SHAH ALAM - Datuk Seri Liow Tiong Lai menepati jangkaan apabila terpilih sebagai Presiden MCA yang baharu dalam pertembungan tiga penjuru.
Tiong Lai berjaya mengenepikan lawannya, Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan MCA, hari ini.
Manakala Datuk Wee Ka Siong terpilih sebagai Timbalan Presiden MCA selepas menewaskan regu satu lawan satunya, Datuk Donald Lim.