Rumah Terbuka MB Kedah Dibanjiri Ribuan Rakyat Jelata Dari Seluruh Pelusuk Daerah

Mentaloon, 15 Sept. - Ribuan rakyat jelata dari pelbagai kaum membanjiri kediaman rasmi YAB Menteri Besar Kedah, Sri Mentaloon bagi meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri YAB Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang diadakan hari ini.

Orang ramai berpusu-pusu masuk ke perkarangan Sri Mentaloon sebaik sahaja pintu utama kediaman rasmi Menteri Besar itu dibuka. Pelbagai juadah di sediakan untuk dinikmati oleh orang ramai.

YAB Menteri Besar beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir dan orang ramai kelihatan berebut-rebut untuk bersalaman dengan beliau. Menteri Besar turut meluangkan masa menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang beratur panjang.

Kehadiran orang ramai ke Rumah Terbuka Aidil Fitri kali ini dianggarkan lebih ramai berbanding tahun lalu.




Anggota Polis Bertindak Keterlaluan - Ramas Alat Sulit Mangsa

KUALA LUMPUR 15 Sept - Tujuh anggota polis didakwa mencabul kehormatan seorang Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan tiga anggota parti dalam satu sekatan jalan raya di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan membuka baju dan seluar serta meraba alat sulit mereka.

MS Arjunan yang mengetuai Ranting Taman Ehsan Tasek, Ipoh berkata polis menahan keretanya ketika beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh padam 7 September lalu.

Ketika polis menahan keretanya, Arjunan berkata salah seorang daripada tujuh anggota polis tersebut telah memarahi beliau dengan mengatakan belau tersalah jalan dan menggunakan ungkapan 'India mabuk'.

"Seorang anggota polis kemudian mengetuk cermin tingkap kereta saya seolah-olah mahu memecahnya. Mereka kata polis mempunyai kuasa untuk periksa semua barang dalam kereta.

"Mereka juga menyeluk poket kami dan mengambil talipon bimbit dan membuat pemeriksaan badan sambil meramas alat sulit saya dan juga rakan-rakan saya," kata Arjunan dalam satu sidang akhbar disebuah restoran di Jalan Ipoh tengahari tadi.

Beliau berkata perbuatan anggota terbabit telah memalukan beliau dan tiga rakannya kerana perbuatan itu dilakukan ditepi jakan sambil diperhatikan oleh pengguna jalan raya lain.

Salah seorang rakan beliau, A Kalaimughilan lalu menegur perbuatan anggota polis tersebut tetapi disambut dengan ugutan untuk membogelkan mereka atas alasan polis berkuasa berbuat demikian.

"Apabila kami mahu mengambil nama dan nombor anggota mereka menutup dengan tangan mereka tetapi seorang anggota polis dengan berlagak seperti samseng membuka bajunya dan mencabar kami mencatit nama beliau," jelas Arjunan lagi.

Tidak berpuas hati terhadap layanan kasar yang dianggap melangkaui bidang kuasa polis, Arjunan dan tiga rakannya membuat laporan polis di Balai Polis Sentosa pada hari yang sama.

Mereka juga bercadang menyerahkan bertemu dan kepada Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar dan Kementerian Dalam Negeri bagi mendesak mereka mengambil tindakan tegas ke atas tujuh anggota polis terbabit.

SUMBER

Gambar2 Nash Sebak & Menangis Ketika Menziarahi Keluarga Kamaruddin, Pemandu Datuk Sosilawati


KUANTAN, 15 Sept -- PILU ... Anak Allahyarham Kamaruddin Shansuddin, 44, Irfan Aiman, 8, dilihat tidak bermaya semasa majlis bacaan tahlil di rumah keluarganya di Indera Mahkota di sini, hari ini.


Kamaruddin adalah pemandu jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh bersama pegawai bank CIMB Noorhisham Mohmmad dan peguam peribadi Sosila, Ahmad Kamil Abdul Karim. Mayat keempat-empat mangsa dibakar manakala abu mereka dibuang ke dalam sungai.











SEDIH ... Ibu Kamaruddin Shamsuddin, 44, Zainab Ahmad, 73, berpelukan sambil menangis bersama penyanyi terkenal Nasharudin Elias atau Nash ketika diziarahi penyanyi tersebut di Indera Mahkota 2 di sini, hari ini.


SEDIH ... Ibu Kamaruddin Shamsuddin, 44, Zainab Ahmad, 73, tidak dapat menahan kesedihannya ketika diziarahi penyanyi terkenal Nasharudin Elias atau Nash di Indera Mahkota 2 di sini, hari ini. Nash mengenali Kamaruddin lebih 25 tahun dan merupakan kawan karib.


REDHA ... Ibu Allahyarham Kamaruddin Shansuddin, Zainab Ahmad, 73, menadah tangan mengaminkan doa selepas bacaan tahlil di rumahnya di Indera Mahkota di sini, hari ini.


Sumber : Bernama

DUN Kelantan Akan Bincang Elaun Seuur Hidup Untuk Sultan Ismail Petra


KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menetapkan jumlah elaun seumur hidup yang bakal diterima oleh Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra setelah tidak lagi menjadi Sultan di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata persidangan itu akan diadakan sebelum akhir bulan ini mengikut perkara 23A Undang-undang perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan (bahagian kedua) yang disebut “Undang-undang Perlembagaan Tubuh” dalam Perwawai ini.

Bercakap pada persidangan media di pejabatnya di sini, Rabu, beliau turut menafikan kenyataan Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Shukri Mohamed yang disiarkan di akhbar pada Rabu menyebut gelaran Tuanku (kepada kepada Sultan Ismail) dan Tengku kepada (Raja Perempuan Anis) digugurkan.

“Beliau (Shukri) telah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan berkenaan, beliau telah menulis surat kepada akhbar tersebut hari ini meminta menarik balik kenyataan tersebut dan beliau telah membuat laporan polis,” katanya.

Sebaliknya Mohd Aiseri berkata, gelaran “Kebawah Duli Yang Maha Mulia SultanKelantan” akan diganti kepada “Duli Yang Maha Mulia Sultan” setelah tidak lagimenjadi Sultan Kelantan.

Beliau meminta semua pihak memberi perhatian kepada perkara itu bagi mengelak sebarang kekeliruan di sebalik isu yang berlaku di Kelantan sekarang.

Mengikut undang-undang perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (bahagian kedua) yang disebut “Undang-undang Perlembagaan Tubuh” dalam Perwawai ini, dalam Perkara 23A yang dipinda pada 2 September lepas perkara 23(A)(a) sekira Raja telah diganti dengan seorang pengganti mengikut Fasal (1) maka baginda hendaklah disifatkan tidak lagi menjadi raja dan telah menarik diri daripada negeri ini dan hak-hak dan tuntutan.

Bagaimanapun dengan syarat bahawa hendaklah baginda berhak mendapat elaun seumur hidup, akan dikenakan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan yang hendaklah ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata, elaun itu tidak kurang daripada separuh jumlah yang ditetapkan bagi perbelanjaan hidupnya sebagai Sultan semasa baginda memerintah.

- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.