Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib menyarankan Pakatan Rakyat (PR) menyingkirkan PAS sekiranya suara akar umbi gabungan tersebut mahukan sedemikian.
Menurut pemimpin PAS yang digantung itu, suara akar umbi dapat diketahui dengan membuat tinjauan menggunakan badan bebas untuk mengkaji situasi dalaman dan mampukah PR menang dalam pilihan raya akan datang.