Susulan tersebarnya artikel panas dan video
kenyataan pakar motivasi terkenal Dato'
Dr.Mohd Fadzilah Kamsah (foto) baru-baru ini
maka seluruh negara kecoh dibuatnya. Malah,
artikel Pahang Daily Online (PDO) berkenaan
isu itu telah mendapat rating tertinggi sejak
blog ini beroperasi. Lebih 50,000 pelawat telah
membaca artikel tersebut.
Namun atas dasar
kemanusian, kami dengan rendah diri akhirnya
mengeluarkan semula artikel itu dari blog ini
beberapa hari yang lalu. Bagi kami apa yang
sudah lepas itu biarlah ia berlalu dan mana
yang baik jadikanlah ikhtibar kepada semua
pihak agar lebih berhati-hati dalam
mengeluarkan kenyataan terutamanya
yang berbaur politik selepas ini. Tindakan
kami mengeluarkan artikel tersebut tidak
disenangi oleh sesetengah
pihak sebenarnya.