SUA RASA Kembali.. 4-6 Jun Di Stadium Darul Aman- Macam2 Ada : Jom Pakat2 Pi..

MB Kedah ditemubual oleh Pengacara Aziz Desa dalam rancangan Sua Rasa TV9, Nasi Lemak Kopi O

ALOR SETAR - Sua Rasa yang dibawakan khas oleh Celcom kembali ke Kedah di Stadium Darul Aman pada 4 dan 5 Jun ini.

Sua Rasa membawa makna bertemu dan berkumpul di samping mengeratkan silaturahim bersama keluarga sambil bersantai. Inilah yang ingin disampaikan oleh TV9 menerusi Sua Rasa.

Pelbagai program telah diatur bagi tatapan pengunjung selama dua hari itu. Menerusi slot Halaqah bakal diadakan pameran ‘Perjalanan Menuju Rohani’, bersama krew akademi Al-Quran 4, Tanyalah Ustaz ‘Perubahan Ufuk’ dan para pengunjung boleh menonton secara langsung rancangan Halaqah yang bertajuk ‘Merindui Allah’.

Bertepatan dengan konsep, Sua Rasa turut menyediakan program kepada kanak-kanak yang datang bersama keluarga. Antaranya adalah sesi karaoke Idola Kecil, bersama Upin, Ipin dan kawan-kawan, Fimie tanya adik jawab dan sand art.

Sebagai hiburan keluarga, TV9 menyediakan program mari berlakon bersama Pasukan Gerakan Marin, misi mencari personaliti TV9 serta eksklusif bersama Bintang Idola Kecil.

Pengunjung turut berpeluang melihat dan menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang disediakan di gerai-gerai seperti gerai TV9, Adik di 9, penaja utama Celcom, jabatan dan agensi kerajaan.

Pada masa yang sama, orang ramai bersama keluarga berpeluang bertemu dan bergambar bersama personaliti-personaliti TV9 di samping melihat dengan lebih dekat bagaimana krew Sua Rasa menyelenggara program-program siaran langsung dan juga rakaman.

Mulai Sekarang Kita Bertindak Sekeras-Kerasnya... Kuatkan Azam Untuk Berjihad..

'Merangkak di kawasan berlumuran darah' - Ashwad

Wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail nyaris terkena tembakan komando Israel yang menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara, pagi Isnin lalu.

Menceritakan insiden itu melalui telefon setelah dihubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, selepas dibebaskan tentera Israel pagi tadi, Ashwad berkata aktivis Turki di kiri dan kanannya terkena tembakan komando Israel ketika serangan itu.

Katanya, tentera Israel mula mengepung kapal misi mereka pada jam 11 malam dan menghampiri kapal mereka pada jam 2 pagi sebelum menyerang pada jam 4.30 pagi dengan sokongan bot dan kapal perang serta helikopter penggempur Apache.

"Kami diserang bertubi-tubi dan Alhamdulillah saya dan jurukamera, Shamsul (Kamal Abdul Latip), terselamat daripada tembakan di mana peluru hidup digunakan.

"Dua orang Turki di sebelah kiri dan kanan saya ditembak di bahagian tangan dan juga di bahagian bahu. Tapi saya sempat menyelamatkan diri dan merangkak turun dari dek kapal melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat di dalamnya.

"Saya merangkak di kawasan yang berlumuran darah dan ternyata pengalaman yang memeritkan untuk kita imbas kembali tetapi jika diperhatikan kami berjaya membuka mata dunia tentang apa yang berlaku.

"Saya tidak menjangkakan bahawasanya Israel boleh bertindak sedemikian kerana kami orang awam di dalam kapal tetapi tindakan ketenteraan yang dilakukan. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan," katanya dalam lintas langsung dari sempadan Jordan semasa berita Awani tengah hari ini.

Ashwad dan Shamsul adalah antara 12 sukarelawan negara yang ditawan bersama ratusan sukarelawan antarabangsa oleh tentera Israel kelmarin selepas kapal mereka diserang.

Sambil menyatakan kesyukuran dan penghargaan kepada semua pihak, khususnya kerajaan Malaysia, yang berusaha membebaskan mereka, Ashwad berkata pengalaman 28 jam ditahan tentera rejim Zionis itu amat memeritkan.

Katanya, keperitan yang dialami dalam tempoh singkat itu sudah cukup untuk beliau menyelami kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin akibat kezaliman rejim Zionis selama enam dekad konflik Palestin-Israel itu.

"Apa yang saya dapat simpulkan, 28 jam itu saya boleh rasakan pengalaman konflik enam dekad Israel-Palestin, kesengsaraan Palestin di bawah kekejaman rejim Zionis dalam masa 28 jam dan ternyata tidak dapat digalas dengan segala apa yang ada pada kita," katanya.

Ditanya bagaimana layanan tentera Israel terhadap mereka, Ashwad enggan menjawabnya dan hanya mahu seluruh penonton memahami kezaliman rejim Zionis itu terhadap rakyat Palestin selama enam dekad.

"Seperti yang saya katakan tadi, mesej saya ringkas, saya merasakan konflik enam dekad Palestin-Israel bagaimana Palestin ditindas tetapi saya merasakan dalam tempoh 24 hingga 28 jam.

"Saya harap penonton semua termasuk Zaiful dan ibu bapa saya sudah mendapat mesej itu, Tak perlu saya huraikan jenis apa yang telah dilakukan ke atas saya," katanya.

************************


MP Pokok Sena berkata satu penghargaan perlu diberikan kepada seorang krew Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang berasal dari Kedah yang memberanikan diri dan terpaksa menanggung risiko dalam menyertai misi berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengunjungi keluarga Ashwad Ismail di rumahnya di Lorong Kampung Pisang, di sini sambil mengadakan bacaan Yaasin memohon keselamatan semua peserta misi keamanan Selamatkan Gaza.

Kes liwat: Anwar tinjau semula kondo esok

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meninjau semula Kondominium Desa Damansara di sini, yang tertangguh semalam, pagi esok bagi membuktikan wujudnya unsur alibi dalam kes liwat yang beliau hadapi sekarang.

Salah seorang peguam Anwar, Sankara Nair menerusi pesanan SMS kepada wartawan hari ini mengesahkan bahawa polis telah memberi pasukan pembela lampu hijau untuk melawat kondominium tersebut.

Sankara berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada polis, pasukan pembela akan mempunyai akses ke unit milik Hassanuddin pada pukul 9 pagi esok.

“Hanya tiga peguam dan pelanggan dibenarkan akses ke kondominium,” katanya.

Usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menemui kegagalan untuk meninjau kondominium itu ekoran kekeliruan berhubung unit.

Pasukan peguam bela Anwar mahu melawat unit 11-5-2 Kondominium Desa Damansara, tetapi kunci yang dibekalkan semalam adalah bagi unit 11-5-1 - tempat di mana kejadian liwat didakwa berlaku oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pasukan pendakwa raya yang diketuai oleh Peguam Cara Kanan Datuk Yusof Zainal Abiden berkata, perbicaraan akan disambung dengan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur dijadual memberi keterangan.

Ketiga-tiga doktor itu memeriksa Saiful pada 28 Jun selepas dia membuat laporan polis.

Pun begitu kata Sankara, rancangan mereka untuk membawa pakar forensic dari Australia pagi esok akan diteruskan.

“Kami telah mengemukakan surat kepada mahkamah hari ini untuk memaklumkan mahkamah mengenai lawatan ke kondominium,” katanya.

“Esok, jika mahkamah membenarkan, kami akan melawat kondominium pada pukul 9 pagi dan akan kembali ke mahkamah pada pukul 10 pagi untuk meneruskan perbicaraan,” kata Sankara kepada The Malaysian Insider.

Peguam itu juga berkata mahkamah akan memutuskan esok sama ada mahu memanggil Saiful untuk memberi keterangan ataupun doktor terbabit.

“Doktor-doktor akan datang ke mahkamah, dan pakar perubatan pembela juga akan berada di sana,” kata Sankara.

Faez: Saya tidak larikan adik perempuan Saiful

Seorang lelaki berusia 27 tahun hari ini menafikan pengakuan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di mahkamah minggu lalu yang kononnya, dia melarikan diri dengan adik perempuan Saiful.

Faez Khairi (kiri) berkata adik Saiful - Saidati Adha, secara rela mengikutinya ke selatan Thailand untuk bernikah dengannya.

"Saya difahamkan bahawa Saiful membuat pengakuan di mahkamah pada Isnin lalu, bahawa saya dan Saidati melarikan diri dan perkahwinan kami adalah tidak sah.”

"Saya ingin menegaskan saya bernikah dengan Saidati pada Mac 2009 secara sah. Saya tidak pernah melarikannya. Malah, dia yang ingin mengikut saya dengan rela,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Faez, pernikahan mereka tidak mendapat restu dari bapa Saidati dan sijil nikah mereka dikoyakkan sekembali mereka dari Thailand.

Justeru, beliau ke negara itu sekali lagi dua bulan lalu untuk mendapatkan salinan sijil nikah itu.

Dalam perbicaraan liwat II Isnin lalu, Saiful ditanya mengenai keluarganya dan berkata ibubapanya telah bercerai ketika beliau berumur tujuh tahun dan beliau tinggal dengan bapanya dan adiknya, Saidati.

Menjawab soalan peguam Karpal Singh mengenai sama ada adiknya telah berkahwin, Saiful berkata pada tahun lalu adiknya telah dibawa lari ke Thailand dan beliau tidak pasti sama ada adiknya telah berkahwin atau tidak.

Dalam sidang media ini, Faez yang ditemani oleh peguam N Surendran berkata beliau berjumpa dengan Saiful sebanyak dua kali selepas berkahwin dengan Saidati.

Justeru, katanya, Saiful sepatutnya tahu kedua-dua mereka telah berkahwin.

Menurut Faez, dia ingin membersihkan nama dan maruahnya dan mengulangi bahawa perkahwinan itu adalah sah.

“Pengakuan Saiful di mahkamah telah memalukan saya,” kata Faez.

Wartawan Awani: ‘Kami diserang bertubi bertubi komando Israel’


KUALA LUMPUR, 2 Jun – Kesemua 12 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa serangan Israel ketika dalam perjalanan ke Gaza menyertai misi kemanusiaan kelmarin telah tiba dengan selamat di Jordan hari ini.

Mereka termasuklah dua wartawan Astro Awani.

Pagi tadi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berlepas ke Jordan untuk mengusahakan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditahan ketika tentera Israel menyerang kapal yang mereka naiki bersama sukarelawan antarabangsa dalam perjalanan untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.

Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, “Mavi Marmara”, dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Kesemua 12 rakyat Malaysia sudah dibebaskan dan kini berada di Jordan, kata wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, yang juga merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia yang turut berada di atas kapal itu semasa ia diserang.

Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, Ashwad berkata mereka berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan daripada beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan, dan kini dalam perjalanan ke Amman.

“Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami,” kata Ashwad, 25, yang dihubungi oleh stesen itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Dua belas rakyat Malaysia, yang berada di atas kapal Mavi Marmara, yang diserang Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan di Jordan hari ini. — Gambar Bernama
Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.

Katanya kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi.

“Tentera Israel mengepung kami dari semua pelosok... mereka menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter,” katanya.

Menurut beliau, tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata, seperti air dari pili bomba.

“Kami diserang bertubi bertubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Samsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu,” katanya.

“Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat... kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah ... ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian... kami hanya orang awam,” tambah beliau.

Ditanya keadaan Samsulkamal Abdul Latip, Ashwad berkata beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel, dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.

Beliau berkata kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air.

Selcat persoal bonus kakitangan KSSB

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) mempersoalkan pemberian bonus enam bulan kepada kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam tempoh September 2008 hingga Jun 2009, sedangkan syarikat baru ditubuhkan pada Julai 2008.

KSSB adalah syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Pengerusinya, Teng Chang Khim, pada hari pertama sesi pendengaran awam membabitkan salah gunakuasa KSSB, juga mempersoalkan kewajaran pemberian bonus itu.

Menurut beliau, sedangkan pada ketika itu, syarikat berkenaan hanya mempunyai dua lombong saja yang beroperasi.

Sebelum itu, Pengerusi Bukan Eksekutif KSSB, Abdul Shukor Nagor, memberitahu panel Selcat , pemberian bonus dibuat secara dua peringkat iaitu bonus dua bulan gaji pada akhir Disember 2008 dan empat bulan gaji antara Januari hingga Jun 2009.

Katanya, s
ecara purata, seseorang kakitangan memperolehi bonus sebanyak 3.49 bulan gaji sepanjang tempoh sembilan bulan bekerja dengan syarikat itu.

Shukor berkata bayaran bonus kepada kakitangan KSSB dibuat kerana mereka bekerja keras sehingga menyaksikan syarikat itu membuat keuntungan RM7 juta pada Jun 2008.

Katanya lagi, mereka juga bekerja di industri yang mencabar dan sering-kali menghadapi ancaman dan sebagai rekod, 40 laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

Bagaimanpun Teng tidak membeli hujah itu dan berkata: “Anda adalah monopoli di Selangor, apa yang begitu susah?”

Teng juga mempersoalkan keputusan KSSB dan berkata tidak ada syarikat yang akan memberikan bayaran bonus selumayan begitu.

"Anda bekerja untuk empat bulan dan mendapat dua bulan bonus. Jadi jika anda bekerja sepanjang tahun, anda menjangkakan bonus enam bulan,” katanya.

Pad

a pendengaran awam hari ini, exco Selangor, Yaakob Sapari adalah saksi pertama yang dihadapkan ke Selcat yang memulakan perbicaran tiga harinya berhubung skandal perlombongan pasir secara haram.

Yaakob (kiri, tanpa kaca mata) diasak dengan pelbagai soalan yang dilontarkan oleh Selcat selama satu jam setengah sebelum berakhir pada 11.30 pagi hari ini.

Saksi kedua yang diminta memberi keterangan ialah Pengarah, Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Abdul Nasir Hassan.

A
hli parlimen Kapar Manikavasagam - pemimpin PKR yang mencetuskan kontroversi apabila mendakwa mempunyai bukti dan senarai saksi bagi menyokong dakwaannya bahawa Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dimiliki kerajaan negeri Selangor terbabit dalam skandal itu dijadual memberi keterangannya esok.

Bagaimanapun dalam laporan semalam, difahamkan Manikavasagam tidak akan hadir kerana mendapat arahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada berbuat demikian.

Turut hadir pertama kali sebagai anggota panel Selcat hari ini ialah dua wakil rakyat Barisan Nasional.

Mereka ialah Ismail Sani, yang merupakan ADUN Dusun Tua dan Sulaiman Abdul Razak dari Permatang.

Kedua-dua mereka memulaukan sidang Selcat tahun lalu.

Anggota lain ialah Teng Chang Khim selaku Speaker, Haniza Talha (PKR-Taman Medan) bertindak sebagai timbalan pengerusi, Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) dan Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing).

12 Rakyat Malaysia Ditawan Israel Sudah Dibebaskan

Semua 12 rakyat Malaysia yang ditawan oleh tentera Israel semasa kapal Mavi Marmara diserang pagi Isnin lalu disahkan selamat.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail yang menghubungi bilik beritanya di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ashwad adalah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang ditahan itu.

Semua mereka kini berada di sempadan di Jordan sementara menunggu persiapan bagi membawa mereka pulang ke Malaysia.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau.

Sementara itu menurut laporan AP, seramai 124 aktivis pro-Palestin dari 12 negara Islam termasuk Malaysia tiba di Jordan hari ini selepas dibebaskan oleh Israel.

Kumpulan itu yang ditahan dalam serangan komando Israel ke atas flotila bantuan Gaza kelmarin menyeberangi Jambatan Allenby ke Jordan dengan menaiki lima bas.

Pegawai tentera Jordan, Brigadier Mahmoud Abu Jumaa berkata, negaranya akan membantu menghantar pulang aktivis itu ke negara masing-masing dengan kerjasama kerajaan mereka.

Aktivis yang dibebaskan itu terdiri daripada rakyat Malaysia, Azerbaijan, Indonesia, Pakistan, Algeria, Jordan, Kuwait, Maghribi, Mauritania, Yemen, Oman dan Bahrain.

Tekanan Antarabangsa Israel Mula bebaskan tawanan

Israel, yang menghadapi tekanan antarabangsa berhubung serangannya ke atas flotila kemanusian yang menghantar bantuan kepada Gaza, Isnin lalu bersetuju membebaskan semua tawanannya dari kapal Mavi Marmara, termasuk 12 rakyat Malaysia.

Menurut laporan Reuters, rejim Yahudi itu dijangka menghalau semua 682 aktivis pro-Palestin yang ditawan itu, membabitkan 35 negara.

Pada kejadian itu, sembilan orang dilaporkan terbunuh manakala puluhan yang lain cedera.

Sebelum ini, rejim Israel itu dilaporkan akan mendakwa sebahagian daripada aktivis berkenaan.

Jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata semua tahan akan diusir secepat mungkin dan rejim Zionis itu berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh 48 jam ini.

Sementara itu, AFP melaporkan kira-kira 50 aktivis Turki yang ditahan dalam serbuan tentera Israel itu mula dibebaskan dari penjara, hari ini.

"Kumpulan pertama terdiri 50 negara Turki sudah meninggalkan penjara Beersheva menggunakan bas ke Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv sebelum pulang ke tanah air mereka," kata pegawai kerajaan Israel.

Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kini dalam perjalanan ke Jordan bagi menguruskan pembebasan 12 rakyat Malaysia yang ditawan pihak Israel itu.

Beliau berlepas ke Jordan pada jam 10.15 pagi tadi dan dijangka tiba di Amman pada jam 1.30 tengahari waktu Malaysia.

“Anifah diiringi beberapa pegawai Wisma Putra,” kata seorang pembantu beliau.

Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk dua wartawan stesen televisyen Astro Awani berada dalam kapal Turki, "Mavi Marmara", dan mereka dilaporkan selamat dalam serangan itu yang mengakibatkan beberapa sukarelawan terbunuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengarahkan Wisma Putra menggunakan semua saluran bagi membebaskan semua tawanan Malaysia yang berada di kapal itu.

Anifah memberitahu pemberita semalam bahawa Wisma Putra sedang mengenal pasti lokasi di mana kesemua rakyat Malaysia itu kini berada.

Jordan dan Turki sudah menyatakan kesediaan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia itu.

PM Jepun Umum Letak Jawatan - Hanya Lapan Bulan Sebagai PM

Hatoyama diberi tepukan selepas mengumumkan perletakan jawatannya. — Gambar Reuters

TOKYO, 2 Jun — Perdana Menteri Jepun yang tidak popular Yukio Hatoyama hari ini mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan ketika partinya sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya dewan tertinggi Parlimen bulan depan.

Selain beliau, Ichiro Ozawa juga akan melepaskan jawatan nombor dua partinya.

Tekanan ke atas Parti Demokratik Jepun pimpinan Hatoyama meningkat hanya selepas lapan bulan dipilih sebagai perdana menteri setelah memenangi pilihan raya umum.

Mereka memutuskan demikian di sebalik isu Marin Amerika Syarikat.

Pilihan raya umum dewan tertinggi Parlimen dijangka berlangsung 11 Julai. — Reuters

Kabinet Malaysia Bukan Kabinet Rakyat, Terlalu Ramai Senator MP BN Tidak Layak Termasuk KJ

Penyenaraian lebih banyak senator dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam, memberi tanggapan bahawa ahli parlimen BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kebanyakan ahli-ahli parlimen yang kanan di Dewan Rakyat mungkin tidak layak menjadi menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru ini," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemimpin Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR, Tropicana lewat petang semalam.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh mencabar Najib supaya mengadakan pilihan raya kecil dengan meletakkan para senator baru dilantik bertanding dan menjadi ahli parlimen bagi menggantikan ahli parlimen BN yang sedia ada.

"Elok Datuk Seri Najib adakan suatu pilihan raya kecil untuk memilih dari kalangan senator-senator terbabit menjadi ahli parlimen, ganti mana-mana ahli parlimen BN yang dirasakan Najib tidak layak," katanya.

Bukan Kabinet Rakyat

Terdahulu, penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoal tindakan Najib melantik sebegitu ramai senator untuk menganggotai kabinet barunya.

Kata Lim, perlantikan berkenaan langsung tidak mencerminkan sebuah 'Kabinet Rakyat'.

Ini kerana, menurut ahli parlimen Ipoh Timur itu, senator yang dilantik itu bukannya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang demokratik, tetapi dipilih oleh Najib berasaskan kepentingan politik sempit parti-parti komponen BN semata-mata.

Menurut Lim lagi, tindakan Najib melantik lebih ramai pemimpin MCA walaupun mungkin untuk menangani konflik kepentingan dalam parti perkauman Cina itu, tetapi perlantikan tersebut adalah sia-sia.

"Saya tidak nampak (perlantikan) ini sebagai suatu nilai tambah untuk MCA dan BN tidak mungkin boleh memulihkan keyakinan rakyat dengan perlantikan itu," katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula mengganggap pembentukan kabinet yang baru itu semata-mata untuk memulihkan kepercayaan rakyat.

Kabinet masalah MCA

Perlantikan tersebut menurut beliau, sebenarnya lebih untuk menangani masalah dalaman MCA dan BN sendiri.

Petang semalam, Najib mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Seri Kong Cho Ha yang kini menjadi Menteri Pengangkutan, menggantikan Tee Keat.

Beliau juga mengumumkan pelantikan dua ahli parlimen sebagai timbalan menteri iaitu MP Serian, Datuk Richard Riot Jaem sebagai Timbalan Menteri Luar dan MP Labis yang juga anak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Empat senator turut dilantik sebagai timbalan menteri yang baru ialah bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi; Datuk Donald Lim Siang Chai (Timbalan Menteri Kewangan); Naib Presiden Kanan Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Maglin Dennis D'Cruz (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) dan Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Katanya, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Senator Gan Ping Shou@Gan Ping Sieu sebagai ahli Dewan Negara.

Perlantikan Baru Menteri Dan Timbalan Menteri Bukannya Sekadar Untuk Penuhi Kuota

nb

Maka berakhirlah pelbagai desas desus dan spekulasi mengenai rombakan kabinet, satu perkara yang menjadi perbualan ramai sejak akhir-akhir ini. Akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan rombakan kecil Kabinet yang menyaksikan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat digugurkan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung dilantik sebagai menteri penuh.

Beliau juga melantik dua Anggota Parlimen dan empat senator sebagai timbalan menteri yang baru, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri kepada Bernama.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda pada jam 3.30 petang Jumaat ini (4 Jun) di Istana Negara.

Malangnya entah dari mana sumber yang mereka dapat, portal Malaysiakini.com dalam versi awalnya memberitahu kononnya timbalan menteri dari UMNO seperti Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Johari Baharom telah disingkirkan oleh Najib dalam rombakan kecil tersebut, pulak!

Walaupun pilihan raya umum sudah semakin menghampiri tempohnya, namun Unta Belang ingin mengingatkan semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik, perlantikan mereka bukannya 'saja-saja' atau sekadar hendak memenuhi kuota.

Secara umumnya, Unta Belang difahamkan yang tanggungjawab menteri-menteri Kabinet adalah merupakan suatu konvensyen perlembagaan yang penting di negara kita yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ini

Mereka bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan peribadinya dan setiap menteri adalah bertanggungjawab kepada Parlimen atas segala tindakan (act) atau ketinggalan (omission) yang dilakukan oleh kementeriannya atau kakitangan dan pegawai-pegawai atasan kementeriannya

Oleh yang demikian, Unta Belang ingin tegaskan yang setiap menteri atau timbalannya tidak patut terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan maruah Parlimen seperti skandal seks, rasuah atau salah guna kuasa.

Untuk itu, menteri dan timbalan menteri perlu memantau segala perjalanan kementeriannya bagi memastikan ianya sejajar dengan kehendak yang telah ditentukan oleh perundangan dan pemerintahan negara.

Unta Belang difahamkan, mereka juga mesti bergerak secara berjamaah atau satu pasukan dalam memastikan kesinambungan pembangunan negara akan dapat dicapai dengan jayanya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya garis panduan tanggungjawab ini adalah merupakan suatu konvensyen yang telah DIKANUNKAN.

Lebih penting pada itu, Unta Belang diberitahu yang semua menteri mestilah bertindak dalam memberikan persetujuan dan sokongan terhadap segala dasar dan keputusan yang dibuat oleh kabinet.

Sekiranya mereka tidak berpuashati terhadap dasar atau keputusan tersebut, mereka hendaklah samada menerima keputusan yang dibuat atau meletakkan jawatannya sebagai menteri kabinet.

Unta Belang ingin tegaskan, walaupun ditakdirkan hanya sehari bertahan sebagai menteri atau timbalan, mereka tetap perlu menjalankan tugas secara 'all-out'

Ini adalah amanah dan sudah tentu amanah ini perlu dijalankan dengan sebaik mungkin.

Individu yang dilantik tidak boleh sekadar berlagak dengan 'title' yang dimilikinya, sebaliknya mereka perlu membuktikan kepada Perdana Menteri dan rakyat yang pemilihan mereka adalah tepat dan kena pada masanya.

Tahniah dan syabas kepada semua yang dilantik, tetapi ingat, rakyat sudah semakin cerdik, landskap politik juga semakin berubah. Kalau dulu jangan kata jadi menteri, jadi wakil rakyat pun dah dikira hebat namun kini tidak lagi.

Kehebatan seseorang menteri dan timbalannya bukan lagi dinilai melalui penampilan, percakapan atau imejnya, kini rakyat lebih teruja untuk menilai mereka melalui keputusan yang mereka buat dan kesungguhan yang mereka beri.

Kalau mereka masih gagal membaca mesej ini, silap haribulan inilah kali pertama dan terakhir mereka berada di Putrajaya!

Oleh UNTA BELANG

Inilah rupa Komandan Pasukan Israel Yang Menyerang Kapal Bantuan Kemanusiaan Mavi Marmara

Inilah rupa Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dinihari Isnin (31/5) semalam. Ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.


[ERAMUSLIM] Komandan pasukan Israel yang menyerang kapal pengangkut aktivis dan bantuan kemanusiaan Mavi Marmara untuk Gaza pada dini hari Senin (31/5) kemarin ternyata seorang China-Israel, Laksamana Eliezer Maron.

Maron merupakan ketua intelijen angkatan kelautan Israel yang pada awal tahun lalu sempat dihebohkan oleh skandal Go-Go Girls Club dimana Maron tertangkap berpesta di sebuah klab tari telanjang di Tel Aviv.

Marom merupakan peranakan dari ayah China totok yang hidup sebagai pengungsian di Jerman pada masa perang dunia dua, dan ibu keturunan China-Rusia yang memeluk Yahudi. Orang tua Marom pindah ke Israel setelah negara itu berdiri pada tahun 1948. Marom sendiri menikah dengan seorang perempuan Israel keturunan Asia.

Kantor berita Alarabiya (1/6) melansir, Maromlah yang memberikan perintah kepada pasukan AL Israel untuk mencekal dan menyerang kapal Mavi Marmara, dan menewaskan dari 20 orang aktivis kemanusiaan di kapal itu. Meski demikian, kapal Mavi Marmara yang diserang itu ternyata dikabarkan bukan kapal yang dikehendaki Israel.

Akibat peristiwa itu pula, Marom menuai banyak kecaman dari berbagai pihak di dalam negeri Israel dan menuntutnya untuk mundur dari jabatannya. (ags/aby)

Liciknya Regim Zionis: Culik Di Luar Israel, Di Bawa Ke Israel di Minta Tandatangan Dokumen Masuk Secara Haram..

BAITULMAQDIS: Israel menghantar pulang berpuluh-puluh aktivis tetapi masih menahan beratus-ratus lagi semalam, sehari selepas komandonya membunuh sembilan orang apabila mereka merempuh masuk ke sebuah kapal bantuan yang dalam pelayaran ke Gaza.
Daripada 682 orang dari 42 negara yang berada di dalam enam kapal yang ditarik ke pelabuhan Israel, 45 bersetuju untuk dihantar pulang dengan serta-merta kelmarin dan semalam, kata jurucakap imigresen, Sabine Hadad.

Yang lain dibawa ke penjara Beersheva di selatan Israel, di mana hakim imigresen memproses mereka bagi tujuan penghantaran pulang, katanya.

“Mengikut undang-undang, ia akan hanya mengambil masa beberapa hari saja,” kata Sabine.

Kira-kira 48 rakyat asing dirawat di hospital Israel, begitu juga dengan enam askar yang menaiki kapal berkenaan, lapor radio awam.

Turki akan menghantar tiga pesawat ambulans ke Israel untuk membawa pulang 20 daripada warganya yang cedera.
Daripada jumlah yang menaiki bot terbabit, 380 adalah rakyat Turki, 38 dari Greece, 31 dari Britain, 30 dari Jordan, 28 dari Algeria, sebilangan lagi dari Australia, Itali, Indonesia, Ireland dan negara lain, kata Sabine.

Sekurang-kurangnya empat rakyat Turki adalah antara sembilan yang terkorban dalam serbuan komando itu yang dilakukan di kawasan perairan antarabangsa, menurut seorang diplomat Turki, sementara 19 rakyat Turki lain dilaporkan termasuk dalam senarai mereka yang sudah dihantar pulang.

Mereka yang masih dalam tahanan dikatakan enggan menandatangani arahan diusir keluar.

Menteri Luar Ireland, Micheal Martin mendesak pembebasan tanpa syarat tujuh warga Ireland yang ditahan.

“Ketujuh-tujuh individu berkenaan tidak memasuki Israel secara haram, tetapi mereka dirampas dari kawasan perairan antarabangsa, dibawa ke Israel dan diminta menandatangani dokumen yang mengesahkan mereka masuk secara haram,” katanya. – AFP

Israel Sumbat Aktivis Ke Penjara Kerana Menyertai Konvoi Kapal Perang : Jurucakap Israel

mn
Seramai 610 aktivis asing yang ditangkap kerana menyertai konvoi kapal perang dalam armada kecil dikenali sebagai Flotila Kebebasan Gaza kini ditahan di sebuah penjara di selatan Israel, kata seorang jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel semalam.

Seramai 45 aktivis lagi yang mengikuti konvoi enam kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza itu telah diusir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, Israel.

Dalam konvoi itu, seramai 18 warga Malaysia turut menaiki dua buah kapal penghantar bantuan tersebut sebelum mereka ditangkap dalam serbuan komando-komando Israel pada awal pagi kelmarin di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.

Jurucakap perkhidmatan penjara itu berkata, semua tahanan asing itu berada dalam keadaan baik dan mereka ditempatkan di dalam lokap yang boleh menempatkan dua atau empat orang tahanan.

Aktivis-aktivis itu ditahan di sebuah penjara jenayah baru yang baru dibuka sejak 11 hari lalu di bandar Barsheeba, selatan Israel yang mempunyai kapasiti untuk menempatkan sehingga 800 banduan.

Kebanyakan aktivis yang tiba pada lewat kelmarin dan pagi semalam tidak membawa sebarang barangan milik peribadi.

Aktivis-aktivis itu diberikan pakaian dalam, alat kelengkapan dandanan diri, selipar, selimut dan makanan.

KELUARGA HJ JAMULIDDIN DI ZIARAHI YAYASAN AMAL


Sebaik sampai di KLIA dari Instanbul, rombongan Yayasan Amal Malaysia (YAM) yang diketuai oleh Cikgu Hj Husein Ismail terus bergegas ke rumah Hj Jamuledin Elias, Timbalan Presiden YAM di Kg. Delek, Kelang. Hj Jamuledin adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mewakili YAM ke Gaza yang telah ditahan oleh Israel bersama dengan ratusan aktivis Ngo seluruh dunia.

Kedatangan kami disambut oleh isteri, ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh penduduk Kg. Delek yang ingin tahu perkembangan selanjutnya nasib Jamuledin dan rakan-rakan yang lain. Beberapa wartawan juga turut hadir menyambut kedatangan kami.
Dalam Kesempatan tersebut, Presiden YAM telah membuat sidang akhbar bagi menjelaskan isu tersebut. Presiden YAM Cikgu Husein Ismail menjelaskan bahawa YAM telah membawa dua misi kemanusian di Istanbul Turki.

Misi pertama menyertai Lifeline4 Gaza, YAM diwakili oleh Jamuleddin bersama rakan-rakan Ngo yang lain dari Malaysia dan bergabung dengan ratusan Ngo Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia. Ia diketuai oleh Ngo IHH dari Turki.
Manakala Misi kedua pula menyertai Konvensyen Kesatuan Komuniti Islam Antarabangsa ke 19 yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi dan Sosial (ESAM) yang berpangkalan di Instanbul sempena dengan sambutan memperingati 557 tahun penaklukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad AlFateh. Antara isu yang dibincangkan ialah krisis kemanusian di Gaza dimana wakil HAMAS turut menyampaikan ucapan menjelaskan perkembangan terkini di Gaza.

Pada hari pembukaan konvensyen tersebut, Misi kemanusian Lifeline4 Gaza berlepas ke Gaza melalui kapal Mavi Marmara milik Turki. Kapal tersebut membawa 7 ribu tan bekalan makanan dan kesihatan serta 700 aktivis Ngo dari serata dunia. Malaysia termasuk dalam rombongan tersebut dan sdr jamuledin salah seorang daripadanya. Menurut Cikgu Husein, YAM sentiasa mengikuti perkembangan operasi ini dari Instanbul, perkembangan terkini perjalanan misi kemanusiaan sentiasa disampaikan oleh sdr. Jamal melalui pesanan SMS dan telepon selain melalui internet. Al Jazeera, Al Arabiyah dan sumber-sumber media tempatan di Turki.

Perhubungan komunikasi terputus selepas tentera Israel menceroboh dan menawan Mavi Marmara. Kesemua rombongan yang menyertai misi ini ditahan oleh Israel di Haifa. Sehingga sekarang, YAM putus hubungan dengan sdr. Jamuleddin. Walau bagaimanapun YAM sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini melalui rangkaiannya di Isntanbul, Mesir dan Dubai. Berita terkini semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

YAM telah mengambil beberapa langkah ke arah membantu pembebasan rakyat Malaysia khususnya dan seluruh aktivis yang lain melalui saluran diplomatik di Dubai dan Jordan.

YAM juga meminta kerajaan Malaysia mengambil pendiriran dan tindakan tegas melalui saluran antarabangsa agar Israel diberi tekanan supaya kesemua tahanan dibebaskan.

Kesempatan itu juga, YAM telah menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai kepada Isteri Hj Jamuliddin bagi meringankan bebas dan mengharapkan semua umat Islam menunaikan solat hajat agar keselamatan Hj Jamal dan seluruh aktivis Ngo dilindugi Allah. Isteri Hj Jamuledin dan anak-anaknya kelihatan sabar dan tenang menghadapi dugaan ini dan menyerahkan kesemuanya kepada Allah swt.


Kompleks PAS Putrajaya : Mari Pakat2 Sertai Skim Akhirat - Sumbanglah Untuk Kemenangan Islam

Usaha Pas membina sebuah kompleks berhampiran pusat rekreasi Paya Indah Wetland, berhampiran Putrajaya.

Difahamkan, kompleks bernilai RM27 juta berkenaan bakal dilengkapi sebuah dewan persidangan, pusat latihan, balai Islam, lot perniagaan dan kawasan perumahan.

Dewan persidangan di kompleks berkenaan mampu memuatkan 8000 orang dalam sesuatu masa, manakala pusat latihan yang dibina serba moden dengan kelengkapan terkini, di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Seorang penduduk, Osman Kamal berkata, kedudukan Kompleks Pas yang akan dibina adalah strategik kerana hanya kira-kira 15 minit perjalanan ke Putrajaya.

“Dengan pembinaan kompleks tersebut, menjadi persediaan Pas untuk mentadbir Kerajaan Persekutuan suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, majlis perasmian Pecah Tanah Projek Kompleks Pas Pusat disempurnakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka yang berhasrat untuk menderma dan menyalurkan sumbangan bagi membiayai kos pembinaan Kompleks Pas boleh dibuat melalui Bank Islam Sdn Bhd (BIMB) no akaun, 14023010039098 atas penama Parti Islam SeMalaysia Markas Tarbiah Pas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.