SUA RASA Kembali.. 4-6 Jun Di Stadium Darul Aman- Macam2 Ada : Jom Pakat2 Pi..

MB Kedah ditemubual oleh Pengacara Aziz Desa dalam rancangan Sua Rasa TV9, Nasi Lemak Kopi O

ALOR SETAR - Sua Rasa yang dibawakan khas oleh Celcom kembali ke Kedah di Stadium Darul Aman pada 4 dan 5 Jun ini.

Sua Rasa membawa makna bertemu dan berkumpul di samping mengeratkan silaturahim bersama keluarga sambil bersantai. Inilah yang ingin disampaikan oleh TV9 menerusi Sua Rasa.

Pelbagai program telah diatur bagi tatapan pengunjung selama dua hari itu. Menerusi slot Halaqah bakal diadakan pameran ‘Perjalanan Menuju Rohani’, bersama krew akademi Al-Quran 4, Tanyalah Ustaz ‘Perubahan Ufuk’ dan para pengunjung boleh menonton secara langsung rancangan Halaqah yang bertajuk ‘Merindui Allah’.

Bertepatan dengan konsep, Sua Rasa turut menyediakan program kepada kanak-kanak yang datang bersama keluarga. Antaranya adalah sesi karaoke Idola Kecil, bersama Upin, Ipin dan kawan-kawan, Fimie tanya adik jawab dan sand art.

Sebagai hiburan keluarga, TV9 menyediakan program mari berlakon bersama Pasukan Gerakan Marin, misi mencari personaliti TV9 serta eksklusif bersama Bintang Idola Kecil.

Pengunjung turut berpeluang melihat dan menyertai pelbagai aktiviti menyeronokkan yang disediakan di gerai-gerai seperti gerai TV9, Adik di 9, penaja utama Celcom, jabatan dan agensi kerajaan.

Pada masa yang sama, orang ramai bersama keluarga berpeluang bertemu dan bergambar bersama personaliti-personaliti TV9 di samping melihat dengan lebih dekat bagaimana krew Sua Rasa menyelenggara program-program siaran langsung dan juga rakaman.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.