Pelakon Popular Zamarul Hisyam Ditahan Di Wad Hospital Sejak Ahad Lepas... Moga Cepat Sembuh..


Pelakon berbakat, Zamarul Hisham dimasukkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, sejak Ahad lalu apabila disahkan menghidap demam denggi. Menurut Zamarul, ini kali kedua dia dimasukkan ke hospital akibat denggi di mana kali pertama pada tahun 1995. Lebih memilukan, suami kepada pelakon, Diana Rafar ini dimasukkan ke wad pada tarikh yang sama hari jadi anaknya, Kashfi Haiqal yang berumur setahun.

“Saya mengalami simptom demam sejak Sabtu lalu. Pada petang  Ahad, saya sempat menyambut hari jadi anak kami yang berumur setahun. Masa itu, saya dah rasa seram sejuk sangat. Namun, selepas itu, saya tetap kuatkan semangat untuk terus pergi ke set penggambaran telemovie terbaru saya, ‘Bismillah’.

“Saya rasa bersalah sangat sebab tinggal sehari saja lagi sebelum penggambaran siap. Ingatkan nak teruskan juga tapi pengarah, Murali Abdullah suruh saya balik. Saya kemudian pergi ke hospital dan selepas membuat pemeriksaan darah, saya disahkan menghidap denggi,” ujar Zamarul ketika ditemui di DEMC semalam.


“Sekarang ini di Shah Alam banyak sangat kes denggi. Tapi saya rasa saya kena denggi ini ketika di lokasi penggambaran drama ‘Bismillah’, di Puchong. Drama ini mengenai kisah benar budak yang kena renjatan elektrik baru-baru ini. Kami jalani penggambaran di kawasan lombong dan masa itu saya tak pakai baju dan banyak nyamuk sangat.

“Saya memang rasa bersalah sangat sebab tinggal 17 babak saja lagi. Drama ini untuk slot Cerekarama tapi tak pasti bila tarikh tayangannya. Saya juga akan terlibat dengan drama 20 episod, ‘Anakku Sazali’ pada 4 November ini. Tak tahulah saya dah keluar ke belum masa itu, namun nasib baik produksi itu boleh tunggu. Walau bagaimanapun, saya harap boleh keluar secepat mungkin, sebab saya ini jenis yang tak boleh duduk lama di hospital, bosan sangat.”

Pengurus Akaun Dakwa Dirinya Dicabul 7 Tahun Lalu Oleh 11 Anggota Polis Namun Tiada Tindakan, Hari Ini Beliau Dihadap Ke Mahkamah Atas Tuduhan Halang Tugas Polis!!! Benarkah???

Tujuh tahun yang lalu, seorang pengurus akaun membuat aduan bahawa dirinya dicabuli oleh 11 anggota polis tetapi mendakwa langsung tidak dimaklumkan berhubung sebarang siasatan.

NONENamun, kira-kira tengah malam, semalam, pihak polis akhirnya bertindak - tetapi sebaliknya wanita itu pula ditahan.

Beliau terpaksa bermalam di lokap polis sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah hari ini atas pertuduhan menghalang polis daripada melaksanakan tugas.

Wong Bee Fong, 39, dikatakan menghalang tugas L/Kpl Mohd Faudzi Abdul Aziz di ibu pejabat Pasukan Gerakan Awam di Batu 9, Cheras, kira-kira jam 2.30 pagi pada 13 Ogos, 2004.

Beliau minta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya.

Bee Fong didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga bulan penjara atau denda RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut peguam, Keppy Wong (atas, kanan), beliau dibenarkan ikat jamin RM2,000 yang dibayar oleh majikannya.

"Apayang terjadi kepada negara hari ini? Mereka (polis) boleh memaklumkan kepada beliau mengenai pertuduhan berkenaan tetapi sebaliknya menangkap beliau di tengah-tengah malam," katanya kepada Malaysiakini.

"Sudahlah dirinya dicabul kehormatannya, sekarang beliau terpaksa meringkuk di lokap pula.”

Bee Fong mendakwa bahawa beliau ditahan semasa sekatan jalan oleh polis di Taman Connaught, Kuala Lumpur kerana disyaki memandu ketika dalam keadaan mabuk.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeSelepas berunding, dakwanya, beliau meminta anggota polis untuk mengembalikan lesen memandunya dan mengeluarkan saman.

Bagaimanapun, anggota polis berkenaan didakwa enggan berbuat demikian dan sebaliknya meminta rasuah sebanyak RM3,000.

Beliau kemudiannya memandu ke arah balai polis Batu 9 balai di Cheras, tetapi berkata sebuah kereta Proton Wira berwarna perang mengekorinya dan memaksanya mengubah haluan ke bangunan Pasukan Gerakan Awam.

Semasa Bee Fong keluar dari keretanya, 11 anggota polis didakwa menghampiri dirinya dan mula meraba tubuhnya.


Sumber

Apa Dah Jadi Dengan Penjaga Gol Harimau Malaya Nie... Sosial Gila2.. Dikelilingi Wanita Seksi, Benarkah Tuduhan Beliau Minum Arak ??

Setelah tersebarnya gambar Apek bersama Dahlia Teck di sebuah restoran terkemuka di Bukit Bintang, Apek terus dimomokkan dengan spekulasi negatif oleh segelintir pihak, apatah lagi pada gambar tersebut ada terpampang dengan jelas minuman botol yang berjenama tidak halal. Justeru itu perkara ini menjadi seribu persoalan dan tanda tanya oleh setiap orang yang melihat gambar tersebut.

GAMBAR APEK DAN DAHLIA TECK SEKSI

Wartawan mynewshub.my melaporkan Apex ketika dihubungi Mynewshub.my berkata, beliau buat masa ini enggan menjawab sebarang isu atau gosip berhubung tuduhan itu kerana ingin menumpukan perhatian kepada persiapan pasukan negara untuk temasya Sukan Sea di Indonesia.
“Bro (wartawan), bagi saya fokus game (permainan) dulu, saya mintak sangat jasa baik semua pihak bagi saya fokus untuk Sukan Sea ini dulu.

“Nanti selepas game saya boleh jelaskan,” katanya melalui sistem pesanan ringkas.
Pasukan bola sepak bawah 23 tahun akan berlepas untuk menyertai Sukan Sea ke-26 pada Jumaat ini.

GAMBAR KHAIRUL FAHMI DAN DAHLIA TECK SEKSI


Gambar Apex berhibur dengan Dahlia dan kawan-kawan di sebuah restoran eksklusif, Werner’s, di Changkat Bukit Bintang baru-baru ini disiarkan beberapa blog hiburan ternama negara seperti Oh! Bulan, Rotikaya.com dan Media Malaya.com.


Laman web Oh! Bulan yang menyiarkan gambar-gambar dari Media Malaya.com itu turut mempersoalkan mengenai beberapa botol minuman keras yang terdapat di atas meja di dalam gambar tersebut.


“Tidak dapat dipastikan samada mereka adalah pemilik minuman keras diatas meja, namun dalam gambar menunjukkan beberapa botol minuman keras yang sudah dibuka,” kata laman web hiburan terkenal itu.


Bagaimanapun, Oh! Bulan meminta para peminat industri hiburan tanahair untuk berfikiran positif terhadap Apex dan Dahlia.Apex juga tidak dilihat memegang atau meneguk sebarang minuman dalam gambar tersebut.


Penyiaran gambar itu bagaimanapun mengundang kritikan yang pedas daripada anggota masyarakat. Apex sebelum ini bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi bagaimanapun pertunangan itu putus Ogos lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.