KELUARGA HJ JAMULIDDIN DI ZIARAHI YAYASAN AMAL


Sebaik sampai di KLIA dari Instanbul, rombongan Yayasan Amal Malaysia (YAM) yang diketuai oleh Cikgu Hj Husein Ismail terus bergegas ke rumah Hj Jamuledin Elias, Timbalan Presiden YAM di Kg. Delek, Kelang. Hj Jamuledin adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mewakili YAM ke Gaza yang telah ditahan oleh Israel bersama dengan ratusan aktivis Ngo seluruh dunia.

Kedatangan kami disambut oleh isteri, ahli keluarga, jiran tetangga dan seluruh penduduk Kg. Delek yang ingin tahu perkembangan selanjutnya nasib Jamuledin dan rakan-rakan yang lain. Beberapa wartawan juga turut hadir menyambut kedatangan kami.
Dalam Kesempatan tersebut, Presiden YAM telah membuat sidang akhbar bagi menjelaskan isu tersebut. Presiden YAM Cikgu Husein Ismail menjelaskan bahawa YAM telah membawa dua misi kemanusian di Istanbul Turki.

Misi pertama menyertai Lifeline4 Gaza, YAM diwakili oleh Jamuleddin bersama rakan-rakan Ngo yang lain dari Malaysia dan bergabung dengan ratusan Ngo Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia. Ia diketuai oleh Ngo IHH dari Turki.
Manakala Misi kedua pula menyertai Konvensyen Kesatuan Komuniti Islam Antarabangsa ke 19 yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi dan Sosial (ESAM) yang berpangkalan di Instanbul sempena dengan sambutan memperingati 557 tahun penaklukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad AlFateh. Antara isu yang dibincangkan ialah krisis kemanusian di Gaza dimana wakil HAMAS turut menyampaikan ucapan menjelaskan perkembangan terkini di Gaza.

Pada hari pembukaan konvensyen tersebut, Misi kemanusian Lifeline4 Gaza berlepas ke Gaza melalui kapal Mavi Marmara milik Turki. Kapal tersebut membawa 7 ribu tan bekalan makanan dan kesihatan serta 700 aktivis Ngo dari serata dunia. Malaysia termasuk dalam rombongan tersebut dan sdr jamuledin salah seorang daripadanya. Menurut Cikgu Husein, YAM sentiasa mengikuti perkembangan operasi ini dari Instanbul, perkembangan terkini perjalanan misi kemanusiaan sentiasa disampaikan oleh sdr. Jamal melalui pesanan SMS dan telepon selain melalui internet. Al Jazeera, Al Arabiyah dan sumber-sumber media tempatan di Turki.

Perhubungan komunikasi terputus selepas tentera Israel menceroboh dan menawan Mavi Marmara. Kesemua rombongan yang menyertai misi ini ditahan oleh Israel di Haifa. Sehingga sekarang, YAM putus hubungan dengan sdr. Jamuleddin. Walau bagaimanapun YAM sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini melalui rangkaiannya di Isntanbul, Mesir dan Dubai. Berita terkini semua rakyat Malaysia dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

YAM telah mengambil beberapa langkah ke arah membantu pembebasan rakyat Malaysia khususnya dan seluruh aktivis yang lain melalui saluran diplomatik di Dubai dan Jordan.

YAM juga meminta kerajaan Malaysia mengambil pendiriran dan tindakan tegas melalui saluran antarabangsa agar Israel diberi tekanan supaya kesemua tahanan dibebaskan.

Kesempatan itu juga, YAM telah menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai kepada Isteri Hj Jamuliddin bagi meringankan bebas dan mengharapkan semua umat Islam menunaikan solat hajat agar keselamatan Hj Jamal dan seluruh aktivis Ngo dilindugi Allah. Isteri Hj Jamuledin dan anak-anaknya kelihatan sabar dan tenang menghadapi dugaan ini dan menyerahkan kesemuanya kepada Allah swt.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.