Panas Mendidih!! Pelajar Sekolah Nie Dikenakan Bayaran Lebih Untuk Dapatkan 'Servis' Dakapan Dari Guru.. Jom Terjah!!



Jika seseorang pelajar itu dikenakan yuran seperti kokurikulum, yuran buku teks dan sebagainya, itu memang dianggap normal. Namun apakah yang anda lakukan jika dalam penyata yuran tersebut terdapat caj perkhidmatan memeluk pelajar?

Sebuah tadika disiasat oleh badan pemantau pendidikan tempatan selepas mengenakan ‘Yuran Pelukan’ kepada para pelajarnya. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan ibu bapa di Bandar Yangzhou, Timur China.

Ibu bapa diminta untuk membayar yuran tersebut supaya anak-anak mereka yang bersekolah di Tadika Shangmao yang terletak di daerah Jiangdu, dapat dipeluk oleh guru-guru ketika tiba pada waktu pagi dan ketika pulang ke rumah.

Cas 80 yuan sebulan dikenakan bagi setiap pelajar. Ibu bapa diberitahu oleh guru-guru bahawa pelukan dapat menceriakan anak-anak mereka.

Pihak tadika menjelaskan, perkhidmatan tersebut adalah percubaan untuk pendidikan berkualiti bagi melahirkan rasa sayang dan meningkatkan keyakinan mereka selepas menerima pelukan dari guru.

Namun pihak berkuasa pendidikan tempatan berkata, tiada alasan bagi mengenakan yuran untuk perkhidmatan sebegitu. Ianya menyalahi peraturan dan menggesa pihak tadika mengembalikan duit tersebut kepada ibu bapa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.