You Tube Haram: USM Sekat Elak Kesesakan Talian Bukan Salahguna

Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan tindakannya menyekat laman perkongsian video popular YouTube di kampusnya bukanlah kerana berlaku salah guna bagi tujuan pornografi, sebaliknya ekoran kesesakan dalam talian.

Timbalan pendaftar USM Mohamad Abdullah berkata secara umumnya penyalahgunaan internet bagi tujuan melayari laman lucah tidak lagi berlaku di universiti kerana mahasiswa kini semakin matang.

"Dulu benar orang gila (laman lucah). Tetapi sekarang orang sudah tidak peduli.

"Lagi pun di Pulau Pinang ini, VCD (lucah) berlambak. Buat apa dia hendak tengok di internet," katanya ketika ditanya kewajaran tindakan USM menyekat beberapa laman tertentu.

lelaki komunis 060506 amir muhammadSebelum ini, seorang pengarah filem Amir Muhammad (kanan) secara sinis menulis dalam lamanTwitter beliau, mengajak pengguna laman blog mikro itu berkongsi pendapat tentang "regim autokratik di manaYouTube diharamkan."

Beliau antaranya menamakan tempat terbabit, iaitu, China, Burma dan USM.

Ketika dihubungi
Malaysiakini hari ini, Mohamad menjelaskan USM tidak berniat langsung mengharamkan atau menyekat mana-mana laman.

"Cuma kadang-kadang mereka gunakan
YouTube untuk download (muat turun video)," katanya sambil menegaskan penggunaan internet terlalu besar di kampus terbabit.

"Kita terpaksa sekat supaya urusan rasmi (menggunakan internet) tidak terganggu."

Video Tergempar!! Murid Sekolah Tumbuk Dan Maki Hamun Guru

Rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri Sarawak memaki-hamun dan menumbuk gurunya tersebar melalui Youtube.


Melalui rakaman, guru terkena tumbukan terbang pelajar terbabit. Silapnya guru tersebut tidak bersedia dan hanya menyilang tangannya ke belakang dan kuda-kudanya juga tidak mantap. Pihak kesatuan tentunya akan menyalahkan guru juga seperti di Buletin TV3 semalam.

Jadi guru juga perlu ilmu mempertahankan diri. Tujuannya adalah untuk mengelak dari terkena tumbukan ‘free’ pelajar. Pelajaran elak-mengelak penting untuk guru. Ini kerana kalau terkena tumbukan pelajar, guru tak boleh ‘bubuh’ semula pelajar terbabit, walaupun guru berkemampuan melakukannya. Kalau guru ‘bubuh’ juga, guru tetap akan dipersalahkan walaupun guru yang terkena dahulu.

Jadi kepada guru-guru, kedudukan kuda-kuda perlu kuat dan perlu bersedia menangkis serangan pelajar. Kalau terkena tumbukan ‘free’ pelajar, bila pula kita akan berpeluang membalasnya, walaupun terasa ingin 'membubuhnya' juga. Takkan kita membiarkan diri kita ditumbuk. Jadi tangkis-menangkis menjadi keutamaan.


Kejadian cetus persoalan mengenai tahap disiplin

[BH] KUALA LUMPUR: Sarawak yang digemparkan dengan penyebaran rakaman video perlakuan seks membabitkan dua pelajar Tingkat Dua di negeri itu minggu lalu, kini dikejutkan pula dengan rakaman seorang pelajar sebuah sekolah menengah di negeri itu memaki-hamun dan menumbuk gurunya.

Rakaman video terbaru itu tersebar secara meluas kerana dimuat turun ke laman sosial, Youtube.

Kejadian itu dikatakan berlaku lima hari lalu membabitkan seorang pelajar Tingkatan Tiga dan seorang guru lelaki serta dirakam pelajar kelas sama menggunakan telefon bimbit.

Kedua-dua kejadian itu bukan saja dikatakan menimbulkan persoalan mengenai tahap disiplin pelajar sekolah, malah turut menampakkan sikap pelajar yang mudah melenting apabila berdepan guru.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan,berkata tayangan video kurang empat minit itu tidak menggambarkan tahap disiplin keseluruhan pelajar di negara ini dan menyifatkan kejadian berkenaan sebagai kes terpencil.

“Kita tidak boleh membuat andaian mengenai kejadian atau tidak boleh kata masalah disiplin begitu serius. Tidak perlulah kita sensasikan kejadian ini kerana masih banyak lagi kes yang tidak dibincangkan secara mendalam oleh mana-mana pihak.
“Kita tidak tahu kejadian itu sepenuhnya apa yang kita nampak pelajar marah dan kemudian menumbuk guru berkenaan,”katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau meminta guru sebagai orang yang lebih dewasa dan banyak pengalaman memainkan peranan masing-masing untuk mengawal dan meredakan kemarahan pelajar terbabit.

“Saya difahamkan pelajar itu berusia 15 tahun dan berada di Tingkatan Tiga dan dalam usia sebegini kita tahu mereka cepat marah... cepat bertindak. Bagaimanapun, guru perlu menggunakan pengalaman mereka untuk mengawal keadaan,”katanya.

1 Ramadhan Mahkamah Akan Putuskan Rayuan MP Kinabatangan - Hukuman Penjara



SHAH ALAM, 4 Ogos — Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 11 Ogos depan untuk memutuskan rayuan anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang dikenakan hukuman penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam syarie Amli Embong dan Pegawai Pendakwa Syarie Zusyarafain Md Yusof.

Bung Moktar, 51, yang hadir dengan ditemani isteri keduanya pelakon Zizie Izette A. Samad, 31, memfailkan rayuan itu 25 Mei lepas bagi memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda.

Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas anggota Parlimen Kinabatangan itu mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lepas.

Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Beliau membayar denda itu.

Terdahulu, Amli berhujah bahawa Hakim Mahkamah Rendah Syariah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana membuat keputusan tanpa mempertimbangkan pengakuan salah anak guamnya yang dibuat dengan penuh keinsafan.

Beliau berkata Bung Moktar merupakan pesalah pertama dan pengakuan tersebut telah membantu menjimatkan masa dan kos mahkamah.

“Hakim Mahkamah Rendah Syariah juga terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman penjara ke atas anak guam saya tanpa mengambil kira kedudukan anak guam saya sebagai anggota Parlimen, dan menjatuhkan hukuman atas alasan sekiranya hukuman setimpal tidak dijatuhkan, akan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap kredibiliti Mahkamah Syariah.

“Selain itu, Hakim Mahkamah Rendah Syariah terkhilaf bila gagal pertimbangkan mengenai kesan hukuman pemenjaraan terhadap kerjaya dan keadaan kewangan anak guam saya, selain terkhilaf kerana gagal pertimbangkan fakta bahawa anak guam saya ke mahkamah bukan kerana ditangkap, sebaliknya atas kerelaan sendiri,” katanya.

Amli juga berhujah bahawa Hakim Mahkamah Rendah Syariah terkhilaf kerana hanya mengambil kira hukuman kerana berpoligami, tetapi tidak mengambil kira keadaan mengapa perbuatan poligami itu dilakukan, selain turut menganggap bahawa perkahwinan Bung Moktar sebagai satu sindiket.

Zusyarafain pula berhujah hukuman penjara itu wajar dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan Bung Moktar dan menjadi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati pada masa depan, selain memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan serupa.

Beliau berkata sekiranya hukuman itu tidak dikekalkan, maka semua hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah akan dipandang rendah oleh masyarakat, termasuk bukan Islam selain menggalakkan mereka melanggar undang-undang syariah pada masa depan.

“Pihak kami turut menegaskan bahawa Hakim Mahkamah Rendah Syariah tidak terkhilaf dalam menjatuhkan hukuman, kerana sebagai anggota Parlimen, adalah tidak wajar perayu tidak tahu prosedur yang perlu dipatuhi sebelum berpoligami, lebih-lebih lagi isu poligami bukan isu kecil (sehingga) menyebabkan perayu terlepas pandang.

“Malahan perkahwinan ini bukanlah yang pertama kali buat perayu, jadi dakwaan bahawa beliau tidak mengetahui asas (berpoligami), tidak boleh diterima.

“Mengenai dakwaan perayu sekiranya hukuman penjara dikenakan akan mendorong lebih banyak kes berpoligami tanpa kebenaran, kami menolak anggapan ini kerana ia hanya anggapan peribadi beliau,” katanya.

Zusyarafain juga berhujah bahawa hukuman tersebut akan menyebabkan masyarakat lebih berhati-hati untuk melanggar undang-undang syariah, kerana jika seorang pemimpin boleh dihukum sedemikian rupa, maka tidak mustahil orang biasa menerima nasib yang sama.

“Hakim Mahkamah Rendah Syariah juga tidak salah menganggap bahawa perkahwinan ini satu sindiket kerana ia tidak mengikut saluran yang betul.

“Islam menyarankan supaya perkahwinan diuar-uarkan bagi mengelakkan timbulnya fitnah, dan tindakan menyembunyikan perkahwinan akan memberi kesan negatif kepada masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar rayuan Bung Moktar ditolak dan hukuman penjara terhadap anggota Parlimen Kinabatangan itu dikekalkan.

— Bernama

Umno Salah Guna Masjid Shah Alam Untuk Politik UMNO - Langgar Arahan YDP Agong

Dr Lo’ Lo’ menghadiri sebuah sidang media di Kuala Lumpur, 4 Ogos 2010. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Pemimpin PAS Dr Lo’Lo’ Ghazali mendakwa pemimpin-pemimpin Umno salah gunakan masjid di ibu negara awal minggu ini untuk tujuan kempen politik mereka.

Ahli Parlimen Titiwangsa ini berkata, dengan pemimpin-pemimpin Umno memberi ucapan politik di Masjid Alam Shah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melanggar arahan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Selepas Isyak, solat diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, majlis diisi dengan ucapan Ketua Umno Cheras, pemangku ketua Umno Titiwangsa Umno dan juga menteri,” kata Dr Lo’lo’ pada sidang media di sini hari ini.

Isu PAS menggunakan majlis untuk tujuan politik pernah muncul ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sasaran serangan.

Kata Dr Lo’Lo’, sesi “bertemu rakyat” yang dianjurkan oleh jabatan dan Ketua Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali telah mengaku ada menjemput pemimpin-pemimpun Umno setempat ke majlis tersebut.

“Pengacara majlis, pemimpin-pemimpin Umno dan menteri tidak maklum tentang kehadiran Ahli Parlimen Titiwangsa meskipun mereka diberitahu oleh ketua pengarah,” kata Dr Lo’lo’ lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat itu menambah, sebelum majlis kelmarin Jamil Khir telah menghadiri sekurang-kurangnya lima program seumpama itu yang disokong oleh Umno di kesemua bahagian Parlimen di ibu negara.

Katanya pemimpin-pemimpin Umno sewajarnya menggunakan masjid sebagai platform untuk menyatukan umat Islam.

“Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata ‘kami mengambil berat tentang orang Melayu dan Muslim, dan itu sebab kita ada di sini’ tetapi pada masa yang sama mereka mengabaikan kami,” tambah Dr Lo’Lo’.

“Menteri yang dilantik untuk mengawal selia agama Islam seharusnya menggunakan majlis itu sebagai peluang untuk membuktikan bahawa kita bersatu dan tiada perbezaan politik mengambil tempat di masjid,” katanya lagi.

Dr Lo’Lo’ juga mendakwa jabatan itu enggan bekerjasama dengan PAS dalam menganjurkan program-program Islam dengan kerjasama parti itu.

“Apabila kami mengesyorkan bahawa PAS ingin bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah selepas program itu, ketua pengarah berkata kami boleh membuat permohonan, tetapi menyedari implikasi politik dengan respons beliau, beliau berkata beliau kena kaji dengan mendalam sebab PAS bukan menguasai kerajaan,” katanya.

Oleh itu kata beliau, jabatan tersebut seharusnya konsisten jika agensi persekutuan serius dalam melarang aktiviti berunsur politik di masjid.

Motif Pembunuhan Dan Bunuh Diri Datuk Aziz dan Pembantunya Masih Dalam Siasatan

Polis masih belum dapat menentukan motif tembakan dilepaskan dalam kes kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan seorang pembantunya, kata ketua polis Selangor.

Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata, pihaknya buat masa ini perlu memberi masa kepada keluarga si mati bagi memberikan kerjasama dalam menyiasat motif kes tersebut.

"Kita perlu memberi masa kepada ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan atas apa yang berlaku.

"Apabila keadaan sesuai nanti kita akan dapatkan kerjasama ahli-ahli keluarga, dalam kita menyiasat motif ini," katanya.

Semalam, Abdul Aziz, 64, dan seorang pembantunya
mati ditembak dari bahagian dalam kenderaan ketika sedang memandu di Sungai Buloh.

Sepucuk pistol dilaporkan ditemui di tempat kejadian. Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menulis dalam laman
Facebook beliau awal petang ini, Khalid berkata polis bagaimanapun telah menemubual saksi-saksi lain yang berkaitan.

"Beberapa kenyataan telah dirakam, kebanyakannya daripada mereka yang berada/sampai ditempat kejadian, sewaktu kejadian," katanya lagi.

Rumahtangga Penyampai Radio Sinar, Juga Menantu Bekas MB Kedah Bakal Berakhir?



RAJA Azura dan Adzmin Tan Sri Osman ketika pernikahan mereka pada Mac 2001.


SHAH ALAM 3 Ogos - Apakah benar pelakon, pengacara dan penyampai radio, Raja Azura atau lebih mesra dipanggil Kak Engku sedang menghadapi masalah rumah tangga?

Setakat ini ia masih menjadi tanda tanya. Raja Azura, 38, atau suaminya, Adzmin Tan Sri Osman, 37, dikatakan telah memfailkan permohonan berkaitan perkahwinan mereka di Mahkamah Rendah Syariah di sini baru-baru ini.

Wartawan yang bergegas ke Mahkamah Rendah Syariah petang ini setelah mendengar khabar kes Raja Azura akan disebut di hadapan hakim, bagaimanapun turut gagal mendapatkan sebarang pengesahan.

Kelibat pasangan tersebut juga tidak kelihatan di mahkamah.

Difahamkan permohonan membabitkan pasangan berkenaan telah disebut di hadapan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat di kamar beliau pagi ini.

Setakat ini tidak diketahui bentuk permohonan yang telah dikemukakan di mahkamah tersebut.

Seorang peguam syarie yang dikatakan mewakili Raja Azura ketika dihubungi juga enggan mengesahkan mewakili artis itu.

Sementara itu, Raja Azura yang merupakan penyampai radio Sinar FM ketika dihubungi Utusan Malaysia kira-kira pukul 9 malam semalam memberitahu, khabar angin itu tidak benar.

''(Semua itu) tiada apa yang berlaku, itu hanya cakap-cakap orang bahkan awak bukan orang pertama bertanyakan pasal isu ini kepada saya,'' katanya.

Raja Azura menambah, dia ketika itu sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk makan malam bersama suaminya.

Usaha untuk menghubungi semula Raja Azura hari ini gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan telefon manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak berbalas.

Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, berkahwin dengan Adzmin iaitu anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof pada Mac 2001.

Pasangan tersebut mempunyai dua anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7, dan seorang anak perempuan, Puteri Mia Maizura, 4.

Gambar2 Terakhir Datuk Aziz Dan Siti Rohana Mati Ditembak

Berikut adalah sedikit gambar dari tempat kejadian untuk dikongsikan bersama..




Sumber dari Saudara Mazidul Akmal Sidek





Caldina Putih melanggar divider






Dua mayat kelihatan


Mayat Siti Rohana


Mayat Datuk Abdul Aziz




Mayat dibungkus dengan plastik hitam


Dipindahkan dari tempat kejadian



Sumber gambar : ondscene



KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.

Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.

Siti Rohana ialah Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Difahamkan kereta dipandu Abdul Aziz , bekas wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya di Kilometer 455 Lebuh Raya Utara Selatan, ke arah Rawang kira-kira 11 pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira tujuh kilometer selepas kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh.

Polis juga menemui sepucuk pistol .38 dalam kereta Toyota Caldina itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.

Tiga peluru dari pistol didapat telah digunakan.

Abu Hassan juga merupakan anggota Kabinet persekutuan sebelum dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa “terkena” tembakan di bahagian kepala.

Polis mendapati tembakan datang dari dalam kereta yang mereka naiki kerana kesan tembakan tidak dikesan pada badan kereta.

“Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa,” kata Khalid.

Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Anggota keluarga yang ditemui wartawan di rumah Abdul Aziz di Seksyen 9, Shah Alam enggan bercakap dengan wakil media.

Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Buat masa sekarang kami mengetepikan politik sebagai motif kejadian,” kata Khalid.

“Kami percaya ia satu kes bunuh dan membunuh diri,” kata Khalid sambil memberitahu pihaknya ada bukti bahawa hanya dua orang berada dalam kereta ketika kejadian.

“Jangan buat spekulasi (mengenai kes ini). Saksi yang ditemu bual di tempat kejadian mengesahkan tiada orang lain dalam kereta,” kata Khalid lagi dalam Facebooknya.

Khalid yang menyambung tulis dalam Facebook memberitahu, laporan bedah siasat awal menunjukkan ada dua kesan tembakan manakala pembantunya hanya satu.

Abdul Aziz meninggalkan isteri Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Norazian, 37, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) dan seorang anak lelaki Mohd Anis Hisham, 33, exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Sementara itu, Mohd Anis berkata kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya di Shah Alam.

“Sebelum mendapat tahu kejadian yang menimpa ayah melalui kawan saya tengah hari tadi, ayah ada cakap nak pergi satu majlis di Tanjung Karang.

“Saya amat kagum kebolehan yang ada pada ayah saya dan saya menjadikannya sebagai role model dalam bidang politik. Ayah mempunyai kebolehan berbahasa Mandarin. Ayah juga ada lesen pistol,” katanya ketika ditemui.

Bekas suami Siti Rohana, Abdul Aziz Hamim, 43, yang ditemui di hospital berkata mereka dikurniakan empat anak sebelum berpisah empat tahun lepas.

Katanya anak sulung mereka berusia 20 tahun manakala yang bongsu berusia sembilan tahun.

Seorang kenalan rapat kepada Siti Rohana, Towhid Mokthi, 53, berkata Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz.

“Rohana seorang yang peramah dan suka tolong orang. Dia sangat disenangi sebab itu dia terpilih sebagai Ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang,” katanya.


The Malaysian Insider

Tilawah Al Quran Antarabangsa: Qari Mesir, Qariah Pakistan Johan

KUALA LUMPUR: Peserta dari Mesir Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan Samia Khanan dinobatkan malam ini sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara johan qariah mendapat 91.08 peratus.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam Pengiran Datuk Seri Setia Dr Mohammad Pengiran Abdul Rahman.

Sementara itu, qari dari Malaysia Wan Ainuddin Abdullah dan qariah dari Brunei Dayang Nurfaezah Emran muncul naib johan qari dan qariah melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$7,000 (RM22,382) bagi setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.

- BERNAMA

Tahniah.. Kenari Menang Bergaya.. Tewaskan Juara Liga 2 - 0




KEDAH 2 - 0 SELANGOR

PAHANG 3 - 0 JOHOR FC

TERENGGANU 1 - 0 KL PLUS

JOHOR 0 - 1 K.LUMPUR

PERLIS 2 - 0 N.SEMBILAN

KELANTAN 0 - 0 T.TEAM

PERAK 4 - 0 P.PINANG



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.