Gambar2 Majlis Perkahwinan Beinda Dengan Orang Kuat TV9

gambar kahwin bienda

Belek punya belek gambar majlis perkahwinan Bienda dan Kamarul ini barulah kami perasan yang kami pernah berjumpa dengan suami Bienda nie. Kalau tak silap kami Kamarul adalah salah sorang orang kuat TV9. Sebabnya dia pernah datang ke rumah kami untuk rancangan Hypp TV suatu ketika dahulu.

Tahniah kami ucapkan kepada Bienda dan Kamarul atas perkahwinan ini. Dengar ceritanya hantaran yang diberi bernilai RM11,111,111. Cantik sungguh nombor wang hantarannya. Secantik Bienda semasa majlis perkahwinannya.

Lagi gambar sekitar majlis perkahwinan Bienda Dan Kamarul dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada tuan punya.

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

gambar kahwin bienda

Bekas KPN & Peguam Negara Dituduh Menjadi Punca Kehancuran Sistem Keadilan


KUALA LUMPUR 12 OKT : Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan dan peguam negara Gani Patail dituduh menjadi punca kehancuran sistem keadilan dalam negara ini dengan memalsukan bukti terhadap Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 lalu.

Mereka juga didakwa kemudiannya telah berbohong dalam satu siasatan terhadap tuduhan penyalahanguna kuasa oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir.
Dalam satu surat terbuka yang disiarkan oleh portal Malaysia Today, bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ismail mendedahkan bahawa beliau telah menulis surat kepada Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar pada Mei lalu dan juga kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein supaya mengkaji semula siasatan terhadap bukti palsu yang digunakan dalam kes 'mata lebam' Anwar 1998 lalu.

Mat Zain mengetuai siasatan kes tersebut dan setelah mengesyorkan supaya Ketua Polis ketika itu, Tan Sri Rahim Noor didakwa atas tuduhan jenayah mencederakan Anwar ketika beliau berada dalam tahanan lokap di ibu pejabat polis di Bukit Aman.

Belia berkata, Musa dan Gani dalam laporan akhbar telah mendakwa bahawa kertas siasatan terhadap Mahathir telah diserahkan kepada peguam negara ketika itu Mokhtar Abdullah pada Februari 2000 lalu yang kemudiannya telah membuat keputusan tiada kes untuk disiasat.

Mat Zain berkata kenyataan yang dibuat kedua-dua mereka adalah tidak berasas kerana menurutnya kertas siasatan tersebut hanya dibuka pada Jun 2000 dan dihantar ke pejabat peguam negara pada November tahun yang sama.

Dalam suratnya bertarikh 8 Oktober, Mat Zain menuduh Musa, yang baru bersara sebagai Ketua Polis Negara dan juga Gani telah berbohong mengenai siasatan terhadap Mahathir yang dituduh menyalahgunakan kuasa.

Beliau (Mahathir) dituduh telah menyalahguna kuasa dengan mengarahkan siasatan rasuah terhadap Ketua Unit Perancang Ekonomi, Ali Abul Hassan bin Sulaiman.

Dalam serbuan yang dilakukan, pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menemui wang tunai sejumlah RM100,000 dalam laci mejanya.

Mat Zain membuat pendedahan ini dalam suratnya kepada Datin Kalsom Taib, isteri kepada bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahya, merujuk kepada buku tulisan Kalsom yang mengutarakan soalan,

"Apa jadi dengan siasatan terhadap Dr Mahathir?" Mat Zain berkata kenyataan akhbar kedua-dua Musa dan Gani tidak masuk akal dan palsu kerana adalah mustahil kertas siasatan tersebut dihantar ke kamar peguam negara pada 15 Februari 2000.

Katanya lagi, Gani dan Musa Hassan telah menghancurkan sistem keadilan jenayah kerana berbohong dan memalsukan bukti memandangkan siasatan kes berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh Anwar hanya dimulakan pada 13 Jun 2000.

“Malah, kertas siasatan bersama dengan kertas siasatan BPR yang dirampas dari badan tersebut hanya dihantar kepada peguam negara pada 9 November 2000," katanya dalam surat tersebut. Beliau juga tidak menolak kemungkinan bekas ketua polis dan peguam negara terbabit bermaksudkan tarikh 15 Februari 2001.

Namun katanya lagi, walaupun Musa Hassan dan Gani sememangnya berkata 15 Februari 2001, ia menjadi lebih tidak muasabah kerana Tan Sri Mokhtar tidak mungkin memeriksa dan menghentikan kes berkenaan pada tarikh tersebut kerana beliau bukan lagi peguam negara pada masa itu. Beliau menambah , jawatan peguam negara telah diambil alih oleh Datuk Ainum Mohammad Said pada 1 Januari , 2001.

Mat Zain juga mengandaikan bahawa Musa Hassan dan Gani Patail langsung tidak berusaha untuk mengubah tarikh berkenaan kerana individu yang dimaksudkan sudah pun meninggal dunia.

“Jika Tan Sri Musa Hassan and Tan Sri Gani Patail tidak membuat kenyataan yang tidak masuk akal itu, sekaligus kes ini tidak akan berterusan."

Hakikatnya ialah mereka telah membuka laluan mengenai persoalan tentang integriti penyiasatan yang dijalankan polis," tulis beliau lagi dalam surat tersebut.

Kedua-dua mereka, katanya lagi telah menjejaskan penyiasatan terhadap kes tersebut dan juga membiarkan bukti yang dipalsukan dalam kes 'mata lebam' Anwar ketika beliau dipukul dalam lokap oleh Rahim Noor.

Gambar2 Perkahwinan Tauke Bas Ekspres Datuk Sani

gambar perkahwinan datuk sani

Mungkin ada yang dah bosan/meluat asyik-asyik kami keluarkan gambar perkahwinan Sheikh Muszaphar dan Dr Halina je sedangkan ramai lagi selebriti-selebriti lain yang berkahwin pada tarikh 10.10.2010 baru-baru ini. Kami faham emosi anda. Maka dengan ini kami sharekan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan Datuk Sani dan Fatimah Dalilah.

Majlis pernikahan Datuk Sani dan Fatimah Dalilah telah diadakan di Masjid Kristal, Terengganu. Kalau tak silap kami wang hantarannya ialah RM100,000 dan pengantin perempuan menerima sebuah kereta mewah (macam dalam gambar) yang berharga lebih kurang RM400,000. Bertuah badan si pengantin perempuan dapat suami yang berkemampuan.

Lagi 24 keping gambar sekitar majlis akad nikah Datuk Sani dan Fatimah Dalilah dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada Joe Photo yang menghantar gambar-gambar ini.

gambar perkahwinan datuk sani

gambar perkahwinan datuk sani

gambar perkahwinan datuk sani

gambar perkahwinan datuk sani

gambar perkahwinan datuk sani

gambar perkahwinan datuk sani

gambar perkahwinan datuk sani


Sambungannya Di sini

Menteri Puji MP PAS Bertemu Pihak Pembangkang Di Indonesia

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Usaha ahli Parlimen PAS bertemu dengan pihak pembangkang Indonesia pada September lalu mendapat pujian daripada Menteri Luar Negeri, Datuk Sri Anifah Aman di Dewan Rakyat hari ini.


Anifah yang juga ahli Parlimen Kimanis merakamkan ucapan itu ketika sesi soal jawab lisan hari ini sebagai respons kepada ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang memberitahu bahawa pertemuan awal September lalu sebagai usaha menjernihkan hubungan Malaysia-Indonesia.

"Saya berterima kasih dengan inisiatif yang telah pun dijalankan oleh Yang Berhormat. Dalam jawapan saya tadi, saya mengatakan bahawa setiap lapisan masyarakat termasuk pemimpin politik harus mengambil satu langkah yang boleh memantapkan lagi hubungan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia dan saya tidak pernah katakan bahawa hanya ahli Parlimen daripada Barisan Nasional ataupun kerajaan sahaja yangboleh memainkan peranan,” ujarnya.

Beliau juga berharap usaha yang dilakukan PAS itu turut dilakukan oleh ahli Parlimen dan pihak-pihak lain.

"Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh Yang Berhormat. Usaha seumpama itu saya menyanjung tinggi dan mudah-mudahan usaha seperti yang dilakukan oleh Yang Berhormat dan rakan-rakan yang lain akan diteruskan kerana ini bagi kepentingan bukan sahaja ahli-ahli Parlimen tetapi juga masyarakat kedua-dua negara," katanya.

Pada 1 September lalu, Nasharudin yang juga Timbalan Presiden PAS dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian, serta ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar mengadakan pertemuan dengan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Reike Diah Pitalokal dan beberapa wakil pembangkang Indonesia yang lain

Pertemuan itu bagi membincangkan isu utama berhubung hak asasi manusia melibatkan pendatang dari Indonesia.

Dalam pertemuan di bangunan Parlimen itu, pihak pembangkang Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan dan memperbaiki hubungan baik antara kedua-dua negara.

Nasharuddin juga mengulangi pendirian Kamaruddin dalam pertemuan tersebut bahawa satu kaukus Parlimen mengenai hubungan Malaysia-Indonesia perlu ditubuhkan bagi menyelesaikan isu-isu membabitkan kedua-dua negara ini.

"Kami memandang keperluan menubuhkan satu kaukus hubungan Indonesia dan mlaysia di peringkat Parlimen bukan sahaja kepada pihak pemerintah yang mengambil bahagian tetapi ahli politik atau sesiapa sahaja yang boleh memainkan peranan," katanya.

Anifah sebelum itu menjawab soalan ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan tindakan yang telah dilakukan bagi menjamin hubungan Malaysia-Indonesia sebagai kerabat Asean sentiasa terpelihara agar peristiwa serangan ke atas Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta tidak berulang kembali.

Perbicaraan Polis Tembak Mati Remaja 15 Tahun Bermula Hari

Perbicaraan seorang korporal yang didakwa menembak mati seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu.

Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Saksi pertama pada perbicaraan ini adalah lans korporal Mohd Sabri Salleh.

Katanya, ketika kejadian pada 26 April lalu itu, beliau ditugaskan di Bahagian Gerakan di Shah Alam antara tengah malam hingga jam 8 pagi.

Pada sekitar 1.45 pagi Mohd Sabri berkata beliau menerima panggilan dari kereta peronda SL589 memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Iswara putih sedang memecut dan enggan berhenti.

Katanya, kereta peronda berkenaan memohon bantuan bagi menghentikan kereta tersebut.

“Setelah beberapa minit kemudian, Saya menerima panggilan daripada kereta peronda SL614 memaklumkan mereka sedang mengejar kereta Iswara dari Hotel Concorde Hotel ke Bulatan Kayangan dan kemudiannya menghala balik."

"Saya panggil anggota di SL614, Korporal Jenain (tertuduh) melalui telefon bimbitnya. Dia memaklumkan bahawa kereta Iswara itu telah hilang kawalan dan pemandunya cedera di Jalan Makyong 11/2."

Mohd Sabri berkata Jenain kemudiannya meminta beliau memanggil ambulan kerana pemandu Iswara itu cedera.

Saksi kedua, detektif lans korporal Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25, memberitahu mahkamah bahawa dia merakamkan 41 keping gambar di lokasi kejadian.

"Saya ambil gambar di jalan, pokok yang dilanggar, kelongsong peluru, juga gambar di dalam kereta dan mangsa,” katanya.

Menurut timbalan pendakwa raya persekutuan, DPP Mohd Dusuki Mokhtar, sejumlah lima saksi akan dipanggil.

Jenain diwakili oleh peguam-bela Salim Bashir (
kanan) manakala peguam veteran, Karpal Singh bertindak sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Aminulrasyid.

Pada 10 Mei lalu, Jenain, dihadapkan ke mahkamah dan membuat pengakuan tidak bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Kematian mengejut remaja itu menimbulkan kemarahan orang ramai berhubung dakawaan polis yang melepaskan tembakan secara membabi-buta dan memaksa Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) berhubung penggunaan senjata api.

Sebuah panel yang dipengerusikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Abu Seman Yusop ditubuhkan bagi mengkaji IGSO dan juga menyiasat kejadiaan berkenaan.

Adalah dilaporkan Aminulrasyid dan rakannya , Azamuddin Omar, juga berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan ke rumah daripada sebuah restoran di Seksyen 7, Shah alam pada malam kejadian itu.

Sebuah kereta polis memintas mereka lalu melepaskan tembakan. Remaja berkenaan memberhentikan kereta di bahu jalan, di mana Aminulrasyid kemudiannya dijumpai terkulai di kerusi pemandu.

[Berita penuh menyusul]

Update: Video & Gambar2 Presiden Amerika Dibaling Buku Semasa Kempen







Obama nyaris terkena balingan buku

PHILADELPHIA - Kepala Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama nyaris terkena sebuah buku yang dibaling ke arahnya semasa beliau berucap dalam satu kempen politik di Vernon Park Philadelphia kelmarin, lapor, sebuah akhbar semalam.

Masih tidak jelas kenapa buku itu dilontar ke arah Obama. Kejadian itu kini disiasat oleh pihak Perkhidmatan Rahsia dan ia jelas menunjukkan kegagalan pasukan keselamatan menjaga keselamatan Presiden AS itu.

Dalam kempen itu, seorang lelaki berbogel turut ditahan dan tangannya digari oleh polis.

Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada lelaki tersebut membaling buku berkenaan dan punca beliau tidak berpakaian.

Obama berkempen di sini bagi menarik perhatian sokongan para pengundi supaya menyokong Parti Demokrat tiga minggu sebelum pilihan raya Kongres diadakan pada 2 November depan.

Parti Demokrat kini berdepan masalah dengan pengundi yang tidak lagi berminat untuk keluar mengundi.

Parti itu dilihat terdesak untuk memenangi hati para pengundi.

Tinjauan pendapat menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah kepada Obama ekoran prestasi pemulihan ekonomi AS yang lembab dan masalah pengangguran yang mencecah 9.6 peratus.

Pada 2008, Presiden AS, George W. Bush pernah dibaling kasut oleh seorang wartawan Iraq di Baghdad. - Agensi

Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis)

Aaron risau jika dia terkena virus kencing tikus seperti arwah Din Beramboi.

PETALING JAYA: Pelakon Aaron Aziz dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana, Damansara dekat sini selama tiga hari bermula Khamis lalu selepas dipercayai terkena virus kencing tikus (Leptospirosis).

Menurut Aaron, dia telah mengalami demam panas yang teruk selepas pulang daripada penggambaran filem, Endless Day, di hutan Changi, Singapura baru-baru ini.

"Sejak 30 September lalu, saya sibuk dengan penggambaran filem daripada produksi Akanga Films Asia yang memerlukan saya menjadi seorang lelaki yang memiliki semangat harimau.

"Kebanyakan babak memerlukan saya berguling serta merangkak di hutan sampai muka pun kotor-kotor. Saya perlu melalui cabaran itu selama seminggu pada setiap malam.

"Jadi bila pulang ke Kuala Lumpur, saya mengalami demam panas sehingga suhu badan saya mencecah 40 darjah Celsius. Isteri saya terus mengajak saya ke hospital dan terkejut bila mendapat tau saya dikatakan dijangkiti penyakit kencing tikus," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Aaron, ketika doktor memberitahu tentang penyakitnya itu, dia mula risau sekiranya keadaan kesihatan dia menjadi semakin serius.

"Alhamdulillah, akhirnya selepas mendapatkan rawatan, saya dibenarkan keluar wad pada Sabtu lalu selepas diberi beberapa suntikan antibiotik. Doktor kata, jika saya melengah-lengahkan untuk mendapatkan rawatan, berkemungkinan besar penyakit saya boleh jadi lebih teruk.

"Bayangkan ketika penggambaran di Singapura, saya terloncat sana sini di dalam hutan walaupun hujan. Mungkin penyakit saya alami itu berpunca dari sana. Doktor menasihatkan saya untuk rehat selama beberapa hari dan saya diminta untuk mengurangkan apa-apa aktiviti di hutan kerana takut jika penyakit itu datang semula.

"Apa-apa pun, mujurlah pihak produksi tersebut memberi insurans kepada setiap pelakonnya jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini," ujarnya yang gembira kerana sempat menyambut ulang tahun hari lahir anak sulungnya, Danish yang ke enam pada Ahad lalu.

Sementara itu, Aaron juga berterima kasih kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam yang melawatnya di hospital baru-baru ini.

Objek Hitam Melintasi Di depan Saya - Pemandu

MELAKA 11 Okt. – Seorang pemandu bas memaklumkan dia ternampak satu objek hitam seperti menerpa di hadapannya sebelum merempuh bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang sedang dipandunya.

Umar Yusop, 31, bagaimanapun terselamat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa 12 orang itu berkata, selepas itu dia tidak sedar apa-apa lagi sehingga dimaklumkan bahawa objek itu adalah bas Ekspres Delima yang terbabas dan melambung dari laluan bertentangan.

“Ketika itu cuaca amat baik. Sebaik sahaja ternampak objek hitam itu, saya segera menekan brek sebelum ia terus merempuh bas yang saya pandu,” katanya.

Umar adalah antara lebih 40 penumpang yang cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.

Nahas pada pukul 6.50 petang itu berlaku apabila sebuah bas Ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.

Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain.

Ia kemudian bertembung dengan bas dipandu Umar yang ketika itu membawa 36 peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Bukit Jalil.

Bagaimanapun, kesemua 36 penumpang itu dilaporkan selamat.

Mengimbas kembali detik kemalangan ngeri itu, Umar yang telah empat tahun memandu bas JKM berkata, pemanduannya berjalan lancar seperti biasa namun kemalangan itu berlaku begitu pantas.

“Ketika itu, saya memandu seperti biasa dan tidak berasa apa-apa yang pelik sehinggalah kemalangan itu berlaku dalam sekelip mata.

“Walaupun saya cedera di muka, patah tangan kanan dan tulang rusuk, saya bersyukur kerana terselamat dan semua penumpang saya juga tidak mengalami kecederaan,” katanya yang ditempatkan di Wad 1-3 Hospital Melaka di sini.

Rahimi: Siapa Bawa Masuk Pejabat Ketua Umum, Tanyalah DS Anwar......

Enggan menamakan sesiapa, Rahimi Osman meminta pihak berkenaan bertanyakan sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang siapakah yang membawanya masuk ke pejabat ketua umum PKR itu.

NONE"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri.

"Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi," kata bekas pembantu Anwar itu.

Rahimi (
kanan) dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan yang didakwanya tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR, iaitu siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?

mustafa kamil ayubMustaffa (kiri) juga mempertikaikan kenapa Rahimi "beriya-iya" mahu memadamkan nama Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor sekarang, sedangkan kedua-dua mereka begitu berdiam diri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Rahimi juga menjelaskan beliau langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan yang mengatakan beliau seorang sahaja beriya-iya mempertahankan Najib dan Rosmah sedangkan kedua-dua mereka cuma berdiam diri.

"Saya bukannya beriya-iya untuk mempertahankan perdana menteri dan isteri. Lagipun sebagai PM, kenapa pula dia perlu buang masa untuk melayan perkara-perkara sebegini sedangkan ia dalam siasatan polis.

'Tak baca berita?'

"Biarlah polis buat kerja," katanya sambil menyifatkan Mustaffa sebagai terdesak dan "kurang perhatian" daripada bosnya sendiri.

Lagipun, menurut Rahimi, lebih penting bagi perdana menteri memfokuskan kepada tugas utama sebagai 'kapten' yang mengemudi Malaysia.

Beliau juga menyelar tindakan pihak tertentu yang terus mempersoalkan kenapa beliau mengambil tindakan itu sekarang, walaupun mendakwa dipaksa menandatangani akuan bersumpah itu pada 2008 lagi.

azlanMenurutnya, persoalan itu telah pun dijawab dengan penuh terperinci dan disiarkan dalam akhbar.

"Cita-citanya ingin bertanding jawatan tinggi dalam PKR, tetapi nampak sangat dia sendiri tak baca berita. Macam mana nak jadi pemimpin?

"Nasihat saya, lain kali kalau nak cakap gunalah akal dahulu, jangan terlalu terdesak mencari populariti untuk meraih undi ahli serta mendapatkan pujian dan sokongan pemimpin atasan yang sebenarnya memandang rendah pada mereka," kata Rahimi.

Minggu lepas, Rahimi mendakwa dipaksa dua peguam PKR Latheefa koya dan Saiful Izham Ramli untuk menandatangani akuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes dakwaan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Latheefa dan Saiful - kedua-duanya juga pemimpin PKR - bagaimanapun menafikannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.