TERKINI!!! Zul Ariffin Sudah Tinggalkan Abby Abadi - Merana dan Segsara Lagi Bekas Janda Norman Hakim...


Tak pasti sama ada berita ini benar atau sekadar luahan perasaan seorang pasangan yang sedang bertengkar. Tapi ini snippet yang dikeluarkan di blog Abby Abadi sendiri semalam. Tuh la kak Abby, peminat dah warning tapi degil.
Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(
Sy……… mmmm, di duga lagi…… Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA….. Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya……… Sy pun mengharap ‘sesuatu yg terbaik’ sebenarnya… tp INILAH TAKDIR SAYA :)
Sy sedih…….. sgt sedih utk terima ‘kehilangan’ ini………. tp Sy takde kuasa utk ubah keadaan. Sy cuma nk org yg Sy sayang bahagia dgn apa yg dia mahukan. Insyallah, masa susahpun buleh jer cari Sy. :,)
“SELAMAT ULANGTAHUN YG KE 25″

Rosmah Mansor dan PM Najib Akan Tunaikan Ibadah Haji.... Sumber Dalaman Jangka PRU 13 Pada 10 Disember 2011 - Benarkah???


REMBAU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka bubar parlimen pada 11 November depan bagi membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sekembalinya dari Mekah sekitar 6 November, seterusnya 1 Disember akan diumumkan sebagai hari penamaan calon dan 10 Disember (Sabtu) sebagai hari mengundi.

Demikian menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Mengikut maklumat sumber dalaman yang beliau terima, tahun ini Najib dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor akan menunaikan ibadah Haji dan akan pergi ke Mekah dengan penerbangan terakhir.

Pemergian beliau ini juga dikaitkan dengan pembinaan dan pembaikan imej beliau dan isterinya yang teruk tercalar dengan beberapa isu.

“Diyakini telah disusun liputan media yang akan menyiarkan imej dan visual pasangan suami isteri ini mengerjakan ibadah Haji untuk memberikan satu persepsi baru kepada orang ramai khususnya dalam usaha mengepung undi orang Melayu.

“Jangan terkejut nanti kalau imej atau klip video Najib dan Rosmah memasuki Kaabah akan dimainkan tiap malam.

“Najib dan Rosmah dijadualkan balik dengan pesawat penerbangan khas sekitar 6 November. Selepas itu dia akan mengukur kejayaan misi hajinya selain dari membuat beberapa keputusan akhir menjelang tarikh penting 11 November”, katanya.

Nombor bertuah

CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau memberitahu bahawa beliau difahamkan Najib memilih tarikh 11, 01 dan 10 kerana angka berkaitan 1 ini sengaja dipilih kerana mengikut nasihat paranormal dan tukang tilik yang menyatakan nombor berkaitan 1 merupakan nombor bertuah bagi Najib dan Rosmah.

Diyakini sehingga hari ini dari maklumat dalaman bahawa sah Najib akan mengikut tarikh ini walaupun ada pihak yang menasihatinya agar jangan mengadakan PRU awal dan secara mengejut.

“Pilihan raya awal ini dipercayai juga kerana krisis dalaman Umno yang semakin meruncing. Sudah ada pihak yang mahu menjatuhkan Najib dalam Umno sendiri. Najib tidak boleh membiarkan gejala ini merebak. Mereka yang terlibat perlu disingkirkan.

Namun sebelum itu Najib perlu mendapat mandat baru dan memastikan majoriti yang dinamakan sebagai calon PRU perlulah individu yang boleh menyokong beliau tanpa belah bagi”, ujar CheguBard.

Sementara itu, CheguBard turut menyatakan kebimbangan beliau bahawa Najib akan adakan PRU tanpa menunggu proses penambahbaikan pilihanraya.

Pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat turun ke jalan raya sekitar di ibu kota bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil walaupun pihak berkuasa membuat berbagai sekatan dan halangan.

Najib sendiri akhirnya terpaksa mengakui bahawa kepincangan wujud dan proses pilihan raya memerlukan reformasi. Sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen diwujudkan untuk maksud tersebut.

Malangnya usaha Najib hanya pada kulit. Dalam mengumumkan langkah pemerkasaan demokrasi dalam negara tetapi beliau sendiri terus melakukan banyak kerja jahat dengan membunuh demokrasi ketika proses pilihan raya.

BN kurang ajar

“Isu penganugerahan istimewa orang asing dengan taraf warganegara secara mudah dengan syarat mengundi Barisan Nasional (BN) dilihat antara kemuncak kurang ajar BN ini.

“Justeru itu SAMM memberikan peringatan kepada Najib, Rosmah dan regim BN keseluruhannya, jangan ada sebarang PRU sehingga selesai proses penambahbaikan PRU khususnya melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0.

“Jika PRU diadakan sebelum proses reformasi maka PRU tersebut bakal menjadi PRU terkotor dalam sejarah negara,” ujar beliau.

Tegas CheguBard, “jika PRU tetap diadakan sebelum proses reformasi pilihan raya selesai maka PRU yang diadakan itu hanyalah penipuan dan hanya proses bohong yang hanya ingin memanjangkan hayat Umno dan BN.

“Najib dan regimnya mungkin boleh terus berdegil memanggil PRU dan jika ini berlaku yakinlah pasti akan ada mobilisasi terbesar rakyat dan SAMM tidak menolak kemungkinan kali ini bukan sekadar demonstrasi protes tetapi ia mobilisasi rakyat benar–benar untuk menumbangkan regim dan mobilisasi rakyat untuk memasuki Putrajaya”, tegas CheguBard.

Chegu Bard turut menegaskan mobilisasi rakyat kali ini akan benar–benar berwajah Malaysia dengan menolak sebarang sentimen perkauman.

“Dari pengamatan SAMM yang sama bergelumang di bawah, majoriti rakyat yang sedang terhimpit dengan kehidupan mereka, tidak redha BN terus mendapat mandat dengan cara menipu dan terus menghancurkan negara,” katanya.
-freemalaysiatoday-

Laporan Ketua Audit Negara 2010: Kajian Ringkas - Rupanya Ada Kepincangan....


KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna.

Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.
KEMENTERIAN PERTAHANAN
  1. Rak akhbar dan majalah :  RM 1445
  2. Ubahsuai katil : RM 950
  3. Katil Bujang : RM 700
  4. Kerusi Plastik : RM 761
  5. Meja Kayu kecil : RM 950


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
  1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika  tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
  2. Makanan tamat tempoh.
  3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.




KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.
  1. Laptop dan pencetak dengan  RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
  2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182:  638% lebih mahal.
  3. Radar X-Band dengan  RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
  4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827  : 1893% lebih mahal
  5. Marine Binocular  dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
  6. Walkie-Talkie dengan  RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal
JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :
  1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
  2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
  3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
  4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100,  beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
  5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG,  RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
  6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
  7. Laptop  dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


MAJLIS SUKAN NEGARA
MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga  RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

KEMENTERIAN KESIHATAN
Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif.


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut.
SYARIKAT GLC

1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan

Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja.

2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif

Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network.

3. Penurunan Pendapatan

Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion.

4. Kerugian

Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta.


5. Penurunan Untung Sebelum Cukai
Secara ringkasnya, 40.4% sayrikat GLC mengalami penurunan untung sebelum cukai. Berakhir 2009, RM 3.83 billion kerugian akibat penurunan untung sebelum cukai kepada RM 92.35 billion pada tahun 2009 berbanding RM 96.16 billion pada tahun 2008.

6. Pinjaman Belum Selesai

Terdapat 17 syarikat GLC yang menanggung hutang sehingga 2009 yang berjumlah lebih RM 12 Billion. Menduduki senarai tertinggi ialah, Perwaja Terengganu, Indah Water, Malaysia Debit Ventures dan Bank Pembangunan Malaysi Berhad.

Laporan Audit bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Setakat pengetahuan saya dalam hal ini, ia hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Kebarangkalian untuk lebih teruk atau lebih baik masih sangat besar.

Kajian ini pula adalah kajian ringkas yang tidak merangkumi perincian lain yang bakal mendedahkan lebih banyak kecacatan, pengkhianatan dan tidak amanah terhadap  pengurusan kewangan.

Sumber : Laporan Ketua Audit Negara 2010 : LINK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.