dijangka pulih," katanya ketika ditemui Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lala di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.40 pagi, kereta jenis BMW dinaiki Fauzi dipercayai terbabas di selekoh sebelum merempuh penghadang lebuh raya sebelum terbakar.

Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Hinggakan Nak Usung Keranda ke Pejabat Menteri.. Apa Cerita Sebenarnya, Jom Terjah!!

NONEPKR merancang untuk mengusung keranda ke pejabat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendesak kerajaan bersetuju bedah siasat kedua dijalankan terhadap mayat C Sugumaran dan kematiannya disiasat sebagai kes bunuh.
Naib Presiden PKR, N Surendran (tengah) berkata ia sebagai susulan kepada rancangan mereka untuk mengadakan nyalaan lilin di ibu pejabat polis Kajang jam 8 malam esok.

Beliau yang juga peguam mewakil keluarga mendiang berkata, mereka
merancang untuk berhimpun di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada jam 11 pagi 4 Februari depan.

Berapi!!! Skandal 'HOT' Pemain Muda Bola Sepak Negara.. Jom terjah!!


Mohd Nazmi (kiri) dan Tengku Fiella
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak menuntut bintang bola sepak kelab SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya, Tengku Fiella.
Aidil, 25, yang juga pemain bola sepak pasukan negeri Johor berkata, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.

Panas!! Kerajaan Negeri Kedah TIPU Rakyat Lagi? Ini Buktinya, Jom Terjah!!




1. PKWR DUN Kupang bukan pengutip bayaran untuk urusan permohonan tanah oleh peneroka di Hutan Gunung Inas, Kupang. PKWR hanya bertindak sebagai pemudahcara terhadap pemohon dengan menempatkan Juru ukur Bertauliah di pejabat PKWR supaya mendapatkan harga yang berpatutan di samping para pemohon tidak perlu pergi ke pejabat juruukur yang letaknya jauh dari rumah para pemohon tanah.


Bekas Pemain Bola Sepak Kedah, Ahmad Fauzi Saari Cedera Parah Dalam Kemalangan, Rakan Meninggal.. Kereta BMW Terbakar, Takziah..





KUALA KUBU BHARU - Pemain bola sepak Felda United, Ahmad Fauzi Saari cedera parah setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer 407.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah Ipoh, dekat Lembah Beringin di sini, awal pagi tadi.

Rakannya, Muhammad Khairul Adnan Zakaria, 26, yang memandu kereta BMW maut akibat kecederaan parah di kepala.

Terkini!!! YB Ustaz Nasharuddin Akhirnya Digugurkan.. Jom Terjah!!


Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya. Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. 

Panas Mendidih!! Pelajar Sekolah Nie Dikenakan Bayaran Lebih Untuk Dapatkan 'Servis' Dakapan Dari Guru.. Jom Terjah!!



Jika seseorang pelajar itu dikenakan yuran seperti kokurikulum, yuran buku teks dan sebagainya, itu memang dianggap normal. Namun apakah yang anda lakukan jika dalam penyata yuran tersebut terdapat caj perkhidmatan memeluk pelajar?

Sebuah tadika disiasat oleh badan pemantau pendidikan tempatan selepas mengenakan ‘Yuran Pelukan’ kepada para pelajarnya. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan ibu bapa di Bandar Yangzhou, Timur China.

Terkini!! Calon Peperiksaan STAM Boleh Ambil Keputusan STAM Bermula 10 Pagi..



PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 akan diumumkan pada 30 Januari ini.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran, calon 
boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai 10 pagi hari yang 
sama. 

Bongkar Berapi!! "Pengundi Hantu" Terima Surat Dari PM Haji Najib.. Jom Terjah!!


Lebih banyak kontroversi menyelubungi surat ucapan tahun baru dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas pembangkang menerima satu lagi aduan mengenai berpuluh surat tersebut dihantar kepada orang yang tidak dikenali di sebuah rumah di Petaling Jaya.

ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh yang juga menjaga kawasan pilihan raya Bukit Gasing berikutan kematian wakil raknyat, berkata aduan terbaru itu datangnya dari sebuah rumah di kawasan berkenaan.

LIVE: JAMUAN MAKAN MALAM BERSAMA MENTERI BESAR SELANGOR



Ahli Parlimen Baling Kini Stabil Selepas Serangan Angin Ahmar.. Doakan Kesejahteraan...



GEORGETOWN: Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Mohd Taib kini berada dalam keadaan setabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak solat Dhuha semalam.

Beliau kini dirawat di salah sebuah hospital swasta di Pulau Pinang sejak semalam (23 Januari) kerana terkena angin akmar di kediamannya di Baling, Kedah.

Menurut anaknya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Afnan Hamimi, ayahnya tiba-tiba rebah ketika hendak menunaikan sembahyang sunat Dhuha kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Kini beliau dimasukan ke tingkat  1, Wad CCU di Hospital Swasta berkenaan. Namun keadaanya agak stabil.

Budak Hilang!! Ibu bapa Sahkan Mayat Ditemui Adalah William Yau Zhen Zhong..



PETALING JAYA — Ibu bapa kepada William Yau Zhen Zhong, 6, mengenal pasti mayat kanak-kanak yang dijumpai di Pelabuhan Klang petang semalam adalah anak mereka yang dilapor hilang 16 Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, mayat kanak-kanak itu dikenal pasti berdasarkan pengecaman oleh pasangan itu yang menemui dua parut di belakang kepala dan satu di dahi kanak-kanak berkenaan yang mempunyai persamaan dengan William.

Panas!! Terkini.. Awie, Duta Remaja Persekutuan Seruan Islam Perak Akab Buka Lagi 3 Cawangan Kelab Malam.. Jom Terjah!!


Awie
PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

LIVE: Himpunan Cinta Rasul SAW di Matin, Perlis.. Jom Ikuti..

Panas Berapi!! Penduduk Kecewa Dengan MB Ini, Bilik Gerakan Ditutup Tanpa Sebarang Aktiviti Untuk PRU 13 Nanti.. Jom Terjah!!!


PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul GhaniOthman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Terkini & Berapi!! Dua Pemain Bola Sepak Kedah Ditahan Ketika Berjudi, Siapa Mereka?.. Jom Terjah!!


ALOR SETAR: Dua pemain sebuah kelab bola sepak Kedah berumur 26 dan 25 ditahan ketika bermain judi melalui komputer di sebuah premis Taman Seri Ampang, di sini, Rabu.
Mereka ditahan bersama enam yang lain termasuk dua pelajar sekolah menengahdalam operasi di dua premis di kawasan perumahan itu pada pukul 2 petang tadi,kata Pegawai Turus Hal Ehwal Polis Kedah ASP Roslan Masjin.
Selain pelanggan berusia antara 15 tahun dan 40-an itu, polis turut menahandua wanita yang bekerja di premis terbabit, katanya kepada pemberita selepasoperasi itu di sini.

Terkini!! Kenapa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas Kutuk Lawatan Najib Ke Gaza? Jom Terjah!!


  
Wa ka ka... Siap nak kena beri penjelasan.. Ambik ko Najib,, malah yang syoknya kisah ini turut disiarkan sama oleh negara rakan sekutu UMNO iaitu negara Israel.... 
Boleh baca  Klik Sini

Apabila cerita ini negara Israel turut memerhatikan,, apakah tujuan sebenar Najib ke Gaza,,, atas arahan dari siapa Najib begitu berani pergi ke Gaza sehingga timbul pertikaian antara kumpulan Fatah dan Hamas?

Kantoi Berapi!! (Gambar2) Inilah Ahli 'PAS' Berdemo Depan Pejabat Karpal Singh Pakai 'T' Shirt Janji Ditepati.. Jom Terjah!!



Ramai mungkin yang tidak menyedari bahawa salah seorang dari beberapa individu yang mendakwa diri mereka adalah ahli PAS Pulau Pinang yang mengadakan demo dihadapan pejabat Karpal Singh pagi tadi mengenakan 'T' Shirt 'Janji Ditepati'.

Gambar di atas mungkin kurang jelas yang mana satukah individu yang dimaksudkan itu kerana kemeja yang dikenakan bagi melindungi 'T' Shirt tersebut masih berkancing dengan rapi.


Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi SAW.. Kami Merinduimu Rasulullah,,

selawat nabi

Makna perkataan: “Selawat”. Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.

Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

Panas Tahap Gila Babi!! (Gambar) Aktres Jelita Nie Siap Dipeluk Dan Dicium Penuh Romantis Walaupun Belum Sah Dinikahkan.. Apa Nak Jadi Dengan Orang Melayu La Nie?? Jom Terjah!!

  Liyana Jasmay dan Fathuddin-gambar pra perkahwinan mereka ditepi pantai


Tinggal kurang sebulan saja lagi aktres Liyana Jasmay, 25, akan menamatkan zaman anak daranya dan berkahwin dengan jejaka pilihan, Fathuddin Mazlan, 29.

Terkini!! DS Anwar Menang Kes Saman Fitnah Utusan RM50Juta.. Jom Terjah!!




KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan memihak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

Isu Kalimah Allah: Pas TIDAK Akan Tarik Balik Keputusan Majlis Syura



Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh

SHAH ALAM – Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

(Gambar) AIB GILER!!! Aksi Seks Speaker Perak, Datuk R Ganesan Bersama Seorang Wanita Tanpa Visual.. DVD Dihantar Ke USA Untuk Siasatan Lanjut.. Jom Terjah!!




IPOH – Polis mengesahkan cakera padat digital (DVD) yang didakwa mengandungi adegan seks membabitkan Speaker Dun Perak hanyalah rakaman audio tanpa sebarang visual.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, daripada siasatan yang dibuat, didapati DVD berkenaan tidak mengandungi sebarang visual adegan seks seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Panas Berapi!!! Ady Putra Mengaku Cium Dan Peluk Rita Rudaini... Jom Terjah!!





Pelakon Adi Putra mengakui selesa dengan sikap Rita Rudaini kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis bagi menjayakan drama bersiri terbaru mereka, Sehangat Asmara.
"Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya,"  
Dalam pada itu Adi juga yakin drama yang diadaptasikan dari novel nukilan Aisha Sofea ini mampu memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri.

Terkini!! Dua Rakyat Malaysia Berbangsa India Dan Cina Masih Diketahui Nasib Mereka Selepas Tentera Algeria Menggempur Kompleks Proses Gas, 35 Tebusan Terbunuh.. Jom Terjah!!



Gambar fail merakamkan kompleks pemprosesan gas di In Amenas di timur Algeria yang ditawan kumpulan pengganas, kelmarin. Sebanyak 35 tebusan terbunuh apabila tentera Algeria, semalam melancarkan serangan ke atas kompleks itu bagi menumpaskan kumpulan pengganas yang menahan 191 pekerja kompleks itu sebagai tebusan termasuk dua rakyat Malaysia, kelmarin. - REUTERS

ALGIERS, Algeria 17 Jan. - Sekurang-kurangnya 35 tebusan dan 15 orang pengganas terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Algeria ke atas sekumpulan pengganas yang menawan kompleks pemprosesan gas di In Amenas, di timur negara ini, hari ini.

Nasib dua warganegara Malaysia, yang dikenali sebagai K. Ravi, 48, dari Pulau Pinang dan Lau Seek Siang, 38, dari Sarawak, yang turut menjadi tebusan masih belum diketahui.

Panas Berapi!!! (Gambar & Video) Ust. Fathul Bari Kahwin Lagi Satu?? Ini Buktinya, Jom Terjah!!


Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam ini menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlado.

Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012.

Hangat: Pelakon Patrick Teoh Nie Kurang Ajaq.....Walaupun Minta Maaf, Payah Orang Islam Nak Terima Sebenarnya, Sangat Melampau, Dia Dah Hina Islam... Jom terjah!!



Laman sosial Facebook dan Twitter hari ini menyaksikan satu lagi kontroversi - kali ini berkaitan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon tanah air, Patrick Teoh.

Kenyataannya yang menyentuh Islam mengundang kemarahan banyak pihak termasuk ahli politik dan selebriti tempatan yang mengenali pelakon itu secara dekat.

Teoh pernah berlakon dalam filem Buli, BAIK Punya Cilok, Buli Balik, Sumolah, The Red Kebayadan Nasi Lemak 2.0.

Panas!! Tragedi ‘LISTEN’ Bukti Kerajaan Kongkong Mahasiswa – Pensyarah UKM


(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 16 Jan: Tragedi ‘listen’ ke atas KS Bawani antara bukti kerajaan menyekat mahasiswa memberi pandangan dan ini sangat malang terhadap sistem pendidikan negara, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Agus Yusof.
Beliau berkata, mahasiswa perlu diberi peluang suarakan pendapat, bukan diaibkan sepertimana tindakan panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar tahun dua jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.
Jelas Agus, walaupun tidak setuju dengan pandangan Bawani, Sharifah tidak berhak menyekat dan mengaibkan pelajar itu depan khalayak.
“Cara tegur tak betul. Jika beliau (Sharifah) selaku moderator atau panel sekalipun tidak boleh mengaibkan orang, itu prinsipnya. Kalau tidak setuju, beliau kena bertindak matang.

Video Berapi!!! ‘Listen’ Sampai 10 Kali, Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Forum Suara Mahasiswa Anjuran UUM.. Jom Terjah!!


KUALA LUMPUR 15 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tabik di atas keberanian KS Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menuntut hak golongan itu untuk mendapatkan pendidikan percuma dari pemerintah. 

Katanya, mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak. “Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknya. 


Bongkar Berapi!! Skandal PM Haji Najib Disiarkan Akhbar Yang Amat Berpengaruh Di Australia Pula.. Jom Terjah!!


Kisah Najib dan Altantuya semalam sekali lagi menghiasi dada akhbar di luar negara meskipun ianya digelapkan oleh media yang ditunggangi UMNO/BN di negara ini..
Kisah pembunuhan kejam ini pernah di siarkan oleh Akhbar Kanada ( SINI ) dan ( SINI ) serta Akhbar Kambodia ( SINI ) dan Hong Kong ( SINI )

Kini ianya disiarkan di Australia pula...

Berapi!! 18SX: Akibat Tak Tahan - Belum Pun Tetamu Pulang, Pengantin Baru Nie Dah Londeh Seluar Dan Samping.. Jom Terjah!!!!



Usop Belacak baru sahaja berkahwin dengan Joyah Kerengge. Setelah selesai upacara membuka hadiah dan bersanding malam itu, Usop segera menuju ke bilik pengantinnya dengan tergesa-gesa diikuti Joyah yang terpinga-pinga dan panik melihat suami barunya itu.

"Kenapa bang?" tanya Joyah Kerengge

"Abang dah tak tahan niii!!!.." 
jawab Usop sambil melondehkan seluar dan samping pengantinnya.

Terkini: LIVE!! Dari Stadium Merdeka... Ikrar #KL112 dan doa oleh TG Nik Aziz




Dari Stadium Merdeka Kuala Lumpur!! kini bermulalah Himpunan Kebangkitan Rakyat.. Di Stadium inilah 55 tahun lalu kemerdekaan negara diumumkan..

Terkini: LIVE!! Dari Stadium Merdeka... DS Anwar Ibrahim sedang Berucap... jom saksikan



Dari Stadium Merdeka Kuala Lumpur!! kini bermulalah Himpunan Kebangkitan Rakyat.. Di Stadium inilah 55 tahun lalu kemerdekaan negara diumumkan..

(UPDATE)GAMBAR SUASANA TERKINI DISEKITAR #HKR 112KL



BERKUMPUL DI KLCC DAN BERJALAN KAKI KE HKR #KL112 @STADIUM MERDEKA.





Video: Mpv Jpj Kena Bakar Dan Diterbalik Dan Rusuhan Ayer Tawar Majung Perak.. Cerita Sebenarnya

Kes JPJ nak blok lori sehingga menyebabkan kemalangan. semua kereta lain termasuk lori, brek mengejut di trafik light Sek Methodist. antara yang terlibat 1 kereta JPJ, 1 lori sawit besar, 1 lori tanah, 1 wira, 1 waja, 1 jeep suzuki, 1 kancil, 2 bas & 1 motor.

Semua ambulans dan bomba yang ada di Manjung dikerah ke sana td sehingga bantuan ambulans dari Lambor Kiri dan Hosptal Changkat Melintang juga diperlukan. kanak-kanak sekolah di dalam bas juga ada yang cedera. ada juga yang dikhabarkan kehilangan nyawa. jumlahnya masih tidak pasti.

Akibat berang dengan apa yang berlaku, Toyota Fortuner milik JPJ diterbalikkan dan dibakar oleh penduduk Ayer Tawar.





Bongkar!! Pegawai Khas TKM1 Pulau Pinang, Dato Mansor Othman Ditahan Kerana Rasuah.. Benar atau Fitnah?..Jom Terjah Jawapannya..



Ahad lalu The Sunday Star telah melaporkan seorang pembantu yang berusia 56 tahun kepada Datuk Dr Mansor Othman, Timbalan Ketua Pulau Pinang Menteri I (TKM I), adalah antara tiga lelaki yang ditahan oleh pegawai anti-rasuah dalam cubaan rasuah RM30,000.

Lelaki tidak dinamakan disyaki telah menawarkan wang sebagai dorongan kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual yang dibuat terhadap pegawai atas.

Panas!! 3 Negeri Terbubar Sebelum Parlimen.. Jom Terjah!!



KUALA LUMPUR 9 Jan. - Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan. Tiga DUN yang terbabit itu ialah DUN Melaka, DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak.DUN Melaka terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Berapi!!! Inilah Punca Kenapa Himpunan Kebangkitan Rakyat LULUS Di Stadium Merdeka? Jom Terjah!!




Umno sudah kecut perut dengan kebangkitan dan amaran rakyat maka sebab tu dia orang luluskan Himpunan Kebangkitan Rakyat di stadium Merdeka. Ayuh kita turun ramai-ramai bagi menunjukkan soladariti rakyat Malaysia yang mahu menumbangkan rejim Umno BN.

Namun, kita jangan leka.. Kita perlu bersiap siaga dengan segala kemungkinan terutamanya apabila menghampiri PRU13. PRU13 kali ni adalah paling kotor dalam sejarah negara. Mereka tetap mempertahankan kerajaan rejim ini bagi mengelakkan mereka semua di humban ke penjara.

Panas!!! Akui Kesilapan.. Blogger UMNO Bergelar Doktor Memohon Maaf Kepada MP Shah Alam Berhubung Fitnah.. Buktinya, Jom Terjah!!!



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada  Dr Norvandri Hasan Basri kerana memohon maaf berhubung satu kenyataan dalam blognya berbaur fitnah ke atas beliau dua tahun lalu.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa Pas Pusat berkata, keputusan Dr Novandri satu tindakan wajar dan waras memandangkan fitnah-memfitnah adalah satu amalan terkutuk dan perlu dihentikan.

Terkini!! Angin Kencang Dan Laut Bergelora.. Amaran Ribut Sonamu Ditarik Balik..


KUALA TERENGGANU - Penduduk merasa bersyukur kerana ribut tropika Sonamu beserta angin kencang yang diramal membadai perairan pantai timur Semenanjung termasuk Terengganu tidak menjadi kenyataan.
   
Tinjauan Bernama mendapati ramai penduduk yang tinggal di kawasan pantai seperti di sini, Dungun, Kuala Ibai dan Kuala Abang yang menetap sementara di rumah saudara mara yang tinggal jauh dari kawasan pantai, sudah mula pulang ke rumah masing-masing.

Terkini!!! (Gambar & Video) Ustazah Dr. Mashitah Jelaskan Hukum Beliau Salam Dan Cium Tangan Pak Lah? Apa Pulak Kata Menteri Agama KampungKu... Jom Terjah!!!



Beberapa ketika yang lalu gambar Ustazah UMNO Dr. Mashitah Ibrahim yang arif tentang hukum Islam sedang mencium tangan Pak Lah telah tersebar dilaman Blog, FaceBook dan juga Twitter. 

Beliau bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir yang tersengeh-sengeh. 

Terkini!!!! Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013


Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013

Keputusan Pemenang Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013 | Keputusan penuh AJL27 yang berlangsung malam ini akan dikemaskini apabila Anugerah Juara Lagu 27 melabuhkan tirai. Nampaknya AJL27 kali ini diadakan dengan begitu meriah dari sebelumnya. 

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke-27 baru saja diumumkan dan pemenang-pemenangnya ialah seperti di bawah:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.