Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin jelas kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengkritiknya seolah-olah tidak pernah kenal dengannya.
Menurut pengamal perubatan tradisional itu, Anwar pernah memintanya agar menjaga Wan Azizah Ismail sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya.
PETALING JAYA: Pasangan Malaysia yang dituduh mendera anak-anak mereka di Sweden didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat.
Mahkamah juga menetapkan bahawa pasangan itu perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
AYER KEROH - Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu.
Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk berusia 63 tahun itu.