PETALING JAYA: Pelakon muda yang dikaitkan dengan kontroversi video bogel di beberapa laman blog, Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah.
Pelakon berusia 19 tahun itu berkata, dia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.
Kehidupan Melia Aimiellia kini porak-peranda ekoran kontroversi fitnah video bogel yang tersebar di laman-laman blog hiburan.
“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.
“Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.
Pelakon filem Karipap-Karipap Cinta itu berkata, susulan kecaman dan pertikaian anggota keluarga yang lain, mereka sekeluarga kini lebih selesa untuk menghadapi situasi genting itu tanpa sokongan dan kepercayaan ahli keluarga yang lain.
“Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.
“Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian,” katanya dengan nada sebak.
Melia berkata ekoran impak terburuk yang melanda keluarganya itu, dia bertekad untuk tidak melepaskan pengendali blog berkenaan yang bertanggungjawab sehingga mencetuskan kontroversi ini.
“Terlalu banyak percanggahan fakta pada kenyataan yang dikeluarkan pengendali blog itu pada akhbar tersebut. Saya mempunyai bukti dan rekod perbualan kami sebelum ini.
“Saya tidak akan berdiam diri. Saya sudah membuat laporan polis dan menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang terjejas tanpa sebarang tawaran lakonan pada waktu ini.
Pengendali sebuah laman blog hiburan pada Isnin membuat pendedahan di sebuah akhbar dengan menafikan telah membuat teknik pertindihan gambar (superimpose) terhadap wajah Melia Aimiellia untuk dikeluarkan pada blog berkenaan.
Ia sebagai menepis dakwaan artis tersebut yang menuduh mereka cuba menjatuhkannya dengan melakukan tenik tersebut.
Sementara itu sumber polis berkata, mana-mana individu tidak kiralah penulis bloq ataupun orang awam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah.
Isu Video Lucah Melia Aimiellia : Rotikaya.com Ada Bukti Sahih
Isu video separa lucah didakawa milik Melia Aimiellia dibangkit kembali setelah ianya sepi seketika. Jika sebelum ini, gosip mengenainya tersebar meluas di Internet menerusi laman-laman blog dan portal hiburan.
Melia atau nama sebenarnya Noor Melia Aimiellia Zaidi menafikan sekeras-kerasnya bahawa individu di dalam rakaman video itu bukan dirinya biarpun sebelum ini ada yang membandingkan persamaan cincin di dalam rakaman tersebut adalah sama seperti miliknya.
Terbaru, akhbar tempatan Harian Metro bertarikh 12 Mac 2012 telah menjadikan isu ini sebagai tajuk utama mereka. Difahamkan, Pemilik blog yang menyebarkan gosip ini diwawancara dan mereka menjelaskan dakwaan mereka mengenainya benar berdasarkan bukti yang ada.
KUALA LUMPUR: “Kami tidak pernah melakukan ‘superimpose’ atau berniat mengaibkan dia. Apa yang kami paparkan pada blog itu benar dan kami ada bukti sahih,” kata Nor Hamzie Hambali, 27, juga pemilik blog hiburan popular, RotiKaya.com menjawab dakwaan pelakon, Melia Aimelia mengenai penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini.
Pelakon yang sebelum ini pernah membintangi filem Karipap-Karipap Cinta itu semalam menafikan di sebuah akhbar kononnya gambar bogel yang disiarkan blog hiburan itu tidak benar dan satu fitnah yang bertujuan mengaibkan.
Melia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa dirinya difitnah blog hiburan berkenaan.
Hamzie yang ditemui semalam menyifatkan tindakan Melia sebagai mengikut rasa marah semata-mata tanpa memikirkan kesannya kemudian hari.
“Kami ada video gambar bogel milik Melia yang diberikan seorang aktor terkenal sebelum ini. Lantas sebagai penyelia sebuah laman sesawang gosip artis hiburan, kami melaporkannya.